Bagaimana Screening dan Saringan Sample ujian COVID19 dibuat

Sekarang ramai masih belum sedar tentang kepentingan mematuhi arahan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) atau dalam bahasa Inggeris disebut MRO (Movement Restriction Order) ekoran masalah wabak pendemik Covid -19 Novel Coronavirus atau nCovic Covid19. Rakyat dipinta tampil untuk melakukan Saringan sample ujian covid 19 sekiranya mempunyai simptom atau jika pernah mempunyai sejarah berjumpa dengan pembawa virus ini.

Di sini kami kongsikan tulisan Doktor dengan nama FB Falcon John Aren, boleh follow beliau untuk sebarang perkembangan dan hal ehwal bidang kedoktoran.

Jom kita baca kupasan beliau yang disertakan infografik berkenaan teknik swab (ujian saringan)

===========================

Screening & Saringan Sample for COVID19… suatu kepentingan atau suatu beban kerja?????

Ada antara kita tidak faham, atau tak mahu faham.. bahawa Saringan / Screening itu menpunyai lapisan / peringkat yang tertentu… (ala macam amik lesen moto la.. lesen B2 test dia lain, lesen Bfull test dia lain…)

Bila kita ‘terdedah’ kepada jangkitan COVID ni yang merebak secara ‘droplet’ jadinya kita kena tunggu tempoh inkubasi (eraman) atau senang kalau buah tu kira ‘matang / masak’ utk kita makan… baru la kita akan dapat tanda atau simptom.. tapi kalau nak pastikan kita ‘ada’ secara standardnya kena la ‘swab’ atau jolok hidung kalau kita ini menjadi ‘suspek’ ataupun sebagai orang yang ‘disiasat’ utk mendapat jangkitan tersebut…

Kat sini saya nak cerita sedikit pasal jolok tekak (oropharangeal) ataupun jolok hidung (nasopharangeal) swab.. supaya korang semua duduk rumah!!! Ko ingat tak sakit? Dan selesa ke? Baik orang yang kena, dan orang yang ‘mengenakan’ sama-sama terseksa dan penat…

Berkenaan dengan saringan, kalau kita ikut model negara jiran (Indonesia) mungkin boleh jer takyah swab.. kita biar jelah.. ataupun kita nak buat model korea.. (swab semua) bak kata orang mencegah lebih baik dari merawat…

Isu, selain daripada penggunaan PPE yang byk, korea buat ‘booth’ utk swab penduduk mereka.. dan semua penduduk diorg sangat berdisplin dan patut.. cuma teknik swab ini kenalah diketahu dan difahami bersama… supaya kerja berjalan lancar, bersistematik dan selamat.

P/S: korang bayangkan kalau korang kena swab mmg menangis tak berlagu, especially kalau 2nd swab tu kena jolok lagi dalam dan lagi jauh…

#BeenThereDoneThat
#KamiSemuaSepakat

Saringan sample ujian covid19

Saringan sample ujian covid19

 

Facebook Comments

One thought on “Bagaimana Screening dan Saringan Sample ujian COVID19 dibuat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21