Rezeki dah tertulis di langit

Assalamualaikum wbt. Hari ini admin terbaca satu perkongsian oleh Edi Arjuna Pencerita, Mashaa Allah, hebat sungguh isi perkongsian yang disampai dengan intipati Rezeki dah tertulis di langit. Boleh ikuti beliau di Facebook untuk perkongsian menarik.

Rezeki dah tertulis di langit

Malas nak masak hari ni. Pi kedai je lah tunjuk lauk. Masa nak bayaq, aku beratoq tepi sorang brader ni. Pakai baju kaler oren, seluaq belemoih, kasut penuh minyak. Kerja apa tak tau la, tapi macam kerja berat. Dia beli 2 jenis lauk. Nampak lebih banyak berkuah dari isi. Lauk apa tak pasti. Tadak la aku nak cek sampai ke lauk pauk orang. Semua sekali dia kena bayaq RM6.

Aku pun dah ready nak bayaq – ayam goreng 8 ketoi, gulai batang pisang sebungkuih. Semua sekali RM30.

Dia huloq RM6, aku huloq RM40. Aku potong tang kona….

“Simpan bang, saya belanja hari ni.”

Dia tengok aku….

“Betoi ka bang?”

“Ya, saya bayaq. Beli lauk kat sapa?”

“Kat mak.”

“Ok. Kirim salam mak.”

“Terima kasih bang.”

Dia senyum tersimpul² terus keluaq kedai dan celapak naik motor EX5 yang macam dah nak luruh enjin. Kemudian, ada orang tua lelaki pun naik sama kot belakang. Ayah dia kot. Nampak tua, terbongkok².

Aku buat kesimpulan, lauk RM6 tu untuk 3 orang makan, mungkin juga lebih. Mungkin ada adik, mungkin ada entah sapa² lagi dalam rumah depa. Sedangkan aku, RM30 boleh makan ayam goreng sorang seketoi 7 beranak siap dengan gulai daging. Itu pun tak reti bersyukur, banyak komplen, berasa diri tak cukup serba serbi, berasa duit aku dah makin kurang. Apa punya manusia ni?🤦

Aku pernah bertanya pada seorang tua. Dia ni, suka betoi belanja orang makan. Padahal dia bukan orang senang. Duduk rumah kampung, kerja kampung, tiap pagi bawak cangkoi naik motor buruk pi menyangkoi kebun orang. Orang bagi upah dia jaga kebun. Tapi tiap kali terserempak dengan dia kat kedai makan, ada saja orang yang dia nak belanja. Ada sekali dia belanja aku lauk RM18, jenuh aku tolak tapi dia huloq jugak kat tauke kedai. Padahal lauk dia baru RM5. Patutnya aku yang kena belanja dia. Dah keluaq kedai terus aku tanya dia…

“Ehh, pakcik ada duit ka yang belanja saya ni?”

Tau dia jawab apa?

“Lapan belas ringgit tu memang dah rezeki hang, Tuhan tulih lama dah kat langit, saya tolong sampaikan ja. Bukan rezeki saya pun. Rezeki saya untuk hari ni yang lima ringgit ni ja.”

Ya Rabbi, patutlah aku tak pernah nampak dia susah hati, tak pernah nampak dia mengemis, tak pernah nampak dia bersedih. Dok senyum ja 24 jam. Itulah rahsia dia, percaya dengan janji dan rezeki dari Allah. Dia pun dah kembali ke rahmatullah. Jika ada pahala sedekah aku untuk hari ini, aku sedekahkan pula untuk dia. Moga dihimpunkan dia bersama para wali dan anbiya.


Ampa nak beli lauk pauk mai try kedai ni kat Pongsu Seribu. Lauk berlambak dan murah. Lokasinya di sini…

Fatin Corner
Dropped pin
https://maps.app.goo.gl/UqNSW31XNAEenZnc8

Apa yang kau pegang saat Izrail datang memanggil

Assalamualaikum wbt. Post kali ini adalah forwarded message melalui perkongsian whatsapp. Diharapkan agar dapat memberi manfaat kepada kita semua dan juga pahala buat penulis asal.

Bila Izrail datang memanggil

*BUAT PERINGATAN DIRI SAYA DAN SAUDARA-SAUDARA SEMUA.*

MANA YANG RAJIN PEGANG FON..BERINGAT2 LA..PLSc..BACA.. Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit

Pesakit: “Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?”

Abang misi:→ “Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa.”

Pesakit: “Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?”

Abang misi: →”Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best.”

Pesakit: “Wah, apa dia?”

Abang misi: →”Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

→ Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

→ Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

→Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting.”

Pesakit: “Hm. Apa dia?”

Abang misi: →”Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit…itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti…

dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya…Allah…Allah…

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran…barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi…Allah..Allah…”

Pesakit: “(menitis air mata…..) Abang..bacakan saya al-Quran…saya tak boleh baca..buta tajwid… ”

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

.Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?
.Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat …

.. Ingatan utk saya & semua
YANG…..

Yang singkat itu – “waktu”
Yang menipu itu – “dunia”
Yang dekat itu – “kematian”
Yang besar itu – “hawa nafsu”
Yang berat itu – “amanah”
Yang sulit itu – “ikhlas”
Yang mudah itu – “berbuat dosa”
Yang susah itu – “sabar”
Yang lupa itu – “bersyukur”
Yang membakar amal itu – “mengumpat”
Yang ke neraka itu – “lidah”
Yang berharga itu – “iman”
Yang mententeramkan hati itu – “teman sejati”
Yang ditunggu Allah S.w.t itu -“taubat”

(Imam Al Ghazali)

*Yang tak forward itu -kedekut…..* ☺☺☺

Cerita tentang rezeki durian

Cerita tentang rezeki durian

Pada hari Sabtu lepas, kami sedang menantikan kunjungan daripada senior sekolah, yang membawa bersama rombongan sahabat-sahabat beliau seramai lebih kurang 30-40 orang untuk makan durian di warung #DurianSyoknyaUmmi.

Durian murah Muar 2020 cendol sedapdi Muar Durian murah Muar 2020 Tempat makan Musang King di malaysia

Nak dijadikan cerita, sebelum rombongan sahabat sampai, tiba-tiba berhenti sebuah bas persiaran dari KL yang terus berpusu-pusu membeli buah #MusangKing dan juga #DurianTembaga untuk makan di warung durian Muar. Nasib baik dah diasingkan sebahagian buah durian untuk rombongan senior. Memang tak jangka langsung buah musang king yang menimbun, habis sekelip mata.

Ketika post ini ditulis, harga durian musang king di Tangkak adalah RM28/kg buah sedang dan buah besar RM45/kg.

Semuanya atas kuasa dan kehendak Allah swt, Kun Faya Kun. Alhamdulillah, stok buah durian kami pada hari tersebut habis lebih awal. Walaupun mengikut perkiraan, telah masuk “bulan tua”, si mana orang ramai poketnya dah kempis, ditambah dengan cuti panjang Chinese New Year 2020 pada akhir bulan Januari, menambah bajet perbelanjaan. Masing-masing semestinya sudah habis bajet berbelanja pada musim cuti perayaan yang panjang. Mungkin juga mereka yang datang itu sedang mencari cendol sedap di Muar.

Namun, semua kurniaan rezeki itu, Allah yang bagi, kita hanya berusaha. Selebihnya, bertawakal, serahkan pada yang Maha Esa. Usaha hanyalah asbab untuk diturunkan rezeki pada kita.

Kita tak perlu sombong jika kita punya harta yang banyak, isteri-isteri yang cantik, anak yang bijak pandai, pangkat kedudukan dan kuasa. Semua itu Allah boleh beri sekelip mata dan Allah boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja yang dikehendakiNya.

Bersyukur dan tawaduq merendah diri adalah cara yang terbaik. Bukan mendabik dada dan menyombong diri atas segala kemewahan yang hanya dipinjamkan kepada kita buat sementara waktu.

Ingat, dunia sementara, akhirat kekal selamanya. Jauhilah penyakit Wahan, penyakit cinta dunia dan takut mati.

Maaf jika ada terkcil hati dan tersinggung perasaan. Peringatan ini untuk tuan-tuan semua, dan diri saya sendiri untuk bermuhasabah agar kita tidak jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Semoga Allah pelihara kita dijauhkan daripada sifat sombong, takjub, takbur, ujub dan riak.

Aamiin.

Rezeki durian