Dari UiTM Jasin ke Cendol Durian Syoknya Ummi Muar Tangkak

Terima kasih kepada semua adik-adik yang datang jauh, dari UiTM Jasin ke Muar. Semata-mata untuk pekena menu burger bakar, coconut shake dan juga cendol durian Muar.

Minta maaf sekiranya ada yang tersilap atau terkurang. Harapan kami agar anda semua puas hati dan tidak serik untuk berkunjung lagi ke tempat kami untuk menikmati Cendol durian Syoknya Ummi.

 

RELATED SEARCHES
cendol muar jalan sisi
cendol de’raja muar royal town muar, johor
cendol durian syoknya ummi muar, johor
cendol sedap di muar
cendol durian melaka

Cendol durian Muar

TF value mart sesak cuti pertabalan Agong

Hari ini Isnin cuti umum sempena pertabalan Sultan Kelantan sebagai DYMM Yang Dipertuan Agong.

Kami seperti biasa terpaksa keluar membeli belah barangan mentah setelah stok warung cendol durian Syoknya Ummi habis.

Walau bagaimanapun, waktu kami sampai ke sana dalam jam 11+ pagi merupakan waktu puncak. Suasana agak ‘cramp’ dengan bilangan pengunjung yang ramai.

Dengan bilangan kaunter yang agak terhad (maklumlah cuti umum,  bagi cuti atau bayar dua kali ganda gaji pekerja), kelihatan ramai pelanggan terpaksa beratur panjang.
Alhamdulillah berjaya juga kami selesaikan urusan tanpa sebarang masalah. Talian mesin pembayaran kad kredit juga tiada masalah, tidak seperti pengalaman sebelumnya.

Itu sahaja perkongsian kami untuk kali ini. Sekadar update blog pada hari cuti.
Wassalam.