Menu Cendol Durian Syoknya Ummi di Parit Bunga, mukim Kesang, Tangkak (Muar, Johor).



Berikut merupakan senarai khidmat perlu 17 sektor yang dibenar beroperasi semasa total lockdown 2021 Malaysia, bermula 1 Jun hingga 14 Jun, yang sempat kami petik daripada kenyataan Dato Ismail Sabri, Menteri Kanan Keselamatan MKN, yang dinyatakan pada sidang media petang tadi.
Gambar grafik kami rakamkan melalui Buletin TV3, yang bersiaran jam 8 malam sebentar tadi.





Beliau juga menyatakan bahawa hanya 2 orang sahaja (termasuk penumpang) dibenar menaiki kenderaan persendirian.
Untuk surat kebenaran merentas sempadan daerah atau negeri, kebenaran sebelum ini terbatal dan perlu menggunakan surat daripada kementerianberkaitan sahaja.
Berita menyedihkan buat pasangan suami isteri jarak jauh kerana mereka tidak dibenar merentas sempadan bagi bertemu pasangan spanjang tempoh lockdown terlaksana.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini. Kali ini kami kongsikan tips daripada doktor kacak, Dr. Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah senibina dan seorang pelabur hartanah. Post ini adalah yang terakhir bagi tahun 2019, sebelum menjelangnya tahun baru 2020.
Tanpa membuang masa, jom kita baca perkongsian beliau . :
=============================

#TabungRumah
PANDUAN MELAWAT RUMAH SEBELUM BELI
Salah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan kerumah tersebut.
1. Lawatan Lebih Sekali.
Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya.
2. Lawatan Waktu Berbeza.
Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam.
3. Lawatan Waktu Hujan.
Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan.
4. Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan.
Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman.
5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat.
Mereka tahu jenayah banyak atau sikit.
6. Matahari Petang Jatuh Dimana.
Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti.
7. Jangan Datang Seorang.
Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila.
8. Tekanan Air Tinggi
Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi.
9. Pekerjaan Jiran Tetangga.
Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu ada.
10. Projek Akan Datang.
Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia berharga.
Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang menanti.
Azizul Azli Ahmad.
https://www.facebook.com/azizulazli.ahmad
#kongsikan jika bermanfaat
#BeliWaktuMudaBaruKacakBergaya
#Menjelang2020