Asam Pedas Daging Melaka di Muar Johor

Asam pedas daging Melaka atau lebih dikenali sebagai asam pedas tetel merupakan salah satu menu pilihan para peminat tegar asam pedas. Pengalaman kami mempunyai saudara mara dan sahabat yang meminati masakan asam pedas, kebiasaannya mereka cerewet dalam memilih masakan asam pedas Johor atau asam pedas Melaka sedap.Asam pedas Daging Melaka sedap

Tapi, sekiranya masakan asam pedas itu menepati selera dan citarasa mereka, maka keraplah kedai makan tersebut dikunjungi, lagi dan lagi. Yang lagi menarik, terdapat kedai roti canai menjadikan asam pedas sebagai alternatif selain kuah dhal atau kari.

Pelbagai menu masak asam pedas Melaka, antaranya asam pedas daging Melaka (daging tetel), pari, mayong, kembung, siakap dan telur ikan.

Jika anda peminat tegar masakan asam pedas Johor, mungkin boleh mencuba masakan asam pedas Melaka hasil sentuhan tukang masak orang Melaka yang menetap di Muar.

Pengalaman memasak diwarisi daripada nenek di Merlimau, yang tak pernah gagal memasak asam pedas Melaka untuk anak cucu dan juga digilai sahabat-sahabat. Kerap kali si nenek memasak bila rakan-rakan datang bertandang dari jauh menyuarakan hasrat ingin pekena asam pedas hasil air tangan nenek.

Ada perbezaan kedua-dua masakan asam pedas Johor dan Melaka, terutama dari segi resepi asam pedas, iaitu bahan-bahan ramuannya, yang pasti memberikan rasa yang berbeza.

Pelbagai menu masak asam pedas Melaka sedia menerima tempahan untuk penghantaran delivery, antaranya asam pedas tetel, pari, mayong, kembung, telur ikan.

Untuk tempahan cod esok hari, sila whatsapp https://www.wasap.my/601158961229/b.cod.asam.pedas

Sekiranya anda berminat untuk mencuba rasa asam pedas Melaka, silalah singgah ke warung #CendolDurianSyoknyaUmmi di Parit Bunga, Tangkak Muar. (sila waze atau google maps Cendol durian Syoknya Ummi).

Update selingan: Untuk peminat Durian Crepe Melaka di kawasan Merlimau, boleh dapatkan stok durian crepe di Petronas Merlimau Pasaraya Sejati Taman Debunga dan juga di Pasaraya Mega. Ia diletakkan didalam freezer aiskrim.

 

CARIAN BERKAITAN
asam pedas melaka sedap, resepi asam pedas melaka simple, resepi asam pedas melaka asli, hajjah mona, asam pedas melaka, asam pedas melaka ikan kembung, asam pedas johor, asam pedas daging melaka, kota laksamana asam pedas claypot melaka

#asampedasmelaka #asampedasmuar #asampedastetel #asampedas #asampedasjohor

Nasi Goreng Ayam belakang Coro SMSJ

Terima kasih kepada pembaca yang singgah ke sini untuk kata kunci “Nasi goreng ayam belakang Coro” NGABC (panggung wayang lama Coronation) merupakan “makanan keramat” bagi kami sewaktu bersekolah asrama di SMSJ Kluang, era tahun 90an. Coretan ini khas buat rakan-rakan mahupun senior serta junior Sains Johor.

Nasi goreng ayam belakang coro smsj kluang

Mengapa kami tergila-gilakan nasi goreng ayam ini? Adakah sebab memang sangat sedap? Atau ada unsur-unsur mistic?  

Selama 5 tahun kami bersekolah, hampir setiap kali “outing”, nasi goreng ayam belakang coro ini pasti menjadi destinasi menjamu selera. Kalau dapat makan, perghh, terubat rindu.  

Untung bagi mereka yang ada abang atau kakak angkat kerana adik angkat akan mendapat “hasil” setiap kali outing mereka pada hari Jumaat / Sabtu. …..Oh, rugi sungguh tak ada yang sudi angkat admin dulu 😂

Tidak dapat dipastikan sejak bila trend NGABC ini dan bilakah ia berakhir. Namun, yang pasti majoriti Alumni SMSJ era 80an – 90an pasti akan berkunjung ke sini bila berkunjung ke Kluang. 

Kalau bercerita tentang nasi goreng NGABC ni, tak pasal-pasal terembes air liur. Nak kata sedap gila, tak juga. Sedap boleh tahan, tapi air tangan tu yang power… dan yang pasti, ia mengembalikan nostalgia.

Alhamdulillah, minggu lepas kami sempat berkunjung ke Medan selera MPK jalan Panggung Wayang dan merasai kembali NGABC di gerai Pakcik belakang coro (gerai makan Ezman) setelah 25 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Kedai pakcik belakang coro sains johor kluang
Banner senarai harga di atas sumbangan SAJOHA 88-92 (sekarang dah upgrade lagi besar)

Rasanya masih kekal sama seperti dulu tetapi yang paling menarik adalah harganya, iaitu hanya serendah rm3.50 untuk nasi goreng ayam di bandar Kluang. Memang murah dan puashati. Cuma pembungkusan sudah berubah, tidak lagi menggunakan kertas suratkhabar (yang ini part nostalgia).

Sebagai rujukan, untuk bekas pelajar SMSJ era kami (80an dan 90an), berikut adalah alamat Nasi Goreng Ayam Belakang Coro (kedai pakcik belakang coro) :

Gerai Makan Ezman,
No 3, Medan Selera MPK,
Jalan Panggung Wayang,
86000 Kluang,
Johor.

Berikut pula adalah peta lokasi pada Google map. Klik je, lepas tu ikut je Navigator samada google atau pun Waze. Kami dah tandakan dalam Google map, khas untuk SAJOHA.

Nota kaki:

Al-Fatihah buat makcik Yan pemilik bersama Nasi Goreng Ayam Belakang Coro yang telah kembali menemui penciptaNya. Setiap hidangan yang disajikan buat kami sepanjang 5 tahun kami bersekolah asrama hingga dewasa ini tak dapat kami lupakan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.