Seluar bundle hiking Muar dan outdoor Parit Sulong

Khas bagi penggemar dan peminat seluar bundle hiking Muar dan outdoor yang juga berada di sekitar kawasan Parit Sulong boleh teruskan membaca post ini untuk maklumat lanjut.

Sebelum ini, terdapat blog post tentang bundle kasut murah Muar. Ramai yang puas hati dan mencari kasut bundle daripada Pakdin di PHO Garage.

Seluar bundle hiking Muar

Seluar bundle hiking Muar

Seluar bundle hiking Muar outdoor parit sulong

Seluar bundle hiking Muar outdoor parit sulong

thailand bundle supplier

Kali ini kami sajikan pula koleksi pakaian dan seluar bundle hiking Muar.

Bagi para peminat seluar bundle outdoor di Muar, anda boleh singgah ke gerai en. Rahim di Pasar Tani Stadium Muar, setiap pagi Ahad hingga ke tengahari, manakala setiap petang Rabu di pasar malam Bakri batu 6.

Untuk Parit Sulong dan kawasan sekitar pula, bolhlah singgah ke pasar pagi hari Sabtu sehingga ke tengahari. Lokasi khemah beliau tidak berapa jauh dari masjid dan pasar awam pekan Parit Sulong.

Dewasa ini, pakaian seluar bundle outdoor ini mula mendapat tempat dihati para penggemar khususnya untuk kegunaan berbasikal santai, berkebun, memancing, mendaki bukit gunung dan banyak lagi aktiviti luar yang lain.

Selain menjual seluar bundle hiking dan outdoor, en. Rahim juga ada menyediakan khidmat servis alter @ repair seluar, di mana anda boleh meminta beliau untuk memotong memendekkan kaki seluar atau mengecilkan apa-apa potongan (cutting) yang dikehendaki. Untuk alteration service ini, anda boleh berbincang terus dengan encik Rahim pada no wsap di bawah ini atau berjumpa terus dengan beliau di lapangan pasar pagi / pasar lambak.

Harga yang dikenakan untuk alter seluar bundle yang dibeli amat berpadanan dan tidak mahal. Beliau telah mempunyai pengalaman yang agak lama dalam bidang ini.

Sila berhubung dengan en. Rahim untuk membeli seluar bundle hiking atau seluar outdoor samada untuk pakai sendiri atau belian secara borong / pukal, sila wsap pada nombor berikut, www.wasap.my/60177968161/beli.bundle.Hiking. In shaa Allah beliau boleh menjadi pembekal bundle outdoor untuk anda.

In Shaa Allah jaminan kepuasan anda untuk nilai ringgit yang dibayar.

RELATED SEARCHES

Seluar outdoor bundle, Seluar Hiking, Seluar Hiking Bundle kuala Lumpur, Seluar hiking bundle kelantan, Bundle OUTDOOR kl, Bundle hiking bangi, Seluar bundle hiking, Seluar hiking bundle shah alam, Bundle HIKING kl, Seluar hiking bundle borong, bundle hiking, bundle hiking Muar, seluar outdoor Muar, outdoor hiking pants malaysia, hiking pants, thailand bundle supplier, baju hiking, seluar hiking wanita, hiking pants

Cendol Musang King RM10

Dalam minggu ini telah tular isu cendol musang king Melaka berharga rm114 untuk 3 mangkuk (rm38 semangkuk). Penularan berita ini telah menjadi perbualan hangat dengan mendapat respond komentar daripada netizen. Ada yang mengeji dan ada juga yang faham dengan situasi.

Apa-apa pun semuanya bergantung kepada niat dan juga matlamat asal pelanggan yang menularkan harga dan cendol Musang King tersebut uang dikatakan mahal.

credit Metro

Cendol musang king Melaka

Dari sisi pemasaran (marketing),  pemilik bisnes cendol musang king di Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan Melaka ini sudah pasti mendapat liputan yang lagi meluas dengan “zero cost marketing”, tanpa membeli slot iklan pengiklanan di tv, mahupun fb ads milik Mark Zuckerberg.

