Cara menyimpan daging korban yang betul

Menjelang hari raya korban, bermulalah aktiviti sembelihan qurban selama 4 hari, iaitu hari ke 10-13 (Aidiladha dan 3 hari taysrik). Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya korban 2018

Cara simpan daging korban yang betul

Menarik di Malaysia, saban tahun semakin ramai umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan ibadah ini, dengan niat kerana Allah.

Oleh itu, ramai fakir miskin dapat menikmati daging sembelihan sumbangan mereka yang berkorban. Ramai juga di antara kita yang merasa tempiasnya dengan mendapat banyak sumbangan daging qurban.

KLIK SINI UNTUK KORBAN ONLINE KEMBOJA 2018

Di bawah ini kami paparkan cara menyimpan daging kurban dengan betul untuk tahan lama, sumber daripada perkongsian whatsapp. Semoga kita beroleh manfaat dan terima kasih tak terhingga kepada penulis asal.

=========================

*KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL*
_*Agar tetap terjaga kualitinya_*

1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. *JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER*
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. *JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.*
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

4. *JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS*
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. *Tips tambahan*
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanker. Gunalah sarunh plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal….!!!

Baarakallah
Semoga memberi manfaat

Related serches

Daging korban boleh makan, daging korban non muslim, daging korban buat kenduri, daging korban berapa bahagian,

 

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Cara menyimpan daging korban yang betul”

    1. Di kampung kami boleh tahan ramai yang menunaikan korban. Alhamdulillah, banyak daging yang diagih. Rata-rata ramai yang ada rezeki lebih, mungkin mereka boleh cuba pula qurban online di Kemboja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge