Permohonan sekolah Maahad Tahfiz Ulul Albab

Sebagai rujukan untuk para ibu bapa yang ingin membuat permohonan anak-anak ke kemasukan sekolah maahad tahfiz Ulul Albab, kami senaraikan nama-nama sekolah serta link ke sekolah yang tersenarai:

Permohonan sekolah Maahad tahfiz ulul albab

 

💐🌸🏵MAKLUMAT MAAHAD TAHFIZ KERAJAAN/ YAYASAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 THN 2019🌴🌴🌴

1) Tahfiz Ulul Albab KPM: info at Muat Turun – KPM
PDFhttps://www.moe.gov.my › pekeliling › c…

2) Tahfiz MRSM: Online MRSM at https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

3) Maahad Tahfiz Negeri Pahang: Buka permohonan selepas result UPSR, info at www.tahfizpahang.edu.my

4)IMTIYAZ TERENGGANU: Antara pelopor konsep Ulul Albab di Malaysia. Info at https://myimtiaz.com.my/v5/

5) MITS Selangor: Permohonan melalui JAIS

6) SMISTA MAIWP: Permohonan slps result UPSR, info at https://www.smista-maiwp.edu.my

7) Tahfiz di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK): YIK antara yg memiliki plg banyak Maahad Tahfiz pelbagai jenis. Info at https://www.yik.edu.my/v3/index.php/my/hebahan/304-permohonan-masuk-ke-tingkatan-1-sesi-2019-mulai-dibuka-1-oktober-2018

8) Maahad Tahfiz Darul Ulum Basariah: Berstatus SABK yg terletak di Kuantan. Permohonan di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdafYc5cEAvjkMhXR1g1tt-_CHrcSjAnDhMsi68GNNJyM0jRA/closedform

9) Maahad Tahfiz ad- Din: Antara Maahad Tahfiz swasta yg mempunyai banyak cawangan terutama di Perak. Permohonan di https://maahadtahfizaddin.edu.my/pendaftaran-pelajar-online/

*Semoga bermanfaat kpd pelajar dan ibubapa yg mencari Institusi Tahfiz sebagai hala tuju mereka. Ini adalah antara Maahad Tahfiz milik kerajaan (Pusat/Negeri)atau Yayasan yg terkenal. Namun terdapat banyak lagi Maahad Tahfiz swasta yg blh menjadi pilihan.

Kresit Disediakan oleh:
(Us Shahrulkarnain)

 

Panduan Shopee cara berniaga dan buat duit online

Masih tercari-cari rentak dan peluang berniaga online? Kami bawakan kepada anda panduan Shopee, satu panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan online di Shopee.Panduan shopee cara-cara bisnes shopeeJika sebelum ini anda mungkin pernah berniaga atau sekadar mendengar tentang platform eBay, Lelong.com.my, Mudah.my, Lazada, Instagram, Facebook ads dan banyak lagi.

Kini muncul saru platform yang menggegar dan bakal memberikan hasil jualan beribu-ribu dan tak mustahil berjuta ringgit kepada anda.

Platform Shopee kini sedang menjadi kegilaan dan lubuk buat para peniaga online dengan pelbagai kelebihan dan features yang menandingi platform-platform online shop sebelum ini.

Shopee sedang hangat dek kerana selalu kedengaran irama “di Shopee pi pi pi pi… “, yang saban hari sering keluar dikaca tv anda dan juga di radio.

Salah satu features yang hebat adalah “pos percuma” yang ditawarkan.

Berniaga secara atas talian atau bisnes online sememangnya salah satu alternatif menjana pendapatan, samada secara part time atau fulltime. Seronok dan mengujakan bilamana saban hari akaun shopee mendapat order “checkout” daripada para pelanggan.

Lebih menarik bila kita hanya menjalankan perniagaan hanya dari rumah atau mana-mana sahaja tempat diceruk dunia selagi ada talian internet.

Nak tahu lebih lanjut tentang Panduan bisnes berniaga di Shopee? (klik sini)

Cara menyimpan daging korban yang betul

Menjelang hari raya korban, bermulalah aktiviti sembelihan qurban selama 4 hari, iaitu hari ke 10-13 (Aidiladha dan 3 hari taysrik). Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita menyambut hari raya korban 2018

Cara simpan daging korban yang betul

Menarik di Malaysia, saban tahun semakin ramai umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan ibadah ini, dengan niat kerana Allah.

Oleh itu, ramai fakir miskin dapat menikmati daging sembelihan sumbangan mereka yang berkorban. Ramai juga di antara kita yang merasa tempiasnya dengan mendapat banyak sumbangan daging qurban.

KLIK SINI UNTUK KORBAN ONLINE KEMBOJA 2018

Di bawah ini kami paparkan cara menyimpan daging kurban dengan betul untuk tahan lama, sumber daripada perkongsian whatsapp. Semoga kita beroleh manfaat dan terima kasih tak terhingga kepada penulis asal.

=========================

*KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL*
_*Agar tetap terjaga kualitinya_*

1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. *JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER*
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. *JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.*
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

4. *JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS*
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. *Tips tambahan*
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanker. Gunalah sarunh plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal….!!!

Baarakallah
Semoga memberi manfaat

Related serches

Daging korban boleh makan, daging korban non muslim, daging korban buat kenduri, daging korban berapa bahagian,