Suatu nikmat yang ditarik

Alhamdulillah Allah izinkan saya dan adik beradik lain menjaga bapa kami, Alias bin Dawam 72 tahun, di hospital akibat komplikasi buah pinggang. Ayahanda kami agak lemah ketika menjalani hemodialisis buah pinggang hingga berlaku beberapa masalah.

Walau bagaimanapun, In Shaa Allah petang ni boleh discharge selepas menerima bekalan tambah darah (blood transfution) dan dibenarkan pulang oleh doktor pakar.

Medical card terbaik
Ubat buah pinggang gout darah tinggi dll

Terkedu pada mulanya bila melihat ahli pharmacist datang membawa pelbagai jenis ubatan mengikut preskripsi doktor. Beliau menyatakan yang tak perlu pergi ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat, cukup sekadar memaklumkan di kaunter bahawa ubat telah diambil. Terima kasih atas extra servis daripada ahli farmasi tersebut.

Melihat jumlah ubat yang sangat banyak yang perlu dimakan setiap hari, mengajak kita berfikir apakah ini bahana akibat makan pelbagai jenis junk food ketika muda? Bila dah tua, junk food akan digantikan dengan pelbagai ubatan sebagai jajan.

Pengalaman melihat pesakit-pesakit lain di katil dalam wad amat menginsafkan kami dan syukur ia dapat menjentik ego seorang manusia yang sihat.

Melihat sebahagian daripada mereka ada yang bertarung hatta sekadar untuk menyedut oksigen, walhal kita dapat percuma setiap detik dan tak sedar ketika menyedutnya.

Jika dulu kita gagah, tangkas dan kuat. Sekarang masing-masing terketar-ketar untuk bangun, berkesudahan kencing dalam botol khas di tepi katil.

Sebagai peringatan untuk diri ini, mungkin sebulan sekali kami kena pergi melawat orang sakit agar insaf dan sedar diri, supaya terhindar daripada kufur nikmat. Nauzubillah.

Keadaan wad yang sesak dengan pelbagai lapisan peaskit tak kira umur, bangsa dan latar belakang membuatkan hati terdetik mengatakan “ruginya dari dulu tak buat medical card terbaik”

Kalau ada medikal kad, In Shaa Allah dapat masuk hospital swasta yang lebih selesa dan ada privasi. Kami sebagai bekas ejen takaful (tak dapat teruskan sebab tak lepas target) menyeru agar anda mulalah memiliki polisi insurans takaful attach dengan medical card terbaik untuk perlindungan atas sebarang kecelakaan.

Ejen-ejen insurans takaful sila tinggalkan nama dan no telefon pada ruangan komen untuk free iklan yang saya buka. (komen perlu approval daripada kami sebelum terpapar di bawah)

==========================

Sebagai renungan…

Jaga Lima 5 perkara Sebelum Datangnya Lima 5 Perkara

Diriwayatkan dari Nabi Muhammad S.A.W., Baginda S.A.W. bersabda : “Ambillah peluang yang lima, sebelum (datang) yang lima;

  1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu;
  2. Sihatmu sebelum sakitmu;
  3. Kayamu sebelum fakirmu;
  4. Hidupmu sebelum matimu;
  5. Masa lapangmu sebelum datang kesibukanmu.”

(Diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi)

Facebook Comments

2 thoughts on “Suatu nikmat yang ditarik”

  1. nikmat yang tertinggi sekali selepas nikmat iman adalah kesihatan…

    sebab itulah ada hadis yang menganjurkan kita melawat orang sakit untuk membrntuk jiwa yang bersyukur dengan nikmat sihat sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21