Benih durian Tekka D160 online dari Muar

Benih durian Tekka dikenali juga sebagai Buluh Bawah sebelum dijenamakan semula kepada nama durian Musang Queen pada Disember 2015.

Benih durian Tekka musang queen

Durian Musang Queen telah didaftarkan dengan kod pendaftarannya no klon D160 di Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1987. Klon durian Tekka ini berasal dari Banting, Selangor dan didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua, .

benih durian tekka d160credit image

Jika anda merujuk kepada gambar di atas, ia adalah ringkasan kepada ciri-ciri dan sifat pokok dan buah durian Tekka. Buah Tekka agak besar dengan purata berat 3kg bagi sebiji.

Ciri durian tekka tekah durian musang queen

Ciri-ciri yang terdapat pada durian Tekka @ durian Musang Queen adalah:

  • Buah berbentuk seakan-akan simbol hati atau cinta (love shape), bulat lonjong. Besar di bahagian atas dan kuncup di bahagian bawah serta terdapat lekukan pada setiap pangsa.
  • Isi berwarna krim kekuningan, tebal dan tekstur halus pekat,
  • Rasanya pula lemak manis, pahit dan bergas.
  • Aroma kuat, ulas yang besar dan empulur berongga,
  • Kulit­ tipis dan agak sukar untuk dikupas.

Ramai pelanggan dan peminat durian mencari anak benih durian tekka ini kerana ia merupakan salah satu benih yang disukai dan dicari oleh para pengumpul (collector) dan peminat tegar baka durian.

Walau bagaimanapun, untuk komersil pula, para pemilik ladang lebih tertumpu kepada baka benih durian musang king dan juga durian duri hitam, dimana penanaman dilakukan secara besar-besaran.

Sekiranya berminat untuk medapatkan benih durian Tekka ini, bolehlah whatsapp kami di, www.wasap.my/601158961229/b-tekka . kami akan balas pertanyaan anda secepat mungkin untuk urusan pos benih durian tekka ini.

ATAU sila klik add to cart button di bawah ini untuk belian benih pokok durian tekka secara online.

 

Benih durian Tekka @ Musang Queen tinggi 1-1 1/2 kaki:

=========================
Semenanjung RM40 sepokok + pos, klik add to cart untuk beli

——————————————
Sarawak RM40 sepokok + pos, klik add to cart untuk beli

——————————————-

 

Searches related to durian tekka

benih durian tekka, durian d160, durian tekka simpang renggam, durian tekka malaysia, durian d200, durian duri hitam, durian teka, durian tembaga,

Ibadah korban Kemboja 2018

Ibadah korban Kemboja 2018. Ketika entri ini ditulis, tinggal kurang lebih 2 minggu sahaja lagi sebelum memasuki bulan Syawal, bulan meraikan kemenangan umat Islam mengharungi Ramadhan. Ini juga bermakna bulan Zulhijjah juga semakin menghampiri.

Korban kemboja 2018

 

Seperkara yang menarik tentang bulan Zulhijjah pastinya tidak dapat lari daripada berkisar dengan ibadah haji dan ibadah qurban. Ibadah haji hanya khusus kepada para jemaah haji yang menunaikannya di Mekah, manakala kelebihan ibadah korban, ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja di seluruh pelosok dunia.

Lebih menarik lagi, kini ibadah qurban di Malaysia boleh dilakukan hanya menerusi tempahan dalam talian, dan seterusnya syarikat pengendali (eQurban) akan menguruskannya di negara-negara yang terpilih, seperti:

  • Kemboja
  • Bangladesh,
  • Kazakhstan,
  • Filipina,
  • Turmenistan,
  • Tajikistan,
  • Kyrgyzstan,
  • Thailand,
  • Afrika Selatan,
  • Mozambique
  • Somalia

Sememangnya ada pro dan kontra untuk melakukan akikah dan korban samada di dalam Malaysia atau menerusi tempahan qurban online. Pada pendapat peribadi kami, apa yang menarik tentang qurban online adalah daging korban yang dibuat dinegara-negara tersenarai biasanya betul-betul sampai kepada majoriti orang-orang miskin dan susah.

Ini sangat berbeza jika dibandingkan di dalam negara kita, di mana hampir kebanyakan tempat, terlalu banyak lebihan daging, berakhir dengan satu-satu rumah akan mendapat berbunjut-bunjut daging lebih daripada satu bungkusan. Ini menampakkan terdapat lebihan dan limpahan tempahan lembu atau kambing untuk ibadah korban.

Untuk itu, apa kata anda tukar angin dan cuba sesuatu yang belum pernah anda lakukan sebelum ini. Cuba pula melakukan ibadah qurban di luar negara (tanpa perlu keluar). Apa yang penting adalah keikhlasan dan niat kita dalam melakukan korban.

Sehubungan itu, sekiranya anda berminat untuk melakukan ibadah korban Kemboja 2018, bolehlah klik sini dan membuat tempahan. Semoga ibadah kita diterima Allah swt dan diberkati. Aamiin.

RELATED SEARCHES
Korban Kemboja 2018, ez qurban penipu, aqiqah online, aqiqah anak lelaki, ibadah qurban, pengertian qurban, pengertian ibadah qurban, ez qurban, qurban dan aqiqah, qurban online, qurban drama, rukun qurban, ibadah korban, maksud korban, bahagian korban, hukum korban, korban lembu, korban aqiqah, korban in english, erti ibadah korban

 

Jawatan kosong Muar 2018

Kali ini kami kongsikan jawatan kosong Muar 2018 yang ditawarkan oleh Dhir & Partners Sdn. Bhd. Kekosongan jawatan sebagai Recovery Officer dipanjangkan oleh kenalan kami melalui group whatsapp. Berpusat di Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, Muar

Jawatan kosong muar 2018 jawatan

 

Kelayakan yang diperlukan adalah:

  • SPM / STPM / Diploma / Degree
  • Mahir berkomunikasi
  • Mahir dalam penggunaan komputer (MS Office, Words & Excell)
  • Boleh bekerja dalam kumpulan
  • Berpengalaman dalam industri pungutan dan telekomunikasi digalakkan untuk memohon

 

Kelebihan yang ditawwarkan pula adalah merangkumi:

  • Elaun (kedatangan & pencapaian)
  • Komisen + Insentif (prtibadi & kumpulan)
  • Berpeluang menjana pendapatan yang tinggi
  • Kenaikan gaji tahunan
  • ada potongan EPF, SOCSO, EIS & Medical claim (peruntukan perubatan)
  • Berpeluang melancong ke luar negara

 

Sekiranya anda berminat dan mempunyai kriteria yang disenaraikan, silalah berhubung dengan no telfon yang tertera dalam poster di atas untuk jawatan kerja kosong di Muar