Mencari menu mee bandung muar sedap merupakan salah satu agenda food hunter sekiranya mereka berkunjung ke Muar, Bandar Maharani Bandar Diraja. Tak lengkap rasanya jika anda berkunjung ke Muar tanpa dapat menghirup kelazatan mee bandung yang sememangnya qamat popular di Muar.
Memang padu mee bandung udang galah Hj. Masjuki di Panchor Muar. Antara faktor menarik makan di sini adalah kerana faktor geografinya, iaitu kedudukannya betul-betul di pekan Panchor Muar. Pekan ini bersebelahan dengan sungai Muar yang besar mengalir, dengan dihuni pelbagai hidupan akuatik. Antaranya sudah pasti udang galah.

Terdapat monumen patung udang galah gergasi berdekatan restoran Cafe Hj. Masjuki, menandakan ia adalah lokasi strategik bagi pemancing tegar udang galah.
Seperti yang dimaklumkan kepada kami, menu mee bandung Muar hanya tersedia seawal pukul 11pagi, manakala hidangan sarapan roti canai , nasi lemak dan sebagainya, sudah boleh dinikmati lebih awal.
Selain menu mee bandung, terdapat hidangan pelbagai jenis lauk pauk makan tengahari yang sememangnya menggiurkan dan membuka selera.
Lokasi: Pekan Panchor Muar, Johor. Terletak betul-betul bersebelahan Sungai Muar. Memang cantik pemandangannya, tenang dan mendamaikan.
Jom kita saksikan video Ahamad Iqbal dan Ammar Zakwan menikamati mee bandung udang galah:
#meebandung #meebandungmuar #meebandungudahgalah
Related searches to mee bandung muar sedap
mee bandung batu pahat, sejarah mee bandung muar, mee bandung central, mee kuah, mee bandung muar tanjung agas

kalau Muar terkenal dengan mee bandung yang ada udang besar…Kuching pula terkenal dengan Laksa Sarawak..
lagi besar udang….lagi nikmat makan
uish.. terliur pula waktu ni sebut laksa Sarawak. Harap covid-19 cepat reda, bolehlah kami melancong ke Sarawak, makan laksa Sarawak puas-puas.