Teknik penipuan pemaju perumahan scammer

Sebelum ini, kami kerap mendengar ada beberapa kes yang melibatkan penipuan pemaju perumahan dalam pelaburan pembelian rumah yangdibuat oleh pemaju hartanah ‘penipu’.

 

penipuan pemaju perumahan
image credit allcost.in

>>>>> Baca juga 10 cara dapatkan cashflow positif (aliran tunai positif) dengan rumah.

Kali ini kita fahami teknik-teknik yang diguna oleh scammer pemaju hartanah.  Perkongsian yang amat berharga daripada tuan Khairul Ezuwan.

***********************************************************************

 

Trick Penipuan Selamat yang Tersadung

=============================
Teknik-Teknik penipuan memang selalunya licik , mereka menggunakan pelbagai cara menyedut duit orang ramai . Ini salah satu strategi yang digunakan.
Contoh : Menawarkan pembinaan rumah banglo murah berharga RM30K. Bila mendengar harga yang murah , Ramai orang akan terpesona. Teknik yang mereka gunakan adalah Teknik trusted seperti syarikat dirasmikan oleh Menteri, menarik kepercayaan wakil rakyat, orang berpengaruh , menggunakan media secara meluas . Kebanyakan orang yang membeli kerana terpengaruh dengan Menteri yang merasmikan syarikat mereka juga wakil-wakil rakyat yang telah dipengaruhi mempengaruhi orang ramai. Mereka akan membina beberapa buah rumah bagi menunjukkan projek mereka adalah betul . 3 rumah yang dibina mampu menipu 3000 orang yang lain. Penipuan mereka sangat terancang.
Contoh target 3000 mangsa.
1.Booking RM1,000 = 1500 orang

2.Deposit RM5,000 = 1000 orang

3.Full Payment RM30,000 = 500 orang
Jumlah collection : RM21,500,000
Buatkan SOP & agreement . Dalam agreement tersebut, pelanggan dibenarkan untuk buat refund jika mahu cancel. Biasanya pelanggan akan cancel selepas nampak tiada progress membina rumah mereka atau orang lain serta rasa tertipu. Nyatakan dalam agreement tersebut amaun yang akan dipotong kononnya sebagai potongan kos sekiranya pelanggan mahu refund dan tidak mahu meneruskan waktu proses menunggu giliran pembinaan.
1.booking = dipotong RM300

2.Deposit = dipotong RM1500

3.Full payment = dipotong RM6000
Mereka tahu menilai emosi manusia . Mereka yang sudah rasa ditipu sebenarnya hanya mahu mendapatkan semula duit mereka, bila dipotong amaun tersebut, mereka akan pasrah, daripada hilang kesemuanya . Teknik ini yang buat penipu  tersenyum riang mengumpul hasil samunan secara halus. Agen yang ramai hingga beratus orang juga digunakan Untuk mudah mencari mangsa. Hasil potongan dari refund.
1.RM300 x 1500 orang = RM450,000

2.RM1500 x 1000 orang = RM1,500,000

3.RM6000 x 500 orang = RM3,000,000
Jumlah keuntungan kasar = RM4,950,000
Kos:
Bayaran agen = RM750,000

