TF value mart sesak cuti pertabalan Agong

Hari ini Isnin cuti umum sempena pertabalan Sultan Kelantan sebagai DYMM Yang Dipertuan Agong.

Kami seperti biasa terpaksa keluar membeli belah barangan mentah setelah stok warung cendol durian Syoknya Ummi habis.

Walau bagaimanapun, waktu kami sampai ke sana dalam jam 11+ pagi merupakan waktu puncak. Suasana agak ‘cramp’ dengan bilangan pengunjung yang ramai.

Dengan bilangan kaunter yang agak terhad (maklumlah cuti umum,  bagi cuti atau bayar dua kali ganda gaji pekerja), kelihatan ramai pelanggan terpaksa beratur panjang.
Alhamdulillah berjaya juga kami selesaikan urusan tanpa sebarang masalah. Talian mesin pembayaran kad kredit juga tiada masalah, tidak seperti pengalaman sebelumnya.

Itu sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Sekadar update blog pada hari cuti.
Wassalam.

Pembekal baja bio organik FELCRA

Baja organik FELCRA berjenama NRICH.

Baja bio – organik (bio organic fertilizer),  berjenama NRICH, keluaran FELCRA.

Kebaikan dan kelebihan baja organik tidak boleh dipertikai disebabkan ciri-ciri utama “organik” itusendiri,tidakmelibatkan bahan kimia yang kadang-kala memudaratkan sifat ketahanan badan dan lebih memburukkan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan berpanjangan.

 

Kelebihan lain pula ialah, ia tidak merosakkan pokok sekiranya “terlebih baja”, bebanding baja kimia yang biasanya akan merosakkan anak-anak benih pokok, menjadi layu dan mati.

 

Satu beg seberat 25kg, berharga RM39 sahaja.

Untuk pembelian dan tempahan,  sila hubungi kami menggunakan contact form, atau wsap/call 013-765 9294 / 018-779 1008.