Porcine (babi) dalam Collagen vitamin C

Ada collagen haram sebab apa?

Menyedari kewajipan sebagai seorang muslim yang membantu saudara seagamanya, kami berkongsi pesanan whatsapp yang diterima berkaitan porcine iaitu sejenis bahan yang dihasilkan daripada ekstrak babi, dicampur dalam collagen plus.

Hati-hati dalam membeli produk kesihatan, terutama supplement. Porcine ini telah dijadikan campuran bahan dalam penghasilan makanan tambahan (supplement), collagen plus

Malangnya, supplement ini dijual tanpa sebarang amaran yang ia mengandungi ekstrak babi.
==================================

Porcine supplement ada babi collagen haram

Wajib Sebarkan

Hari ni saya ke GNC Mid Valley, ingat nak beli supplements untuk Mak… Sebagai seorang rakyat malaysia yg beragama islam dah menjadi suatu kebiasaan untuk saya membaca senarai kandungan di dalam sesuatu ‘supplemets’ sebelum membeli. Tiba2 terkejut bila melihat ayat yang tertera “This product contains porcine”, maknanya produk ini mengandungi bahan kandungan yang berasal dari BABI.

Yang menjadi kemarahan saya, produk ini diletak tanpa apa2 tanda “Tidak Halal”. Apa akan jadi bila orang yang Islam yang tidak faham apa itu porcine membelinya. Tidakkah pihak pengurusan GNC sepatutnya menghormati agama Islam?
Bagi saya semua umat Islam mesti viralkan post ini supaya pihak GNC lebih peka dan meletakkan tanda status produk dengan jelas.

Sila Share.