Buat 3 Buah rumah contoh = RM300,000

Kos operasi = RM500,000

Lain-lain kos marketing = RM100,000
Total kos = RM1,700,000
Untung bersih = RM3,250,000✔️
Jika mereka ikut plan ini, mereka sudah selamat. Tidak di cop sebagai penipu, malah dikatakan jujur memulangkan hak Mangsa.
Ini sebenarnya Trick yang dirancang . Namun bila duit telah beralih tangan kepada mereka, apa lagi melibatkan rakan kongsi, proxy atau lebih tepat partner in crime. Benda yang dirancang ini akan kelam kabut kerana masing-masing akan jaga tekak sendiri, masing-masing mencilok sana sini selagi boleh sehingga ketandusan wang untuk refund . Wang ini kononnya digunakan oleh mereka Untuk modal ke atas pelbagai business mereka yang lain dengan harapan, hasil keuntungan tersebut dapat menutup semula wang yang mereka gunakan. Kalau tak percaya, pergi tengok Berapa banyak business yang mereka buat selepas memperolehi duit ini? Rumah ? Memang tidak akan naik. Memang tinggal harapan yang tandus.
Kerana ketandusan fund untuk membuat refund, mereka akan cuba melengahkan proses refund yang dipohon oleh mangsa, mereka akan cuba lepaskan 2,3 orang sebulan bagi menampakkan progress refund itu berlaku & menangguhkan mangsa-mangsa Untuk tidak buat laporan polis. Mereka akan dijanjikan pulangan semula dalam tempoh 3 bulan, kemudian ditunda tempoh dari seminggu ke seminggu, dari bulan ke bulan. Dalam pada ini, dah sah tiada rumah yang mampu dinaikkan, namun mereka akan terus buat marketing mencari lebih ramai mangsa baru, dari kutipan yang diperolehi, sebahagian kecilnya mereka akan lakukan refund kepada beberapa orang supaya nampak progress Itu terus berlaku supaya Mangsa terus mengharap & tidak mengambil tindakan. Dalam situasi ini sebenarnya bukan sahaja Mangsa yang ditipu , agen juga sebenarnya ditipu oleh mereka dijadikan sebagai kambing hitam. Silap-silap agen pon tidak dapat payment.
Sampai satu tahap mereka tiada lagi sumber baru yang masuk. Mereka akan terus menangguh janji Dari masa ke semasa . Mereka tahu Mangsa tidak akan mengambil tindakan guaman kerana kos , masa yang panjang Untuk proses mahkamah,agreement yang menjerat mangsa atau jika menang sekalipon kes tersebut, Mangsa belum tentu dapat hak mereka. Mangsa juga selalunya terus mengharap & tidak membuat laporan polis kerana masih terus mengharap dengan tempoh yang berulang Kali diminta kerana ideology bila buat report, tindakan diambil , wang mereka akan terus lebur . Mereka tak sedar hakikatnya Memang sudah tiada. Akhirnya mereka akan lupa dan pasrah sebab manusia mudah lupa. Selamatlah penyamun-penyamun ini.
Mereka boleh Selamat jika ikut plan teori yang asal, namun mereka takkan tahan bila lihat duit yang banyak dalam pangkuan mereka. Jadilah mereka PENIPU SELAMAT YANG TERSADUNG. Biasanya mereka yang buat trick ini sangat berpengalaman sudah berjaya buat berkali-kali. Tetapi anda jangan terlalu yakin, anda akan terus selamat.
Baca artikel ini untuk kenal Teknik penipuan , bukan baca & amal Untuk jadi penipu. Boleh share, silakan.
-KEY-

 

 

Jadi kita semua dah faham teknik penipuan pemaju perumahan yang berlaku ketika ini. Diharap agar semua orang mempunyai kesedaran dan lebih peka supaya tidak menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggung jawab.

Sebar-sebarkan agar penipuan pemaju perumahan ini menjadi panduan dan rujukan pada generasi akan datang.

5 Tips interview untuk kelihatan profesional

Perkongsian yang menarik daripada ‘Abe’, Ahmad Mukramin, 5 tips interview untuk kelihatan profesional.
Tips interview

Image kredit Totaljobsearchonline.com

Kami sendiri pernah menerima permohonan kerja daripada para calon. Resume yang dihantar ada bermacam-macam gaya, sebahagiannya professional, sebahagiannya lagi sebaliknya.

Emel yang dihantar juga ada mempunyai isi dan mukadimah, manakala ada juga yang kosong, hanya ada ‘subjek emel’ sahaja.

Semoga tips panduan temuduga yang ditekankan menjadi panduan berguna,  khasnya kepada adik-adik, para graduan yang memburu peluang pekerjaan.

