Info Durian Udang Merah Johor

Info durian udang merah johor golden bun d13 b13

Info durian udang merah Johor : DURIAN B13 @ D13 Golden Bun.

Durian D13 memang amat banyak didapati di Muar, Tangkak dan Jementah Segamat kerana ditanam secara meluas dek kerana faktor warna isinya yang oren pekat memukau hati pembeli.

Ia juga amat popular dikalangan pembeli, khususnya warga kota dari KL, JB dan Melaka, di mana ia lebih dikenali dengan panggilan udang merah Johor.

Walau bagaimanapun, ia seringkali disalah anggap sebagai durian udang merah asli (Ang Hae), disebabkan perkataan Johor digugurkan dalam sebutan yang panjang (udang merah Johor).

Faktor lain adalah disebabkan sebutan D13 kurang mesra (catchy) dan sering disalah erti sebagai “RM13 sekilo” membawa kepada salah faham dan mungkin menimbulkan kemarahan.

========================

Mari kita telusuri fakta info Durian b13 ini:

• Durian ini diketahui berasal dari Muar iaitu ditanam secara komersil diladang Hoe Lee, berhadapan Taman Pagoh Jaya atau dahulunya dikenali sebagai Batu 13, Jalan Muar ke Pagoh atau Batu 13, Kampong Masyarakat Jasa, Pagoh, Muar.

• Telah ditanam sejak lebih 20 tahun yang lalu dan buahnya begitu popular dengan nama B13 / D13

.• Pada Julai 2019, durian B13 telah dibawa ke pertandingan durian unggul negeri Johor.

Artikel & grafik ini ditulis oleh: Moll Mah’d-Pejabat Pertanian Daerah Muar (31.7.2019)

Kredit Pejabat Pertanian Daerah Muar

Saksikan juga video yang kami buat, perbandingan info durian udang merah Johor D13 dengan durian udang merah asli @ Ang hae D175

Keberkatan masa paling senang diukur

Keberkatan masa paling senang diukur

Bismillah….

Ada short story, very interesting, bacalah mana tahu ada sidikit ibrah yg boleh diambil.

Keberkatan masa paling senang diukur.

Rushing kehulu hilir, busy dengan tugasan harian seolah 24 jam sehari tidak cukup untuk overcome semua urusan, even dah bangun awal dan stay up hingga lewat malam…rasa macam waktu cepat sangat bergerak, day by day. Ada korang rasa? Sure thing ada….

Pernah terfikir tak kenapa?

Okay lah put aside dulu, jom baca kisah pendek di bawah ni, mana tahu ada ibrah yang boleh dikutip.

Ada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya :
“Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah”.

Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari. Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dimudahkan oleh Allah

Kemudian dia bertanya kepada gurunya “wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku”.

Maka gurunya berkata “waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat..”

Subahanallah. Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian Al-Quran, ia akan mengambil masa yang lama. Dengan kuasa Allah, bila kita baca Al-Quran, waktu kita menjadi lebih berkat. Semakin banyak kita baca Al-Quran, kita akan dapati semakin banyak urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkatnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah, Penjaga Masa kita. in sha Allah

Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya;

▫️Kebingungan yang tiada putusnya.
▫️Kesibukan yang tidak ada hujungnya.
▫️Keperluan yang tidak pernah merasa cukup.
▫️Angan2 yang tiada penghujungnya.

(HR MUSLIM)

Credit : mazhisham muhamad

Musim dan harga durian Muar 2023 September

harga durian Muar 2023

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Berikut merupakan Senarai Harga durian Muar 2023 Ogos (Lapis bunga baru) bagi Muar Tangkak. Berikut harga durian terkini (In shaa Allah kami update setiap hari). #DurianSyoknyaUmmi Warna ungu ada stok Khamis. 28.09.23 / 12 Rabiulawal 1445 H

  1. Kampung comel ……………. Rm 8/kg
  2. Kampung besar …………….. Rm 10/kg
  3. Kahwin Kampung* A ……… Rm 15/kg
  4. Musang king C …………….… rm 19/kg
  5. Musang King B ………………. rm 35/kg
  6. Musang king AB …………….. rm 45/kG
  7. Musang king A ………………. rm 53/kg
  8. Tekka @ Musang Queen .. RM 32/kg
  9. Black Thorn A (BOOKING ONLY) rm65
  10. Black Thorn @ Duri Hitam B Rm 36/kg
  11. Black Thorn C ……………….. Rm 26/kg
  12. Kim Hong @ Goldden Phoenix .. Rm 39/kg
  13. Kim Hong @ Golden Phoenix C . Rm17/kg
  14. KAHWIN: D13 Udang merah Johor / Kang Hai /ioi / gred A … RM 26/kg
  15. KAHWIN: D13 Udang merah Johor / Kang Hai / ioi/ gred B … RM 17/kg
  16. KAHWIN: D13 Udang merah Johor / Kang Hai / ioi/ gred BB … RM 12/kg
  17. KAHWIN: D13 Udang merah Johor / Kang Hai gred BB ……… RM 49/baku
  18. Kampung ……………….. Rm30 sebakul
  19. Reject .rosak sepangsa dua .. Rm 6/kg.

Klik link whatsapp ini untuk tempahan atau pertanyaan lanjut www.wasap.my/601158961229/booking.durian.sept.23

*Contoh durian kategori kahwin kampung @ chamia ketika ini adalah seperti durian D24, 103, Kasap Merah, D144, D99 kop kecil, D5 Ibrahim, kucing tidur , no.4, dll.

#DurianSyoknyaUmmi.
Lokasi di Parit Bunga, mukim Kesang Tangkak, klik peta di bawah:
https://maps.app.goo.gl/gWVrs1v6SLKS8jEZ6

harga durian Muar 2023