Muat turun Borang rentas daerah PKPB

Berikutan langkah Kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, orang ramai yang ingin merentas keluar atau memasukinya, perlu muat turun borang rentas daerah PKPB dan mengemukakan surat kebenaran setiap kali melalui sekatan jalanraya. 

Menurut kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKPB itu bermula pada pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 dan akan tamat pada 27 Oktober 2020.

SUMBER : MKN

PKPB #COVID-19

HEBAHAN: MUAT TURUN BORANG PERMIT PERGERAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media beliau hari ini, pengecualian pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya dibenarkan kepada empat kategori individu sahaja iaitu:

  1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan (sakit dan kematian) sahaja,
  2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan,
  3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan, dan
  4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Contoh situasi:

SITUASI BAGI KATEGORI 2:
Individu dari negeri Johor yang hendak menuju ke negeri Pulau Pinang dan terpaksa merentasi negeri Selangor atas sebab kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Johor sebelum membuat pergerakan.

SITUASI BAGI KATEGORI 3:
Individu dari negeri Melaka yang hendak memasuki Wilayah Persekutuan Putrajaya kerana berlaku kecemasan, hendaklah mengisi dan menghantar borang permit tersebut di balai polis yang berhampiran dengan tempat kediaman di negeri Melaka sebelum membuat pergerakan.

Walau bagaimanapun, sekiranya individu yang sedang membuat pergerakan tadi TERLUPA untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, bolehlah mengisi dan menghantarnya di mana-mana balai terdekat sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.

Borang permit di atas boleh dimuat turun menerusi pautan: https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2 (borang rentas negeri pdf) ATAU menerusi imej di bawah (jpeg) ATAU diperolehi di balai-balai berdekatan dan dihantar semula ke kaunter pertanyaan dalam SATU SALINAN SAHAJA.

Muat turun Borang rentas daerah PKPB

Perlu diingatkan bahawa hanya DUA ORANG SAHAJA dibenarkan dalam setiap pergerakan. Manakala pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat MEMPUNYAI pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dalam daerah yang sama, mereka TIDAK PERLU mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.

Sentiasalah patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang PKPB ini berkuat kuasa.

StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Related searches to muat turun borang rentas daerah PKPB:

borang rentas negeri pkpb,

permit pergerakan rentas negeri borang,

borang rentas negeri pdf,

download borang rentas negeri,

muat turun borang kebenaran rentas negeri,

borang kebenaran rentas negeri pdf,

borang kebenaran rentas negeri pkpb,

borang rentas negeri pkpb pdf,