Review Boost penggunaan aplikasi Boost apps e-wallet

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pembaca. Kali ini kami berikan sedikit review Boost, tentang penggunaan aplikasi Boost apps sebagai medium pembayaran e-wallet..

Apa yang best tentang boost?

1. Tak payah keluarkan duit kertas + syiling daripada dompet masa membayar, hanya keluarkan smartphone utk QR code.

2. Ketika mendaftar, apps mengkehendaki kita register nombor telefon yang diguna, seterusnya akan Link dengan operator telefon kita. Next time nak topup, senang, hanya satu klik akan terus dapat topup.

review boost apps e-wallet3. Ada shake reward. Setiap kali kita membayar, akan dapat shake reward (= cashback), tapi kena shake telefon tu dulu. Amount surprise! Yang terbaru, ada chance utk menang kereta.

4. Boleh bayar bill utility, beli tiket bas, tiket wayang dan pelbagai lagi. Semua dalam satu app sahaja.

5. Dapat dua kali ganjaran sekiranya anda link dengan kredit card. Sekali dapat point daripada kad kredit, lagi sekali daripada Boost. Jadi, untung berganda meh.

Buat masa ni, itu sahaja yang dapat saya senaraikan kelebihan dan keuntungan menggunakan aplikasi Boost untuk membayar.

Seronok juga dapat gunakan teknologi walaupun agak berusia. Pada kategori admin melepasi usia 40an, ramai rakan-rakan yang agak terkebelakang dalam mengikuti arus kemajuan dunia IT dan teknologi ini.

Jadi, sekiranya berhajat, bolehlah register guna invite link milik kami  di bawah ini….. Invite code “naj3dqwz “

==========================
Use my Invite Code naj3dqwz
Get free up to RM5 cashback after your first mobile prepaid credit top up in Boost. Download the Boost App on Google Playstore or App Store  .Review boost

Download Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal review

Download Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal review

Setakat semalam 12 April 2019, upin ipin siamang tunggal kutipan tiket telah mencecah rm25 juta setelah ditayangkan selama 2 minggu. Satu pencapaian yang membanggakan bagi produk animasi tempatan.

Ketika kami dalam perjalanan dari Muar ke Melaka, kami cuba membuat booking online tetapi hampir berputus asa kerana kesemua panggung wayang popular di Melaka “sold out” hingga ke tayangan midnight tengah malam. Walhal waktu ketika itu baru sahaja pukul 8.30 malam.

Akhirnya kami berjaya juga mendapatkan tiket di MBO Melaka Mega Mall melalui pembelian atas talian online.

Sungguh hebat penangan filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini. Apa yang jelas, Upin Ipin telah mendapat tempat dihati kebanyakan kanak-kanak di Malaysia, Brunei, Singapore dan juga Indonesia.

download Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal review

Bagi terbitan kali ini, animasi yang dihasilkan Les Copaque amat menakjubkan dengan perincian dan detailing yang hebat. Efek yang dihasilkan juga amat mengagumkan, setanding filem animasi Barat.

Bagi jalan cerita pula, idea mengolah kisah rakyat (Malaysia) yang diadun dalam setiap jalan cerita memudahkan pemahaman kanak-kanak dan juga senang bagi para ibu bapa menjelaskan apa yang berlaku. Ia juga dapat memberikan tauladan dan pengajaran yang lebih mendalam serta mudah diingati kerana dipersembahkan dalam bentuk visual.

Runut bunyi soundtrack yang dihasilkan juga memberi kesan mendalam kepada Ahmad dan Ammar, di mana mereka mula menyanyikannya berulang kali selepas menonton cerita Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini.

Jom kita saksikan review daripada Ahmad, Ammar dan Aqil:

Apa-apa pun, sekalung tahniah buat warga Les Copaque yang telah berjaya menghasilkan filem animasi bermutu tinggi. Tidak sia-sia perjalanan 4 tahun bagi menyiapkan karya ini. Memang menarik serba serbi, baik dari jalan cerita, animasi dan sinematografi.

upin ipin siamang tunggal suara:

Asyiela Putri
Ahmad Mawardi
Mohd Amir Asyraf
Fakhrul Razi Imbrahim
Ernie Zakri
Related searches:

upin ipin keris siamang tunggal full movie download, upin ipin keris siamang tunggal full movie, Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Reaction, Download Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal 2019,

Dominos Pizza Muar free pizza

Hari ini kebetulan melalui hadapan Dominos Pizza Muar yang terletak di bangunan Muar Traders Hotel. Ternampak promosi free pizza.

Promosinya adalah beli regular pizza dan dapatkan percuma sekeping pizza. (buy 1 get 1 free).

Mengikut voucher yang kami dapat di kotak small pizza, ia sah sehingga 31 Disember 2017.

Dominos pizza Muar

Small pizza tersebut pula kami beli dengan harga rm5.90 di kiosk Dominos pizza berhadapan restoran mereka.

dominos Free pizza

Mudah bukan, macam restoran pandu lalu pula rasanya. Hehehe….

Untuk orang-orang Muar, rasanya promosi ni memang hebat. Apa lagi bolehlah datang kalau ada duit lebih. Memang berbaloi nilai yang anda akan dapat.