Ada pelbagai cara untuk jana pendapatan dari rumah, tanpa perlu meredah kesesakan trafik, tanpa perlu stress dengan muka bos yang kejam atau rakan sekerja yang tak sebulu.
Yang lagi untung, anda tak perlu menyewa kiosk atau shoplot ruangan deretan rumah kedai atau di shopping complex. Lagi seronok bila anda hanya melakukan kerja dari rumah sambil menatap wajah anak dan isteri tercinta sambil memakai kain pelikat. Oh indahnya.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk buat duit dari rumah? Di sini kami senaraikan 10 cara untuk jana pendapatan dari rumah.
- Mengambil upah Jahit baju kurung:
Menjelang bulan Ramadan merupakan waktu yang sangat kritikal dengan demand yang tinggi, di mana ramai orang menempah baju untuk dijahit bersempena hari raya Aidilfitri. Kebiasaannya, tukang jahit (tailor) menutup tempahan seawal 1 Ramadan, di mana ketika itu, pemintaan melebihi pengeluaran.
Lebih mengujakan adalah fakta di mana kaum wanita kebiasaannya menempah lebih daripada sepasang untuk raya pertama dan kedua serta open house pejabat . Itu belum lagi diambil kira anak-anak perempuan yang inginkan baju kurung sedondon dengan si ibu.
Jadi, anda boleh bayangkan betapa tingginya demand untuk tempahan menjahit baju kurung ketika itu.
2. Menjual menggunakan Instagram: atau di Shopee
Platform media sosial perkongsian gambar yang digilai gen Y. Telah ramai peniaga sambilan yang mengaut beribu-ribu ringgit sebulan hanya melalui perkongsian di instagram.
3. Membeli borong dari China -(Taobao) dan borong 1688.com secara online:
Anda boleh melakukannya hanya dari rumah, dan membekalkan semula barangan tersebut kepada peniaga retail, peniaga uptown dan juga peniaga sambilan. Anda akan menjadi seorang trader, pembekal supplier kepada peniaga kecil.
Segalanya hanya menggunakan media online, tanpa perlu pergi ke China. Jimat masa dan jimat tambang tiket penerbangan.
4. Bina wesbsite, game atau apps dan jual website tersebut.
Ini mungkin ramai yang tidak pernah dengar. Percayalah anda boleh menghasilkan website game anda sendiri dan menghasilkan duit daripadanya. Anda juga boleh , menjual website tersebut dengan harga yang berlipat ganda ( platform popular menjual domain & website adalah Flippa.com)
Anda juga boleh menjana wang daripada apps game / website game tersebut melalui code iklan yang diletakkan dalam page anda.
5.Ambil tempahan buat kek dan cookies:
Ramai yang mempunyai kebolehan ini khasnya buat surirumah sepenuh masa. Ada 2 panduan yang kami rekomen iaitu pakej kek dan Bisnes bakeri. Penuhi waktu santai anda menonton sinetron di dapur sambil membuat kek. Anda boleh memasarkannya melalui media sosial, khasnya facebook dan instagram (sila rujuk no 2).
Demand paling ketara adalah kek sambutan harijadi dan juga kek pengantin. Selain itu tempahan cupcake dan pelbagai produk bakeri perlu diberi fokus kerana demand yang tinggi dalam penyediaan goodies samada goodies bag untuk majlis kahwin, aqiqah, tahlil dan pelbagai majlis lagi.
6. Homemade ice-cream.
Tak perlu kami huraikan apa itu aiskrim. Tapi bagaimana untuk dapatkan RM5000 sebulan dengan part time Rahsia aiskrim? Apa tunggu lagi? Klik link ini (Rahsia aiskrim) untuk resepi rahsia.. (percayalah resepi aiskrim ini memang tiada dalam google, kami pernah cari tak jumpa-jumpa)
Disertakan juga teknik bagaimana anda boleh menjana 4 angka sebulan hanya menjual aiskrim secara part time sahaja tanpa mengganggu kerja hakiki anda yang sedia ada.
7. Menulis
Serlahkan bakat menulis anda, samada dengan menjadi penulis novel, buku mahupun menulis blog. Secara amnya, sumber pendapatan bagi blog adalah pengiklananan; contoh pengiklanan pihak ketiga = Google Adsense , Nuffnang, Bidvertiser, Innity dan sebagainya. Product placement secara terus, direct daripada pemilik syarikat juga merancakkan lagi industri ini.
Ini adalah sebahagian rahsia bagaimana pengiklanan menjadi sumber pendapatan kepada pro blogger dan juga media Social Influencer (YouTuber, Insta Famous dan sebagainya)
8. Rahsia Menjual burger biasa-biasa dengan pendapatan luar biasa.
Kami mempunyai kenalan-kenalan yang menjana antara RM500-RM3000 sehari menjual pelbagai jenis burger melalui gerai stall dan restoran.
Kami sendiri juga ada mengusahakan bisnes burger bakar dengan Patty homemde dan juga sahabat-sahabat yang kenangan pendapatan mereka.
9. Melabur (investment) multi akaun ASB + properties.
Boleh rujuk panduan Combo ASB Genius untuk manupulasi pinjaman ASB serta pelbagai teknik pelaburan hartanah.
Panduan ini sesuai bagi mereka yang suka berjimat dan menyimpan dan dapat menggandakan wang pelaburan berganda-ganda berbanding cara biasa.
10. Bagi kaki game, anda boleh mencari pendapatan hanya bermain game sebagai game tester atau YouTuber gamer (Sila rujuk point no 7- YouTuber).
Buat masa ni, cukup sekadar 10 idea bisnes / kerja sambilan yang boleh jana pendapatan dari rumah. Sebenarnya terlalu banyak idea yang ada untuk post ini, mungkin idea 101 bisnes internet boleh membantu anda.
Namun, semuanya perlu keizinan daripada pencipta kita, Allah swt. Tetapi kita boleh pelajari dan ada amalan-amalan yang boleh menarik rezeki, seperti bersedeqah, dsb. Boleh rujuk kepada panduan Rahsia Rezeki sebagai bacaan lanjut.
jana pendapatan dari rumah