Bagi penggemar durian, khususnya kaki durian hardcore yang akan pergi ke luar negara, ada berita baik. Biskut durian dengan pencicah musang king ini boleh melepaskan gian ketagihan anda
.
Berjenama Hemelzs , “Musang real durian biscuit dips” sepwrti yang tertera pada bungkusan.
Pastikan anda packing berkotak-kotak dan sembunyikan daripada rakan-rakan yang hantu durian 😂
Memang sedap dan tak mengecewakan. Anda akan dapat merasakan keenakan durian sebenar, bukannaya perisa durian (artifical flavour).
Harganya harga mampu milik, hanya rm5.50 sekotak. Tapi yang pasti kandungannya sedikit sahaja dan jangan kecewa kerana semua sudah maklum akan nilai harga durian Musang King yang sememangnya tinggi.
Kami baru sahaja mendapatkannya di Giant Muar. Oklah, nanti kami sambung semula review ini.