Mee Bandung Muar Sedap Hj. Masjuki

Mencari menu mee bandung muar sedap merupakan salah satu agenda food hunter sekiranya mereka berkunjung ke Muar, Bandar Maharani Bandar Diraja. Tak lengkap rasanya jika anda berkunjung ke Muar tanpa dapat menghirup kelazatan mee bandung yang sememangnya qamat popular di Muar.

Memang padu mee bandung udang galah Hj. Masjuki di Panchor Muar. Antara faktor menarik makan di sini adalah kerana faktor geografinya, iaitu kedudukannya betul-betul di pekan Panchor Muar. Pekan ini bersebelahan dengan sungai Muar yang besar mengalir, dengan dihuni pelbagai hidupan akuatik. Antaranya sudah pasti udang galah.

Anda boleh memancing udang galah di pesiair tebing sungai di sini. Ada juga tersedia jeti untuk para pemancing memburu hasil tangkapan udang galah bila tiba musim.

mee bandung muar sedap

Terdapat monumen patung udang galah gergasi berdekatan restoran Cafe Hj. Masjuki, menandakan ia adalah lokasi strategik bagi pemancing tegar udang galah.

Seperti yang dimaklumkan kepada kami, menu mee bandung Muar hanya tersedia seawal pukul 11pagi, manakala hidangan sarapan roti canai , nasi lemak dan sebagainya, sudah boleh dinikmati lebih awal.

Selain menu mee bandung, terdapat hidangan pelbagai jenis lauk pauk makan tengahari yang sememangnya menggiurkan dan membuka selera.

Lokasi: Pekan Panchor Muar, Johor. Terletak betul-betul bersebelahan Sungai Muar. Memang cantik pemandangannya, tenang dan mendamaikan.

Jom kita saksikan video Ahamad Iqbal dan Ammar Zakwan menikamati mee bandung udang galah Muar di Restoran Hj. Masjuki, pekan Panchor, Muar:

#meebandung #meebandungmuar #meebandungudahgalah

Related searches:

mee bandung muar sedap, mee bandung batu pahat, sejarah mee bandung muar, mee bandung central, mee kuah, mee bandung muar tanjung agas, mee udang galah Muar, mee bandung udang galah Muar, mee bandung Muar,

makanan sedap di pagoh, makan sedap di Pagoh, , makan sedap Pagoh, kedai makan sedap Pagoh,

Tempat makan best di muar, Sarapan pagi best di muar, Cafe di Muar, Kacang pool muar, Satay muar, Tempat makan menarik di kluang, Village Grill Muar, Ikan bakar muar

Pemburuan asam pedas Muar sedap

Assalamualaikum wbt. Kali ini kami sajikan menu terkini, Asam Pedas Syoknya Ummi dan juga menu asam pedas Johor di warung Cendol Syoknya Ummi, Muar Tangkak Johor. Bolehlah cuba menu kami sekiranya anda mencari asam pedas Muar sedap.

Sebelum ini, kami pernah menulis tentang Asam Pedas Daging Melaka di Muar Johor. Kini kami bersedia untuk menyajikan hidangan asam Pedas Melaka untuk orang Muo (kena sebut betul-betul.. Muu Woor).

Asam pedas daging tetel memang mempunyai peminat tersendiri. Lagi sedap bila dapat menikmati roti canai bersama kuah asam pedas Melaka. Korang kena cuba sendiri baru boleh menilainya.

Asam pedas Melaka asam pedas tetel asam pedas muar sedap

Asam pedas tetel atau juga dikenali sebagai asam pedas daging merupakan salah satu menu yang mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Tetel yang mempunyai campuran daging dan lemak menghadirkan rasa yang memang mantap. Kuahnya pekat likat disebabkan kehadiran kerisik kelapa di dalam resepi asam pedas Melaka, perbezaan ketara sebagai perbandingan dengan asam pedas Johor.

Asam pedas muar sedap Asam pedas muar sedap

Harga satu set (nasi + sayur kobis + telur masin + asam pedas) :

    1. Siakap ……….. RM 22.00
    2. Kembung ….. RM   9.00
    3. Mayong …….. RM 12.00
    4. Pari …………… RM 11.00
    5. Ayam ………… RM  7.00
    6. Tetel ………….. RM  10.00

    *Harga ikan akan berubah mengikut harga pasaran.

Pada masa akan datang, In Shaa Allah kami cuba menambah menu ikan asam pedas kami dan juga mungkin ayam masak pedas berdasarkan permintaan daripada para pelanggan yang kami kasihi.

Sila cadangkan kepada kami atas segala kekurangan atau pertambahan menu yang sesuai. In Shaa Allah akan kami ambil kira dan pertimbang.

Untuk sebarang pertanyaan tentang asam pedas Melaka di Muar, sila wasap kami wasap.my/601158961229/b.asam.pedas

Kami cuba untuk menyajikan menu asam pedas yang sedap untuk anda semua.

Kepakaran kami lebih kepada asam pedas Melaka di mana perbezaan ketara adalah dari segi ramuan kerisik dan rempah ratus berbeza yang di tambah dalam masakan asam pedas Melaka. Memang ketara perbezaan rasa berbanding asam pedas Johor.

Dari segi rasa, In Shaa Allah aroma dan ramuan yang kami sajikan diharap akan dapat memenuhi  citrasa anda semua. Pada pengamatan kami, sebahagian pelanggan yang hadir akan habis dihirup kuahnnya.

Untuk makanan sedap di Pagoh, sahabat kami ada membuka Restoran Anak Abah yang menyajilan masakan asam pedas Johor. Restoran mereka terletak di Pagoh Jaya, betul-betul belakang pasaraya Seroja. Terdapat juga sajian makanan panas bagi merela yang suka makanan goreng-goreng panas.

RELATED SEARCHES to asam pedas Muar, asam pedas batu pahat,asam pedas jalan joned, asam pedas parit raja, asam pedas askar pencen, asam pedas claypot muar, parit jawa muar, asam pedas pekat, asam pedas near me, tempat menarik di muar 2018, makanan sedap di pagoh, asam pedas melaka, asam pedas bandar muar, jalan jalan muar, asam pedas muar sedap, abc sedap di muar, senarai tempat makan di muar, rojak place
cafe muar, medan asam pedas
parit jawa, cafe di muar,