Cerita tentang rezeki durian

Cerita tentang rezeki durian

Pada hari Sabtu lepas, kami sedang menantikan kunjungan daripada senior sekolah, yang membawa bersama rombongan sahabat-sahabat beliau seramai lebih kurang 30-40 orang untuk makan durian di warung #DurianSyoknyaUmmi.

Durian murah Muar 2020 cendol sedapdi Muar Durian murah Muar 2020 Tempat makan Musang King di malaysia

Nak dijadikan cerita, sebelum rombongan sahabat sampai, tiba-tiba berhenti sebuah bas persiaran dari KL yang terus berpusu-pusu membeli buah #MusangKing dan juga #DurianTembaga untuk makan di warung durian Muar. Nasib baik dah diasingkan sebahagian buah durian untuk rombongan senior. Memang tak jangka langsung buah musang king yang menimbun, habis sekelip mata.

Ketika post ini ditulis, harga durian musang king di Tangkak adalah RM28/kg buah sedang dan buah besar RM45/kg.

Semuanya atas kuasa dan kehendak Allah swt, Kun Faya Kun. Alhamdulillah, stok buah durian kami pada hari tersebut habis lebih awal. Walaupun mengikut perkiraan, telah masuk “bulan tua”, si mana orang ramai poketnya dah kempis, ditambah dengan cuti panjang Chinese New Year 2020 pada akhir bulan Januari, menambah bajet perbelanjaan. Masing-masing semestinya sudah habis bajet berbelanja pada musim cuti perayaan yang panjang. Mungkin juga mereka yang datang itu sedang mencari cendol sedap di Muar.

Namun, semua kurniaan rezeki itu, Allah yang bagi, kita hanya berusaha. Selebihnya, bertawakal, serahkan pada yang Maha Esa. Usaha hanyalah asbab untuk diturunkan rezeki pada kita.

Kita tak perlu sombong jika kita punya harta yang banyak, isteri-isteri yang cantik, anak yang bijak pandai, pangkat kedudukan dan kuasa. Semua itu Allah boleh beri sekelip mata dan Allah boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja yang dikehendakiNya.

Bersyukur dan tawaduq merendah diri adalah cara yang terbaik. Bukan mendabik dada dan menyombong diri atas segala kemewahan yang hanya dipinjamkan kepada kita buat sementara waktu.

Ingat, dunia sementara, akhirat kekal selamanya. Jauhilah penyakit Wahan, penyakit cinta dunia dan takut mati.

Maaf jika ada terkcil hati dan tersinggung perasaan. Peringatan ini untuk tuan-tuan semua, dan diri saya sendiri untuk bermuhasabah agar kita tidak jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Semoga Allah pelihara kita dijauhkan daripada sifat sombong, takjub, takbur, ujub dan riak.

Aamiin.

Rezeki durian

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21