JAWATAN KOSONG di Mekah- TUKANG MASAK TABUNG HAJI

Kami ingin kongsikan mesej yang diterima dan dipanjangkan agar memberi manfaat. JAWATAN KOSONG di Mekah – TUKANG MASAK TABUNG HAJI DI TANAH SUCI merupakan posisi yang ditawar.

Banyak kelebihan yang boleh diperolehi sekiranya bertugas di Tanah Suci. Yang paling utama, sudah pastinya peluang untuk menunaikan haji dan umrah terbuka luas untuk dilakukan bila-bila masa.

Jawatan kosong Di Mekah tukang masak

Assalamualaikum w.b.t.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan sebagai Petugas pada Musim Haji 1437H/2019 untuk jawatan seperti berikut :-

JAWATAN : TUKANG MASAK
LOKASI : MAKKAH & MADINAH ( LUAR NEGARA )
KEKOSONGAN : 40 ORANG

Kelayakan :-

– Lelaki Islam

– Berumur 25 hingga 45 tahun

– Sihat Tubuh Badan dan bebas dari penyakit – Darah Tinggi, Kecing Manis, Sakit Jantung, Batuk Kering ( Tibi ) Hepatitis ( A,B,C ), Gout dan penyakit Kronik.

– Tempoh Kontrak ditawarkan di antara 60 hingga 75 hari
Memiliki Sijil / Diploma dalam bidang masakan dan sekurang-kurangnya 7 tahun pengalaman dalam bidang masakan melayu.

– Berpengalaman memasak dalam kuantiti yang banyak diantara 3000 hingga 5000 pax dalam satu masa

– Boleh bekerja dibawah penyeliaan dn pengawasan yang minima

– Berdedikasi dan bertanggungjawab di atas tugas yang di amanahkan.

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan permohonan yang lengkap dan sekeping gambar bersaiz passport ke alamat berikut sebelum atau pada *15 Mac 2019*.

TH GLOBAL SERVICES SDN BHD
LANTAI 17 BANGUNAN TABUNG HAJI,
201 JALAN TUN RAZAK,
50400 KUALA LUMPUR.

FAKS : 03-21611700
TELEFON : 03-21622700

atau emailkan kepada :-

mashitah@thhotels.com.my
suhailin@thhotels.com.my
rozaimiabdulrahimthgs@gmail.com
rozaimirahim@thhotels.com.my

#PERMOHONANDISENARAIPENDEKAKANDITEMUDUGA

 

Sila panjang-panjangkan mesej ini agar terbuka peluang kepada sesiapa sahaja, khususnya mereka yang mengintai peluang mencari jawatan kosong di Mekah. Gunakan button share dan bolehlah share melalui Twitter, group whatsapp atau wechat.

Semoga usaha kecil kita ini dapat memberikan pahala serta ganjaran yang berpanjangan dan berkekalan.