Bagaimana cara dapatkan cash flow positif dengan hartanah

10 PANDUAN CARI RUMAH BERI ALIRAN TUNAI (CASH FLOW) POSITIF. Bagaimana untuk cara dapatkan cash flow positif dengan hartanah? Perkongsian hebat ini kami pinjam daripada tulisan asal Harith Faisal, seorang ikon hipster hartanah. Anak muda yang patut anda follow di facebook beliau untuk panduan serta tips hartanah yang dikongsi secara percuma. Setakat ini, follower beliau telah melepasi 100k++ orang.

cara dapatkan cash flow positif dengan hartanah

image google

Baca juga >> Cara teknik penipuan pemaju perumahan scammer.

Jom kita baca, hadamkan dan semat diminda sebagai panduan pada hari-hari mendatang untuk membuat untung melalui pelaburan hartanah:

======================================================

Ada caranya untuk dapat rumah yang bagi aliran tunai positif kat kita. Saya belanja 10 poin ringkas ini ya.

1. Beli rumah bertingkat, apartmen atau flat.

2. Beli rumah tingkat bawah-bawah (walk up).

3. Beli rumah bawah harga pasaran.

4. Beli rumah di kawasan permintaan tinggi.

5. Beli rumah muda, tempoh biaya panjang, ansuran jadi rendah.

6. Beli rumah segera, kadar sewa semakin meningkat.

7. Kaji kadar sewaan setempat sebelum beli rumah.

8. Sewakan mengikut bilik atau kepala.

9. Sewakan bersama perabot dan internet.

10. Sewakan mengikut hari (homestay).

Tapi pelaburan hartanah bukan hanya untuk dapat cashflow positif tau. Ada juga pelabur yang tak kisah pasal tu, tapi fokus untung daripada kenaikan harga rumah. Yang itu, lain pula tipsnya.

Kau ikutlah mana-mana yang kau rasa sesuai dengan modal, kelayakan, gaji, matlamat, selera, kemahuan, dan ilmu yang kau ada. Bukan apa, orang lain buat boleh untung, bila kau buat, tak semestinya kau untung.

Kalau kau melabur tanpa ilmu tapi untung, bukan bermakna kau bijak, cuma kau sangat bertuah. Jangan buat macam tu banyak kali ya. Kita tak selamanya bertuah. Haha! – HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.

===================================================

Sungguh mantap dan sangat bermanfaat apa yang telah dikongsi beliau tentang cara dapatkan cash flow positif dengan hartanah. Teruja kami dengan tips yang mudah difahami dan sangat relevan ini. Jadi tunggu apa lagi, bertindaklah secepat mungkin sebelum menyesal dikemudian hari.

Facebook Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Bagaimana cara dapatkan cash flow positif dengan hartanah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge