pembekal buah kelapa pandan

Pembekal anak benih kelapa pandan

Kami pembekal anak benih kelapa pandan dan boleh membekalkannya ke seluruh Semenanjung Malaysia. Selain kelapa Tacunan yang sedang viral kebelakangan ini, kelapa pandan (in English = Fragrant coconut) pula senantiasa mendapat permintaan dek keran sifatnya yang evergreen dan sentiasa diminati.

===================================

Update 29.07.21: peemintaan buah kelapa muda @ kelapa pandan meningkat secara mendadak kerana faktor vaksin covid-19 (program vaksinasi), ranai mencari air kelapa muda untuk hilangkan kebah demam dan sebagainya.

====================================

Kelapa pandan di Malaysia dipercayai berasal dari Thailand. Oleh itu, sekiranya anda mencari benih kelapa pandan Thailand, bermakna, benih kelapa pandan wangi di Malaysia sama sahaja dengan yang ada di Thailand. Beza kelapa pandan dengan kelapa biasa pula amat ketara dari segi rasa air dan bau aroma wangi pandan, yang tidak terdapat pada kelapa biasa.

Sebagai makluman, hasil daripada buah kelapa pandan mendapat permintaan yang sangat tinggi tak kira samada penjaja tepi jalan, restoran, cafe mewah, mahupun hotel 5 bintang. Sebelum itu kami pernah menulis tentang benih kelapa matag F1 dan juga kelapa matak @ matag generasi kedua (F2)

pembekal anak benih kelapa pandan kelapa tacunan

Aroma semulajadi daripada kelapa pandan memang menggamit selera, khususnya ketika mentari terik memancar di atas kepala. Memang tak dapat nak ditolak jika dihulur sebiji buah kelapa pandan yang disaji.

pembekal buah kelapa pandan Muar Tangkak

Permintaan buah kelapa pandan untuk bisnes air kelapa meningkat berkali ganda bila menjelangnya Ramadan. Ini kerana air kelapa muda  antara salah satu minuman pilihan ramai rakyat Malaysia.

Selain untuk minum, kebiasaannya, masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai petua warisan orang-orang tua dahulu. Mereka mencari buah kelapa muda untuk kegunaan perubatan, antaranya untuk kebah demam panas badan, meredakan demam campak, keracunan makanan, alahan kulit dan pelbagai lagi.

Ada juga tradisi yang pernah penulis saksikan bilamana majlis aqiqah (sekaligus dengan potong jambul) berlangsung. Kelapa muda ditebuk dan diletakkan di dalam dulang beserta gunting. Bayi akan dihulur bergilir-gilir dalam bulatan mengelilingi tetamu sambil mereka mengambil giliran berkat memotong jambul si bayi. Seterusnya cebisan rambut akan dimasukkan ke dalam buah kelapa muda yang berisi air kelapa itu.

Tempoh kelapa pandan berbuah

Berbalik kepada topik buat duit dengan pertanian, sekiranya anda mempunyai modal, mungkin boleh mencari ladang kelapa pandan untuk dijual, sekelip mata terus boleh menikmati hasil serta merta dan untuk jangka masa panjang. Ataupun, bermulalah dari sifar kerana kebiasaannya, pokok kelapa pandan mula mengeluarkan hasil apabila berusia 3 tahun selepas ditanam. Kami juga pernah mendengar testimoni seorang pekebun kelapa pandan yang mengatakannya pokoknya mula mengeluarkan mayang selepas 1 1/2 tahun ditanam, hasil penggunaan baja tinja kambing. walau bagaimanapun, info ini tidak dapat kami pastikan kesahihannya.

 Berikut harga jualan benih kelapa pandan  kami:

  • Harga benih rm15 sepokok.
  • Harga buah kelapa pandan rm2.50 untuk belian secara borong. Sila wsap kami pada no di bawah untuk peebincangan lokasi yang kami mampu hantar. 
  • Kami hentikan urusan membekal buah kelapa pandan buat masa ini atas beberapa faktor. Kami akan maklumkannya semula di sini sekiranya projek ini dimulakan semula.

Sebarang urusan lanjut, sila wsap untuk benih kelapa pandan >>> https://www.wasap.my/601158961229/b.benih.kelapa.pandan

 

Pembekal anak benih kelapa pandan

Related searches
Pembekal benih kelapa, Kelapa tacunan, Kertas kerja penanaman kelapa matag,Benih kelapa tacunan, Kelapa pandan, Benih kelapa pandan, Kelapa matag sabah, Kelapa matag johor, tempoh kelapa pandan berbuah, ladang kelapa pandan, kelapa pandan thailand, kelapa pandan in english, harga kelapa pandan 2019, beza kelapa pandan dengan kelapa biasa, benih kelapa pandan jabatan pertanian, benih kelapa pandan wangi

Facebook Comments

One thought on “Pembekal anak benih kelapa pandan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21