Ciri-ciri durian XO Johor definisi dan character

Ciri-ciri durian XO Johor. Untuk makluman anda, durian XO Johor samasekali berbeza dengan durian D24 XO Pahang. Mengikut pengalaman dan pengamatan kami, durian XO agak kurang dikenali peminat durian, khususnya pembeli Melayu.
Walaupun sebelum berkecimpung dalam perniagaan durian, kami sering melihat label XO di gerai-gerai durian sepanjang jalan Muar Tangkak. Mungkin ini disebabkan durian XO tidak mempunyai warna yang menarik dan garang. Warna isi durian XO adalah krim kuning pucat sahaja, berbànding warna durian kegemaran ramai seperti kuning diraja (musang king), kuning bumblebee (ioi), kuning oren pekat (D13 , Tang Lai), dan lain-lain lagi.
Ciri-ciri durian xo karakter
 Selain itu rasa isi durian xo juga kurang digemari oleh sebahagian besar pelanggan Melayu kami, kerana dikatakan menyamai rasa air arak whiski xo (samsu xo), yang ada sedikit rasa masam. Mungkin juga sepanjang kami berjualan, kami tidak menjumpai pelanggan Melayu yang betul-betul gemar rasa durian XO, kerana kami jarang menyimpan / mengambil stok buah xo disebabkan faktor permintaan yang rendah dikalangan pelanggan kami.
 Ini jauh berbeza  jika dibandingkan dengan buah Tekka, yang agak kerap meniti dibibir para pelanggan kami, walaupun ramai telah maklum akan harga tekka yang agak mahal. ditambah pula dengan sifat Tekka yang kurang mesra “ulas”.
 Mari kita baca maksud definisi wiski xo:
 ….
What is XO whiskey?
XO stands for Extra Old, and it describes a Cognac consisting of eaux-de-vie that have been aged in oak barrels for a minimum of six years. However, XOs often have a much older average age, with many XO Cognacs being 20 years old and older. 
Untuk karekter buah dan isi durian xo, apa kata kuta tonton video yang telah kami rakam ini.

Buat pengetahuan anda harga durian XO yang telah kami jual di #DurianSyoknyaUmmi di Muar sepanjang musim Mei-Ogos 2020, harga buah gred A sekitar RM35/kg, manakal harga buah durian XO gred B pula sekitar RM20.00 sahaja.
Setakat itu sahaja kali ini untuk ciri-ciri durian xo daripada kami, jumpa lagi dalam blog post yang lain, sekiranya bermanfaat sila like, share dan subscribe youtube serta blog kami. Terima kasih.