Manifesto Pakatan Harapan 2018 PRU 14

Manifesto pakatan harapan 2018. Ini merupakan mesej yang kami dapat melalui whatsapp yang tular berkenaan manifesto / insentif yang bakal rakyat Malaysia kecapi apabila Pakatan Harapan membentuk kerajaan Malaysia yang baru.

Manifesto pkr pakatan harapan 2018 pru14

Mesej ini diterima sebelum PRU14 selesai, dan hari ini cita-cita majoriti rakyat Malaysia tercapai dengan pilihan mereka memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru.

Jom kita baca, hadam dan simpan janji kerajaan Malaysia yang baru.

=========================
– ▶ Insentif Pakatan Harapan jika BN Direhatkan PRU 14 akan datang.

1⃣Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di tingkatkan.

2⃣Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.

3⃣Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 – RM1000

4⃣ Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.

5⃣Lesen motosikal Percuma.

6⃣Mansuh GST.

7⃣Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.

8⃣Bantuan Pendidikan Percuma.

9⃣Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.

1⃣0⃣Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.

1⃣1⃣Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.

1⃣2⃣Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.

1⃣3⃣Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.

1⃣4⃣Menstabilkan harga barang.

1⃣5⃣Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.

1⃣6⃣Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.

1⃣7⃣Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.

1⃣8⃣Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.

1⃣9⃣Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.

2⃣0⃣Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.

2⃣1⃣Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.

2⃣2⃣Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.

2⃣3⃣Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.

2⃣4⃣Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.

2⃣5⃣Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.

2⃣6⃣Memperbanyakan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.

2⃣7⃣Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.

2⃣8⃣Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.

2⃣9⃣Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.

3⃣0⃣Insentif tunai Kelahiran Baru.

3⃣1⃣ Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi,kanak2 hingga dewasa.

3⃣2⃣Menarik pelabur asing lebih banyak.

3⃣3⃣Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

3⃣4⃣Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.

3⃣5⃣Khidmat kesihatan Percuma.

3⃣6⃣Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.

3⃣7⃣Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.

3⃣8⃣Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.

3⃣9⃣ Menaik taraf kehidupan Rakyat.

4⃣0⃣Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.

4⃣1⃣Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.

4⃣2⃣ Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.

4⃣3⃣Memansuhkan sistem AES

4⃣4⃣Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.

4⃣5⃣Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.

Semoga inisiatif PAKATAN HARAPAN serta mandat Rakyat bakal mengubah Malaysia serta Rakyat menjadi lebih baik demi malaysia yang tercinta.☑☑☑☑☑☑☑

Manifesto pakatan harapan 2018

SHARE RAMAI2 JOMMM…

Karnival Temasya Budaya Melaka 2017

Karnival Temasya Budaya Melaka 2017 merupakan Event Melaka yang berlangsung antara 3-5 November 2017.

Bersebelahan Dataran pahlawan Melaka, di Kota A Famosa, Jalan Kota, Banda Hilir Melaka.

Untuk anda yang berada di Melaka dan daerah berdekatan, bolehlah singgah ke Kota A Famosa di Banda Hilir Melaka bersama anak dan keluarga. Banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang 3 hari ini.

Dendangan lagu Lancang Kuning

 

Dendangan lagu Kau pergi tanpa pesan nyanyian asal Sharifah Aini

Antara yang bakal disaksikan:

1. Citarasa Homestay Melaka 2017 dengan jualan gerai makanan dan produk.

>>> baca juga tips untuk pengusaha homestay

2. Persembahan kebudayaan dendangan dondang sayang dan pelbagai lagu asli Melayu

3. Pertandingan ratu kebaya nyonya pada 5 November 2017, 3-5pm

4. “Let’s joget warisan Melaka” Joget @ Melaka. 8.30pm – 11pm pada 4 November Sabtu dengan penampilan khas Fauziah Gambus.

5. Battle of joget 2017 pada 4 November 2017, 10am-6pm di Menara Taming Sari.

 

Kami juga berkesempatan melawat muzium yangengadakan pameran Human Body, menunjukkan anatomi badan mayat manusia yang diawet.

Gambar lama jambatan Muar roundabout

 

 

gambar lama bandare muar jambatan

Sedang membelek-belek koleksi gambar-gambar dalam hardisk, terjumpa sekeping gambar lama bandar Muar, betul-betul di roundabout (bulatan) turun jambatan.

Penulis sempat merasai laluan ini, sebelum ia ditukar sepenuhnya kepada lampu isyarat.

Sungguh menggamit memori teringat zaman kanak-kanak menaiki bas sangkut-sangkut dari Parit Bunga ke bandar Muar.

Cepat masa berlalu, sungguh pantas ia meninggalkan kita tanpa menoleh ke belakang. Zaman berubah, pembangunan pesat dan kemodenan menelan seribu satu kenangan.

Hanya sekeping gambar menceritakan segalanya. Tanpa kita sedari, satu persatu ahli keluarga, sahabat dan kenalan terdekat pergi meninggalkan kita. Juga satu petanda buat kita, di mana masa kita juga akan tiba satu hari nanti.

Buat anak-anak, isteri, keluarga, sahabat dan para pembaca sekalian yang budiman, maafkan aku kiranya ada salah dan silap. Kita semua manusia tak dapat lari daripada kesalahan dan dosa.

 

“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, and today is a gift… that’s why they call it the present”

― Master Oogwa (Kungfu Panda)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...