Download Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal review

Download Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal review

Setakat semalam 12 April 2019, upin ipin siamang tunggal kutipan tiket telah mencecah rm25 juta setelah ditayangkan selama 2 minggu. Satu pencapaian yang membanggakan bagi produk animasi tempatan.

Ketika kami dalam perjalanan dari Muar ke Melaka, kami cuba membuat booking online tetapi hampir berputus asa kerana kesemua panggung wayang popular di Melaka “sold out” hingga ke tayangan midnight tengah malam. Walhal waktu ketika itu baru sahaja pukul 8.30 malam.

Akhirnya kami berjaya juga mendapatkan tiket di MBO Melaka Mega Mall melalui pembelian atas talian online.

Sungguh hebat penangan filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini. Apa yang jelas, Upin Ipin telah mendapat tempat dihati kebanyakan kanak-kanak di Malaysia, Brunei, Singapore dan juga Indonesia.

download Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal review

Bagi terbitan kali ini, animasi yang dihasilkan Les Copaque amat menakjubkan dengan perincian dan detailing yang hebat. Efek yang dihasilkan juga amat mengagumkan, setanding filem animasi Barat.

Bagi jalan cerita pula, idea mengolah kisah rakyat (Malaysia) yang diadun dalam setiap jalan cerita memudahkan pemahaman kanak-kanak dan juga senang bagi para ibu bapa menjelaskan apa yang berlaku. Ia juga dapat memberikan tauladan dan pengajaran yang lebih mendalam serta mudah diingati kerana dipersembahkan dalam bentuk visual.

Runut bunyi soundtrack yang dihasilkan juga memberi kesan mendalam kepada Ahmad dan Ammar, di mana mereka mula menyanyikannya berulang kali selepas menonton cerita Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal ini.

Jom kita saksikan review daripada Ahmad, Ammar dan Aqil:

Apa-apa pun, sekalung tahniah buat warga Les Copaque yang telah berjaya menghasilkan filem animasi bermutu tinggi. Tidak sia-sia perjalanan 4 tahun bagi menyiapkan karya ini. Memang menarik serba serbi, baik dari jalan cerita, animasi dan sinematografi.

upin ipin siamang tunggal suara:

Asyiela Putri
Ahmad Mawardi
Mohd Amir Asyraf
Fakhrul Razi Imbrahim
Ernie Zakri
Related searches:

upin ipin keris siamang tunggal full movie download, upin ipin keris siamang tunggal full movie, Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal Reaction, Download Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal 2019,