Bawa GRAB dapat solat jemah 5 waktu

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk berkongsi tazkirah kisah dan tauladan, agar menjadi pedoman untuk kita menuju syurga Allah SWT.

Kali ini kami kongsikan hasil nukilan Redza Zainol melalui Facebook, terima kasih kepada beliau atas perkongsian yang hebat ini. Semoga kita semua mendapat manfaat. In Shaa Allah. Aamiin. Tulisan asal di sini

============================

Turun dari kereta Grab semalam, rasa nak berjurai air mata.

Mulanya niat nak fokus siapkan kerja, tapi bila pemandu Grab cakap macam ni terus saya angkat kepala dan letak handphone ke tepi.

“Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab.”

Saya pula memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak.

Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah.

“Bang ada isteri anak-anak?” tanya saya.

Ada, seorang baru habis belajar universiti. Minggu depan masuk kerja. Seorang lagi baru habis SPM.

Saya pun cakap, itu pun rezeki juga. Dapat besarkan anak sampai dewasa.

“Ada orang, anak baru umur 3 tahun, dapat penyakit kemudian meninggal dunia.”

Dia mengangguk perlahan.

“Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.”

Eh, terkejut saya dengar.

“Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah.

Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.”

Saya pula menyibuk pergi tanya isteri dia setuju ke. Dia pun tergelak sambil memegang dahi.

“Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah.”

“Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.”

Aduh, saya diam terkedu.

“Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam.”

Saya makin khusyuk mendengar.

“Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli 1 lagi rumah dan saya tukar jadi homestay.”

“Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada lah. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun.

Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah,” nampak dia tersenyum.

“Yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah.”

Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni.

Entah ada ke rezeki yang lebih besar dari mengadap Pencipta kita di awal waktu setiap hari. Rezeki dapat sujud dengan tenang.
.
Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, jumpa orang yang baik baik macam semalam pun dikira rezeki besar untuk saya.
.
Saya belajar sesuatu. Terima kasih Ya Allah.
.
Sumber : Redza Zainol