Perkongsian yang menarik daripada ‘Abe’, Ahmad Mukramin, 5 tips interview untuk kelihatan profesional.
Image kredit Totaljobsearchonline.com
Kami sendiri pernah menerima permohonan kerja daripada para calon. Resume yang dihantar ada bermacam-macam gaya, sebahagiannya professional, sebahagiannya lagi sebaliknya.
Emel yang dihantar juga ada mempunyai isi dan mukadimah, manakala ada juga yang kosong, hanya ada ‘subjek emel’ sahaja.
Semoga tips panduan temuduga yang ditekankan menjadi panduan berguna, khasnya kepada adik-adik, para graduan yang memburu peluang pekerjaan.
Jom kita baca tulisan beliau…
…………………………………………………………………
Dalam 2 interview session untuk memenuhi vacancy salah satu position di RHB baru ni,ade beberapa kesalahan ketara yang perlu di ambil perhatian oleh fresh graduate atau sesiapa sahaja yang akan menghadiri interview session;
…
1️⃣email kene professional!
Ini kali kedua saya menegur soal email di dalam resume..email seperti adik_nobita92@yahoo.com atau manja.1993@gmail.com adalah tidak sesuai.Contohnya sekiranya nama anda Suhaib Torla..email yang bersesuaian ialah suhaib.torla@gmail.com atau yang seumpamanya..
….
2️⃣Gambar dalam Resume
Ada dua version dalam hal ini.Ada yang letak gambar dan ada yang sebaliknya.Depending on jenis kerja yang dipilih..ada kalanya gambar merupakan benda wajib..atau sebaliknya.Sekiranya vacancy kerja yang memerlukan perwatakan menarik..seperti nak jadi pramugara..front liner untuk serve customer misalnya..gambar di dalam resume adalah penting.’Back office’ staff bergantung kepada job scope kerja tersebut.
Bagi yang perlu meletakkan gambar,yg pakai tshirt round collar selekeh dgn seluar jeans koyak2..walaupon hipster dimata anda..tapi for the purpose nak mintak kerja carila gambar lain yang bersesuaian.
..
3️⃣ Kesalahan Ejaan dan Simple Grammatical Error
Sebelum send resume tuh..minta tolonglah sgt2..baca dan review resume anda 20 kali..suruh teman2 sekeliling proof read resume anda..check spelling dan grammatical error..sebab interviewer boleh beranggapan anda bukan perfectionist dan buat kerja sambil lewa!!
..
4️⃣ Communication skills
Sebelum menghadiri interview..cuba tanya mak ayah pak long abang ngah..sejauh mana communication skills anda-banyak course2 yang baik yang boleh dihadiri untuk membantu persiapan menghadiri interview atau untuk improve communication skills..yang orang kelantan mcm mana nak control ‘accent’ anda dan sebagainya.
..
5️⃣Sikap atau Negatif minset
Ada candidate apabila ditanya soalan..
Bagaimana pengalaman kerja di tempat sekarang..
“Well..tiada apa yang saya belajar..supervisor menjengkelkan..team mate semua selfish..benefit terok sangat..bla3” sehingga saya tidak mendengar satu benda positif dari mulut candidate.
Agak2 boleh ambil staff mcm ni?
..
Ini antara tips untuk menghadapi interview.
Ada lagi beberapa tips penting saya akan sambung kalau ada masa..cukup 5 dahulu..
-Abe-