Cendol sedap di Muar

Sementara itu, bagi anda yang meminati durian dan teringin merasa durian musang king buat pertama kali seumur hidup, bolehlah singgah ke warung Cendol Durian Syoknya Ummi di Parit Bunga, Muar Tangkak.

Apa yang ajaib dan menarik, buat masa ini harga cendol musang king yang ditawar adalah serendah rm10.00 sahaja, berbanding harga asal rm25.00 semangkuk. Ini adalah harga promosi dan masih berjalan hingga hujung bulan Februari 2019. Orang Muar tak perlu pergi jauh-jauh untuk merasa cendol musang king Melaka, kat Muar pun ada.

Bagi peminat buah durian segar, di sini juga ada menjual buah durian murah di Muar 2019 . Nak bungkus atau boleh  makan di sini kerana ada meja kerusi tersedia di samping ada cendol dijual bagi membasahkan tekak.

Untuk sebarang tempahan, samada untuk bungkus, delivery cod, atau katering cendol untuk majlis perkahwinan, sila wsap kami, www.wasap.my/60187791008/b.cnmk.10

Jom kita layan video promo cendol musang king rm10

Resepi roti asas Noxxa breadmaker

Resepi roti asas.  Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Agak lama blog ini ditinggalkan bersawang tanpa sebarang kemas kini. Sebenarnya ada banyak urusan dan tuntutan yang kami perlu pikul serta lalui. Antaranya adalah,  menguruskan bapa yang memulakan proses membuat tapak untuk hemodialisis. Seterusnya beliau perlu menjalanai emergency dialisis pada saluran sementara, disebabkan masalah pada buah pinggang rosak yang semakin meruncing

Anak kami pula, Ammar Zakwan yang berusia 6 tahun menjalani pembedahan membuang tonsil di tekak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan beliau sedang berpantang makan bubur dan aiskrim dalam masa 2 minggu ini.

Sehubungan itu, jutaan terima kasih kami ucapkan buat warga kerja HPSF (Hospital Pakar Sultanah Fatimah) Muar, khususnya para dokor dan jururawat yang bertugas, atas keperihatinan mereka dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawab dalam merawat masalah tonsil tekak Ammar Zakwan dan juga buah pinggang ayahanda kami, Alias bin Dawam. Allah jua yang dapat membalas jasa kalian.

In Shaa Allah sekiranya ada kesempatan, dan keizinanNya, kami akan membuat post khas kronologi rawatan dan pembedahan tonsil kanak-kanak, serta pantang larang yang perlu dipatuhi, daripada peringkat awal tonsil dikesan, sehingglah selesai menjalani pembesahan membuang tonsil.

Ok, berbalik kepada matlamat asal, kami sebenarnya ingin berkongsi cara membuat resepi roti asas dengan menggunakan Noxxa breadmaker daripada Amway. .

Harga noxxa breadmaker resepi roti asas

Resepi Roti asas

  • 300ml (air + 1 biji telur)
  • 1st garam
  • 2sb gula
  • 2sb mentega
  • 2sb susu tepung
  • 4 cawan tepung roti
  • 4st yis

1. Pasang mata pengadun
2. Masuk bahan ikut urutan di atas
3. Masukkan bekas pengadun
4. Tekan bread 4 kali.
5. Tekan start.
Dalam masa 2 jam akan siap sebuku roti yang siap dibakar.

 

Apa yang menarik tentang breadmaker ini adalah anda hanya masukkan tepung dan bahan-bahan ke dalamnya dan tekan butan start. Dalam masa 2 jam anda akan mendapat sebuku roti “fresh’ siap dibakar.

Selain itu,  anda boleh menggunakannya untuk menguli doh sebelum diolah menjadi pelbagai jenis roti.

Fungsi lain pula adalah sebagi ketuhar untuk memanggang pelbagai jenis masakan.

Sekiranya anda berminat untuk harga atau maklumat lanjut Noxxa breadmaker ini, sila wasap kami di www.wasap.my/60187791008/breadmaker . Kami akan cuba membals mesej whatsapp anda secepat mungkin.