Jom kita baca tulisan beliau…

…………………………………………………………………

Dalam 2 interview session untuk memenuhi vacancy salah satu position di RHB baru ni,ade beberapa kesalahan ketara yang perlu di ambil perhatian oleh fresh graduate atau sesiapa sahaja yang akan menghadiri interview session;

1️⃣email kene professional!
Ini kali kedua saya menegur soal email di dalam resume..email seperti adik_nobita92@yahoo.com atau manja.1993@gmail.com adalah tidak sesuai.Contohnya sekiranya nama anda Suhaib Torla..email yang bersesuaian ialah suhaib.torla@gmail.com atau yang seumpamanya..

….
2️⃣Gambar dalam Resume
Ada dua version dalam hal ini.Ada yang letak gambar dan ada yang sebaliknya.Depending on jenis kerja yang dipilih..ada kalanya gambar merupakan benda wajib..atau sebaliknya.Sekiranya vacancy kerja yang memerlukan perwatakan menarik..seperti nak jadi pramugara..front liner untuk serve customer misalnya..gambar di dalam resume adalah penting.’Back office’ staff bergantung kepada job scope kerja tersebut.
Bagi yang perlu meletakkan gambar,yg pakai tshirt round collar selekeh dgn seluar jeans koyak2..walaupon hipster dimata anda..tapi for the purpose nak mintak kerja carila gambar lain yang bersesuaian.

..
3️⃣ Kesalahan Ejaan dan Simple Grammatical Error
Sebelum send resume tuh..minta tolonglah sgt2..baca dan review resume anda 20 kali..suruh teman2 sekeliling proof read resume anda..check spelling dan grammatical error..sebab interviewer boleh beranggapan anda bukan perfectionist dan buat kerja sambil lewa!!

..
4️⃣ Communication skills
Sebelum menghadiri interview..cuba tanya mak ayah pak long abang ngah..sejauh mana communication skills anda-banyak course2 yang baik yang boleh dihadiri untuk membantu persiapan menghadiri interview atau untuk improve communication skills..yang orang kelantan mcm mana nak control ‘accent’ anda dan sebagainya.

..
5️⃣Sikap atau Negatif minset
Ada candidate apabila ditanya soalan..
Bagaimana pengalaman kerja di tempat sekarang..
“Well..tiada apa yang saya belajar..supervisor menjengkelkan..team mate semua selfish..benefit terok sangat..bla3” sehingga saya tidak mendengar satu benda positif dari mulut candidate.
Agak2 boleh ambil staff mcm ni?

..
Ini antara tips untuk menghadapi  interview.
Ada lagi beberapa tips penting saya akan sambung kalau ada masa..cukup 5 dahulu..
-Abe-

Jual keropok dapat beli rumah

Alhamdulillah,  hari ni kami sempat membaca satu perkongsian yang sangat-sangat menarik dan bermanfaat.

Bagaimana seorang yang biasa-biasa (hampir ke laut sebelum SPM sebenarnya),  berjaya bangkit dari fantasi dan mengejar impian realiti. 

Menjual keropok sebagai salah satu aktiviti mengumpul dana, walaupun sudah bergelar pegawai Maybak tatkala itu. Barangan Amway dan jual beli emas pun pernah dibuatnya. 

Untuk merasai sendiri keseronokan brader ni membeli rumah-rumah dengan banyak dan cemerlang,  apa kata baca tulisan penuh MOHD IZAMI BIN AHMAD
********************************
​AKU BERNAMA MOHD IZAMI BIN AHMAD

——————————————————————-
Pada tanggal 10 September 1982, aku dilahirkan di Raub, Pahang Darul Makmur. Tidak lama kemudian ibu dan ayahku berpindah ke Kuala Lumpur… Aku dibesarkan di rumah setinggan berhampiran Lombong Ampang di mana MRR2 terbina. 
Arwah Ayah bekerja sebagai sebagai kerani telegram di Telekom Bukit Nenas dengan gaji yang kecil pada waktu itu manakala ibu hanya suri rumah sepenuh masa. Kehidupan kami cukup2 makan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. 
Pada tahun 1988 aku memasuki sekolah tadika tetapi hanya sehari sahaja aku ke sekolah kerana tidak mahu terpisah dengan ibu. So, kawan2 sebaya aku semua ke sekolah tadika tapi aku bermain pasir di depan rumah aku. 
Buat jalan kereta di atas pasir atau bermain pondok2 menggunakan kertas surat khabar. Aku juga suka bermain perahu kertas di longkang besar berhampiran rumah. Kehidupan aku masa kecil sangat menyeronokkan walaupun dibesarkan di dalam keluarga yang susah. 
Pada tahun 1989 aku memasuki sekolah rendah. Darjah 1 kelas terakhir sebab aku tak pandai nak menulis,membaca dan mengira. Aku sangat benci pada sekolah. Aku tak suka pegi sekolah. Dan akhirnya aku kerap ponteng sekolah sehingga aku disenaraikan sebagai pelajar suka memonteng oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Peperiksaan akhir tahun pun dapat nombor akhir. Disebabkan aku tidak mahu ke sekolah di Ampang, ibu dan ayah membuat keputusan untuk pindah ke kampung di Raub,Pahang. Aku dan ibu sahaja tinggal di kampung di dalam sebuah rumah kecil mempunyai 1 bilik sahaja. 
Aku pun bersekolah di kampung dan seronok sangat apabila dapat menikmati suasana kampung serta mengikuti kawan2 sekampung memancing, mandi sungai dan kadang2 mereka mengebom ikan juga. Kebaboommmm…Ikan pun mula timbul dan aku dan kawan2 mula berenang untuk mendapatkan ikan2 itu. Ohhh..seronoknya..
Aku pergi sekolah dan mempunyai aktiviti yang padat di sebelah petang. Hari berlalu begitu pantas. Umur aku menjengah 12 tahun ketika itu. Suatu pagi ayah membawa aku ke kedai gambar untuk membuat kad pengenalan.
Suatu pagi ayah membawa aku ke kedai gambar untuk membuat kad pengenalan. Tiba2 ayahku rebah di kedai gambar itu. Hidup aku tiba2 bertukar gelap. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Dengan bantuan orang ramai mereka menghubungi ambulan. Sebaik tiba di hospital, ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Depan mata aku doktor2 cuba menyelamatkan ayah aku tetapi gagal. Allah lebih menyayanginya. Al-Fatihah…
Pada tahun 1995 aku menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dong,Raub,Pahang Darul Makmur. Aku mula berkawan dengan semua jenis orang. Mat rempit,kaki hisap gam,kaki hisap dadah, dan sebagainya. Tetapi aku bernasib baik tidak terjebak dengan mereka. Aku hanya berkawan baik dengan mereka. Aku cuba menasihati tetapi mereka gagal mendengarnya.
Setiap malam aku melepak di kedai makan bersama semua kawan2 aku. Sesekali aku berlumba motor juga dek kerana panas hati dengan mat motor yang menganjing2..hahaha..seronok jugak.. Suzuki Panther Gamma 180km/j tanpa lampu di jalan kampung yang gelap gelita..Masa tu tak rasa takut pun… Lembu tidur atas jalan ke hantu ke dan sebagainya… 
Pernah di suatu malam yg hening sedang aku berlumba dengan kawan2, tiba2 babi melintas tanpa memberi signal atau memberi isyarat kepadaku… Ia hanya terus melintas dan aku pun…
Pernah di suatu malam yg hening sedang aku berlumba dengan kawan2, tiba2 babi melintas tanpa memberi signal atau memberi isyarat kepadaku… Ia hanya terus melintas dan aku pun melanggar babi tersebut… Lalu tersungkurlah aku mencium jalan… Habis berlumuran darah muka aku masa tu… Sakitnya hanya Tuhan saja yg tahu… Saksi kejadian terus membawaku ke hospital…
Setelah aku sembuh sepenuhnya, aku kembali menunggang motor dan berlumba lagi tanpa rasa serik… Pada suatu hari, di waktu semua orang menunaikan solat Jumaat aku telah menipu ibuku… Aku cakap pegi solat Jumaat tapi aku pegi berlumba bersama rakan2 serempit kampungku… Tiba2 di satu selekoh tajam dgn kelajuan 140km/h aku sekali lagi kemalangan yg mana motor yg kutunggang terbabas ke laluan bertentangan… Sebaik sahaja aku membuka mataku, aku berada di bawah lori tangki petronas… Makkkkkkkk… Maafkan saya sebab tipu makkkkkkk… 
Nasib saya baik kerana tidak digilis lori tangki itu… Saya sangat menyesal dan seluruh hidup saya berubah ketika itu…

Saya mula fokus pada pelajaran… Study sampai lewat malam… Saya menduduki SPM pada tahun 1999 dengan penuh semangat… Alhamdulillah… Keputusan Pangkat 1 Aggregat 21… Dapat masuk UiTM Kelantan pada tahun 2000… Diploma Pengajian Perniagaan… Seronoknya dapat masuk universiti…
Pada hari pendaftaran, ibu, kakak dan arwah bapa sedara serta ibu sedaraku menghantarku ke kampus… Aku mula sebak saat aku ditinggalkan seorang diri buat kali pertama… Tak mampu utk ku berjauhan dgn ibuku… Homesick kata omputeh… Sudahnya setiap minggu aku balik ke rumah walaupun jauh sanggup ku meredahnya… 
Sehinggakan aku bertemu dengan si dia… Siapa lagi isteriku tersayang la… hahaha… Kami berjumpa jodoh di kampus ini… Bercinta bagai dunia ini ana yg punya… Ibuku pun pelik… Dah tak homesick dah ke anak aku sorang ni??? Sampaikan cuti panjang pun dah tak nak balik rumah… hehehe… Awek punya pasal kan… 
Setelah tamat Diploma di Kelantan, tahun 2003 – 2005 aku menyambung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Peruncitan di UiTM Shah Alam… Mase tu awek aku di UiTM Puncak Perdana… Legaaaaa… kami masih boleh berjumpa… Selalu ke perpustakaan bersama2… Kononnya nak berjaya bersama2 la kan… Tapi rupanya tak… Awek aku jer berjaya dapat pointer yg bagus… Aku gagal nak dapatkan pointer yg bagus… sebab asyik bercinta jer kan… Jiwang karat betul… 
Sebelum konvokesyen pada 27 Ogos 2005 kami diijabkabulkan… Naik pentas konvo dgn tangan berinai… Buat kecil2an jer… Nikah dan jamu org kampung makan… Mane ade duit mase tu… Selepas kawin aku bekerja sebagai Penjaga Stor dgn gaji RM1300… Isteriku tidak bekerja waktu… Dengan keazaman yg tinggi aku bekerja keras utk dapatkan pendapatan yg lebih… Tiba2 pada 16 Januari 2006 Maybank memanggil aku berkhidmat di department maybank2u.com dengan gaji kasar RM2200… 
Kami menyewa di sebuah flat di Kajang dgn kadar sewa RM300 sebulan… Itu jer yg mampu masa tu… Tidak lama isteriku pula dipanggil bekerja oleh UKM Bangi… Hidup kami sedikit selesa selepas keduanya bekerja… Rezeki Allah selepas mengandungkan anak sulung kami Muhammad Haziq Rifqi… Aku membeli sebuah rumah teres 2 tingkat di Bangi dengan harga RM200K pada awal tahun 2007… Ini merupakan rumah pertamaku… Masa tu aku tak tahu langsung apa itu pelaburan hartanah… Sampai la aku berjumpa dengan seorang insan bernama Hazwan…
Hazwan merupakan seorang insan yg tidak pernah kukenali… Tiba2 Hazwan menyapaku… Adik, muda2 ni beli rumah banyak2… Dalam hati aku, gila ke mamat ni suruh aku beli rumah banyak2… Mana aku ade duit… Sekali dia terdengar kot suara hatiku mengata dia gila lantas dia pun berkata… ” Mesti adik kata abang ni gila kan??? Sebenarnya tiada yg mustahil utk beli rumah banyak2 dik oiiii “… kata Hazwan…
Lagi la aku pening… Masa tu nak bayar rumah pertama pun dah semput… Inikan nak beli rumah banyak2… Akhirnya dia mengajak ku mengeteh dan dia ajarkan langkah2 menuju ke arah pemilikan hartanah aku yg seterusnya…
Aku rase sangat teruja bila dia menerangkan tentang potensi hartanah… Ya, sekarang barulah aku mengerti bahawa pelaburan hartanah yg ku ceburi sejak lebih kurang 10 tahun lepas betul2 menguntungkan… 
Aku bersusah payah selama 10 tahun utk memiliki hartanah2 yg aku dah ada sekarang… Macam2 kerja aku buat utk tingkatkan pendapatan… Diantaranya ialah menjual keropok terengganu, produk kesihatan Amway, kek lapis sarawak, pau pelbagai perasa dan macam2 kerja yg boleh bagi aku duit utk beli rumah2 yg aku ada skrg… Aku rela pakai baju lama, kereta proton wira, tak bercuti ke luar negara, tak beli barang2 branded… KECUALI MAKAN… Jimat cermat macam mana pun MAKAN TETAP NO.1… Kepercayaanku ialah makan boleh menggembirakan seluruh ahli keluargaku dan kawan2ku…lebih2 lagi kalau kita belanja orang makan… Murah rezeki kita semua… InsyaAllah… 
Selepas aku mengeteh dengan Hazwan aku pun terus merangka strategi utk membeli rumah seterusnya… Tiada strategi yg lebih berkesan melainkan tingkatkan pendapatan… Baru la bank senang nak luluskan pembiayaan perumahan kita… Setiap hari aku balik rumah pukul 2 pagi… Jam 6 pagi bangun utk ke tempat kerja semula… Tapi hasilnya sangat memuaskan… Boleh la buat modal beli rumah…
Dan akhirnya aku membeli rumah seterusnya… RM433,000… Gila??? Memang aku gila… mane ade kawan2 sebaya aku beli rumah semahal tu dulu… Dan masa tu pun masih berumur 20an… Aku langgar jer… Bak kata Hazwan kalau loan rumah lulus ko beli jer… Jangan fikir panjang… Takut tak jadi beli plak… Dengan kata2 itu aku terus membeli rumah seterusnya dengan harga RM359,000… Lagi sekali kawan2 aku sedara mara aku kata aku gila… Termasuk mak aku dan akak aku sendiri… Tapi buat bodoh jer sebab rasa seronok di hati hanya aku sorang jer tahu… Orang nak kata aku apa katalah… Janji aku bahagia…
Tidak lama kemudian aku beli lagi… dan lagi… dan lagi… dan lagi… sampai la ke bulan March 2015… Sebuah medium cost apartment berharga RM80,000 dengan bayaran bank RM500 sebulan dan disewakan pada RM750 sebulan… Itulah loan rumah terakhir yg diluluskan bank sebab DSR aku sudah mencecah hampir 200%… Aikssss??? Camne boleh jadi camtu??? Bukan DSR bawah 70% ke baru loan lulus??? 
Ok.. kita sambung cerita DSR tadi… Kan dah ke laut citer aku ni… Bank mengira DSR berdasarkan income… Jadi apa yg membuatkan aku lulus loan ialah rumah2 aku yg aku sewakan… Contoh bayar bank RM850 sebulan dan aku sewakan RM1500 sebulan… atau rumah2 yg aku dah habis bayar tapi dapat sewa sebuah rumah RM800 sebulan… So, bank akan totalkan semua hasil rumah sewa dan membuatkan DSR aku semakin mengecil… Yang penting stamped tenancy agreement mesti ada dan duit2 rumah sewa itu mesti masuk ke dalam akaun aku setiap bulan… Of course la amount tu mesti tally dengan amount yg ada dlm tenancy agreement..  Korang faham ke ape aku citer ni??? Aku takut aku citer sampai ke laut nanti korang tido plak…
Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah jual atau FLIP hartanah2 yg aku ada… Aku biarkan jer ianya disewa sampai ke hari ini… tak sakit kepala pun sebab penyewa yg bayar bank dan ada extra income plak tu… Boleh la buat belanja coki-coki anak2 aku… Korang jangan lupa plak yg rumah2 aku beli ni semuanya naik harga dari hari ke hari… Korang tau kan? CAPITAL APPRECIATION Mesti la tau kan sebab hari2 aku tgk ramai jer org mengeluh harga rumah semakin mahal… Kami tak mampu beli rumah dan lain2 lagi… Betul tu… Harga2 rumah skrg mmg naik dan mahal… Tapi dari tahun 2007 lg org ckp harga rumah mahal… hehehe… Sebenarnya aku simpati dengan mereka2 yg gagal utk membeli rumah hari ini… Aku faham mereka ada sebab tertentu kenapa tak mampu nak beli rumah… Tapi dalam banyak2 halangan dan cabaran pasti ada cara yg sesuai… Belajarlah… Carilah guru yg bagus… Selepas itu serahkan selebihnya pada rezeki Allah…
Cuba kita betul2 lihat ke dalam diri kita… Apa yg kita boleh buat utk menyelesaikan masalah ini??? Kerja lebih masa? Bisnez sambilan? MLM? Asalkan bukan SKIM CEPAT LINGKUP yer… hehehe… Saya tau ade yg marah apa yg saya citer ni… Maybe diaorg ckp “ko cakap senanglah”… 
“Ko boleh la bawak kete buruk ko tu selama2nya… Buat apa nak kejar duit sedangkan ko hidup susah semata2 kerana nak beli rumah??? ” dan macam2 tohmahan yg aku terima… Tapi aku hanya diam membisu melihat mereka2 ini menghentam aku kiri dan kanan… Aku tak marah sikit pun kat mereka… Malah aku sentiasa mencari jalan untuk berbaik2 dgn mereka dan buat mereka faham kenapa aku sanggup lakukan semua ini kerana HARTANAH…
Masa umur aku 24 thn hingga 30 tahun aku bekerja dari jam 8.45 pagi sampai ke tengah malam dan kadang2 pagi nak ke subuh.. Setiap hari termasuk sabtu dan ahad… Semua sbb aku nak CASH utk membolehkan aku membeli rumah… Aku bukan anak orang kaya atau berharta… Disebabkan perasaan dan semangat utk mengubah kehidupan maka aku sanggup berjuang sehabis2nya utk memastikan impian aku tercapai… Tiada jalan lain utk memiliki hartanah melainkan meningkatkan pendapatan…
Hari ni aku nak ceritakan bagaimana aku mendapat sedikit pendapatan sampingan utk memastikan aku ada cukup cash utk beli rumah… Kisahnya bermula apabila aku merasakan gaji pertama aku RM1300 sebulan tidak mencukupi utk menyara hidup kami suami isteri lebih2 lagi tinggal di Kuala Lumpur dan masa tu pulak isteri tak bekerja lagi…
Aku seorang penjaga stor sebaik sahaja aku tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Peruncitan… Kerja menjaga apa sahaja yg ada dalam stor… Bosan jugak rasenya duduk dalam stor… Lebih2 lagi bila kena angkat kotak2 tu semua turun naik tangga… OMG… Hanya Tuhan jer yg tahu betapa penatnya betapa sakitnya badan aku ketika itu… Sebab dulu badan aku tak sasa macam skrg… hehehe… 
Aku terfikir kalau hari2 camni camne aku nak beli rumah… So, aku jumpa boss aku… Boss, bagaimana nak dapat duit lebih? Boss aku jawab ” ko ada lesen kereta? Ko boleh bawak van? ” Aku pun menjawab ” ada boss dan saya boleh bawak van “… Boss aku cakap aku boleh dapat RM250 per trip utk hantar barang ke cawangan di JB atau Alor Setar… Makkkkk aiiiii… Jauh tu… Aku pun cakap ok jer kalau weekend… Weekday mmg tak boleh la sbb takut penat… Setiap minggu mmg ada jer job aku menghantar barang2 ke utara dan selatan tanahair… Duit punya pasal aku sanggup… hehehe…
Sebulan dapat extra income RM1000 ke RM1500 jugak mase tu… Setelah hampir 7 bulan aku buat keje tu baru la aku tau bahawa sebenarnya boss aku tu saje nak tolong aku dan dia pakai duit dia sendiri rupanya utk bayar gaji aku… Sudah… Aku dah mula rasa bersalah… Walaupun aku tau gaji dia sebagai GM mase tu mencecah RM25K… 
Tiba2 rezeki Allah SWT… Aku dipanggil bekerja sebagai Sales Executive di salah sebuah Kedai Emas terkemuka di Malaysia… Gaji RM1800 tak silap masa tu… Lega sket la kalau nak dibandingkan dgn RM1300… hehehe… Rupa2nya rezeki aku tak lama kat situ… Ada rezeki lain plak… Maybank offer RM2200… Dan hidup aku mula berubah… Ingatkan RM2200 dah cukup utk hidup… Rupa2nya setiap kali gaji aku naik mmg sentiasa tak cukup plak… Adoiiiii… Aku kena cari kerja sambilan lagi dan kerja itu ialah menjual keropok terengganu… hahaha… Bisnez ni mmg best… Sebab tu kalau korang perasan pakcik dan makcik bawak beg plastik besar berisi keropok ikan kat Petronas ke kedai2 makan ke… Untung 100% beb…
Bayangkan aku beli keropok tu RM6.50 di Terengganu dan menjual RM13.00 harga pasaran di KL… Alhamdulillah ade rezeki lebih… RM6.50 X 50 bungkus sehari = RM________… Korang kira la sendiri… Setiap pagi ambik stok kat bas ekspress yg baru sampai dari Terengganu… Jam 5.30am mesti ada kat Hentian Bas kalau korang nk bt bisnez ni… Aku cadangkan korang cuba rasai keseronokannya berbiznes keropok ni… hahaha… Kaya wooo… Aku jugak buat bisnez AMWAY… Pernah dengar tak? Aku jual vitamin la ubat kurus la barang elektrik la dan macam2 lagi… Pencapaian tertinggi RM2500 gak sebulan komisyen aku… lagi besar dari gaji Maybank wooo… Aku jugak merupakan seorang Priority Dealer Public Gold… Jual beli emas… Masa tu beli daripada org yg nak jual dengan harga belian… pastu cari client utk beli pada harga jualan… untung dlm 2 – 5% tak silap… Macam2 la weiiii aku keje mase tu… Sebab tu aku cakap kalau tak cuba mmg tak tau…
Tapi biasa la… Bila dah senang sket aku mula tinggalkan bisnez2 ni… sebab nk fokus kpd sesuatu yg lebih memberikan masa utk keluarga aku terutama anak2 aku… Kadang2 kejar duit banyak2 pun tapi takde masa utk keluarga pun masalah jugak kan… So, aku rase cukuplah dengan apa yg aku ada skrg ni… Alhamdulillah…