REN Renyai di Coconut Shake Luar Biasa

Tempohari, sahabat kami singgah pekena #CoconutShakeLuarBiasa + #BurgerBakarMuar.

Sambil makan burger bakar, sambil bercerita, bertukar-tukar dan berkongsi ilmu. Perbincang berkisar tentang bisnes burger, coconut shake, food truck, branch outlet, dan kemudiannya masuk kepada ilmu hartanah.

Banyak yang kami dapat ilmu perihal pelaburan hartanah pada hari tersebut. Daripada nilai hartanah, sehinggalah kepada perkara-perkara yang melibatkan guaman serta pinjaman bank.

Siapa nak beli atau jual rumah, boleh helo2 brader Nasri, Ricco Infinity Holdings. Dia ada ilmu REN.

+6010-766 1942
#REN #LawyerHartanah #loan #mortgage #property #Muar #Melaka #realestate #realestatenegotiator

Giveaway 2016 December hot and crispy chicken burger

Bismillah… Sebagai pembuka bulan ini, kami akan mengadakan giveaway 2016 untuk para pembaca blog MuhasabahTrading dot com.

Teka berat set hot and crispy chicken burger dan kentang goreng ini (termasuk berat pinggan).

 

 

HADIAH:

Hadiah untuk peneka paling awal dapat meneka tepat atau hampir tepat, sepanjang contest giveaway berlangsung. Contest bermula hari ini sehingga hari Khamis, 29/12/2016, jam 11.59 malam :

  1. RM30 + baucer RM10 Coconut Shake Luar Biasa 
  2. RM20 + baucer RM10 Coconut Shake Luar Biasa
  3. RM10 + baucer RM10 Coconut Shake Luar Biasa

 

SYARAT-SYARAT:

  1. Anda boleh menghantar tekaan samada di ruangan komen di bawah atau di page facebook kami.
  2. Anda boleh menghantar seberapa banyak tekaan, tetapi perlu buat ayat-ayat berlainan yang agak panjang (sekiranya ingin komen banyak-banyak). Ini bagi mengelakkan komen anda dikategorikan sebagai spam oleh google dan lain-lain. Contohnya… “ok, saya dapat ilham, nak teka lagi… 150gram.” “Mak saya kata, beratnya 280.5g”
  3. Hanya satu hadiah untuk satu pemenang.
  4. Itu sahaja. All the best dan enjoy…

 

CSLB – Coconut Shake Luar Biasa, Burger bakar, cendol durian, durian crepe, durian goreng. #DeliveryBurger di sekitar kawasan Muar, Tangkak Ledang, Merlimau Melaka dan Pagoh. Untuk order, Whatsapp 018-779 1008 / 013-765 9294

Sila like MuhasabahTrading dot com untuk perkongsian-perkongsian menarik serta pelbagai giveaway.

 

 

Poskad lukisan watercolor Abey Zoul

Alhamdulillah poskad-poskad lukisan watercolor ini selamat tiba ke dalam peti surat rumah kami hari ini. Koleksi poskad hasil lukisan catan air daripda sahabat lama saya, Abey Zoul.

Abey Zoul yang saya kenali, sudah lama berjina-jinak dalam catan air (watercolor) semenjak zaman kami bmasih bergelar pelajar di UTM Skudai.

Saya banyak menyaksikan kegigihan beliau mengabdikan diri kepada catan air demi minat yang mendalam. Sememangnya beliau amat berbakat besar dan dilahirkan dengan kemahiran cat air.

Kepada yang mencintai karya seni catan cat air, bolehlah mengikuti beliau di facebook  Abey Zoul