Tempat menarik di Muar Jeti Nelayan Parit Karang

Jeti nelayan di sini mempunyai kemudahan warung, medan ikan bakar dan juga pasar segar ikan. Ia adalah salah satu lokasi tempat menarik di Muar Tangkak yang masih ramai tidak tahu, hatta penduduk Muar sendiri.

Apa yang menarik, anda boleh bersantai di sini menyaksikan air sungai menghijau ketika air laut pasang sambil para nelayan mudik pulang daripada menangkap ikan. Sambil bersantai, anda boleh menikmati sajian juadah daripada warung di sekitar jeti, mahupun daripada pelbagai gerai yang menjual makanan.

Di bawah ini adalah peta google Jeti nelayan Parit Karang
Lorong Pasar Nelayan, Sawah Parit Karang Laut, 84000 Muar, Johor


Kewujudan pelbagai gerai sejak pasca Covid-19 Malaysia, memeriahkan suasana membeli-belah ikan dan sayuran segar di sini. Kalau sebelum ini, hanya terdapat beberapa gerai sahaja yang berjualan, kini susasana bertambah meriah dengan kehadiran para penjaja kecil.

Jeti nelayan Parit karang Muar Tangkak ledang tempat menarik di Muar

Ketika air surut, anda boleh melihat ikan tembakul melompat-lompat di persisir sungai. Pada waktu tertentu pula, akan kelihatan banyak monyet keluar dari hutan bakau, mencari makan, terutama ketika waktu petang.

Jeti nelayan Parit Karang ini hanya terletak 11km dari bandar Muar, sesuai untuk lari dari kesibukan hiruk pikuk kota untuk menenangkan fikiran dan menikmti keindahaan ciptaan Allah swt. Memang cantik suasana pemandangan di sini.

Bagi yang meminati aktiviti memancing udang galah, boleh mendapatkan servis sewa bot pancing Muar , juga lebih kurang 10 km dari jeti nelayan Parit Karang. Seronok sebenanrnya memancing udang galah, ia amat berbeza jika dibandingkan dengan memancing ikan.

Apa taknya, jika anda pergi ke kawasan lubuk udang galah, mata kail akan kerap disentap oleh udang galah, dalam masa sejam dua, anda pasti akan dapat menarik naik si udang, lebih daripada seekor. Apatah lagi jika yang ditarik adalah si sepit biru. Cubalah sendiri untuk merasai nikmatnya.

Searches related:

tempat makan menarik di muar, tempat menarik di johor, tempat menarik di batu pahat, tempat menarik di melaka, tempat menarik di tangkak, tempat membeli belah di muar, tempat menarik di kluang, pantai di muar