Tuisyen anak seawal darjah 1

Adakah tuisyen untuk anak wajar diberi seawal darjah 1 ? Kebelakangan ini, ramai ibubapa era millenium yang ghairah untuk menjadikan anak mereka bijak pandai pada usia yang muda.

gambar sekadar hiasan

Namun persoalannya, wajarkah anak sekecil darjah satu dihantar tuition dek kerana belum pandai membaca dan mencongak 1+1 ?

Ibu bapa lumrahnya mahukan anak yang pandai dan cemerlang dalam pelajaran. Tapi anak kecil memang dijadikan Allah lumrahnya bermain. Sayangnya mereka diberikan tekanan beban melampau untuk belajar sampai pandai, walhal zaman kanak-kanak mereka direntap dan ditidakkan oleh kerakusan ibubapa yang mahukan anaknya pandai melangit.

Banyak perkara yang dilangkah (skipped) dalam hidup mereka kelak. Mereka melalui proses pembelajaran secara semulajadi dengan alam, rakan sebaya serta ahli keluarga.

Kami bersetuju dan kagum dengan poin yang diberikan Dr. Azizul Azli Ahmad. Boleh follow beliau di facebook untuk pelbagai tips percuma, khususnya berkaitan pelaburan hartanah.

 

==========================

#TabungAnak

FITRAH ANAK ITU BERMAIN

1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

Ibubapa yang mulia

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita ‘trophy’ yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. “Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai”. Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, “anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga”.

Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.

Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.

Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka

Azizul Azli Ahmad
Abah Aqilah kacak

(Aqilah cakap kawannya pegi tusyen malam malam dan hari nie saya nampak )Fitra

 

====================

Jom kita layan lagu Pencuri (dari darjah satu) Mark Adam

Jom kita layan lagu Pencuri (dari darjah satu) Mark Adam

30 perkara sebelum beli rumah low cost sebagai rumah pertama

Tempohari kami terbaca status yang dimuat naik ke laman facebook oleh hipster hartanah, tuan Harith Faisal. “Rumah low cost atau rumah medium cost pada harga yang sama, mana patut yang dbeli”

Boleh follow beliau di facebook untuk tips dan panduan pelaburan hartanah yang berguna, dan semestinya percuma.

Mungkin apa yang dikongsikan beliau berbunyi agak pelik, terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Namun kita akan faham mengapa setelah membaca kupasan beliau sebanyak 30 point yang dikongsikan beliau.

Jom kita hadamkan perkongsian beliau tentang hartanah low cost dan medium cost sebagai pelaburan atau aset.

========================

 

30 PERKARA PENTING SEBELUM BELI LOW COST SEBAGAI RUMAH PERTAMA KAU.

1. Kita tak tahu masa depan kita. Tapi, kalau kau bercita-cita nak jadi pelabur hartanah tegar, mungkin kau boleh cuba elakkan beli rumah low cost sebagai rumah pertama.

2. Kalau kau plan nak beli sebab nak duduk sendiri dan memang itu je yang mampu buat masa sekarang ni, sekatilah kan. Takda masalah untuk kau beli low cost tu terus tau.

SYARAT RUMAH LOW COST

3. Antara syarat untuk beli rumah low cost kat Selangor adalah yang bujang gaji kurang daripada RM3,000 dan kalau dah berkahwin pendapatan isi rumah tak lebih RM5,000.

4. Pendapat saya, kalau gaji kau bawah RM2,000 dan nak jadi pelabur hartanah, okay je nak mula dengan rumah low cost sebagai rumah pertama. Sebab kau layak, dan itu je yang lepas.

5. Tapi kalau gaji kau RM3,000 ke atas sebaiknya tak payah beli rumah low cost sebagai rumah pertama. Kau mungkin menyesal masa kau nak beli rumah ketiga nanti.

6. Bukan apa, ada yang gaji dan pendapatan RM4,000 pun terliur sangat nak beli rumah low cost sampai sanggup tipu gaji. Baik kau cari yang non-low cost, lagi bagus sebenarnya.

MARGIN OF FINANCE (MOF)

7. Margin of finance adalah berapa banyak yang bank boleh bagi kat kau. Contoh rumah RM100,000 dan bank bagi 90% MOF sama dengan RM90,000. Baki RM10,000 sediakan sendiri.

8. Untuk rumah pertama kau boleh dapat MOF 90%-100%. Sebab kita ada skim rumah pertamaku, full financing. Bagus untuk pembeli rumah pertama yang tak banyak modal.

9. Untuk rumah kedua pula, kau boleh dapat 90% MOF saja. Pelabur hartanah baru kekadang tak tahu, kau hanya dapat 70% Margin of Finance (MOF) untuk rumah ketiga dan seterusnya.

RUMAH LOW COST MODAL RENDAH

10. Untuk rumah pertama, katakan harga low cost RM100,000 dan MOF 90%. Jadi kau hanya kena sediakan RM10,000. Rumah non low cost katakan RM300,000, kau kena sediakan RM30,000.

11. Untuk rumah ketiga, MOF 70%. Kalau nak beli low cost, katakan harga RM100,000 kena sediakan 30% @ RM30,000. Kalau nak beli non low cost RM300,000, kena sediakan RM90,000 modal.

12. Nak sediakan modal RM30,000 tu boleh lagi. Tapi nak sediakan RM90,000 memang agak mencabarlah. Silap-silap kau tersangkut tak beli rumah ketiga bertahun-tahun.

13. Jadi kau pilihlah sendiri. Nak beli rumah pertama modal kecil, rumah ketiga modal besar gila. Atau rumah pertama modal besar sikit dan rumah ketiga modal pun tak besar gila.

LOW COST RUMAH KETIGA

14. Secara asas, rumah low cost adalah untuk pembeli rumah pertama saja. Tapi kalau kau nak tahu, kau boleh beli rumah low cost banyak-banyak melalui lelongan. Syarat itu terbatal.

15. Iyalah, kalau nak mengharap pembeli rumah pertama saja yang akan beli rumah lelong low cost tu, alamatnya memang tak terlelonglah rumah tu. Susah sikit.

16. Sebab yang utama, pembeli rumah pertama kat Malaysia ni suka rumah-rumah baru, moden, wangi. Walaupun sebenarnya dia tak mampu pun beli rumah yang macam tu. Haha!

FAEDAH PEMBELI RUMAH PERTAMA

17. Skim Rumah Pertamaku 100% MOF, duti setem percuma untuk rumah pertama harga bawah RM300,000 dan myDeposit. Kalau kau beli low cost RM100,000 kau tak dapat optimumkan faedah ni.

RISK, CAPITAL & RETURN

18. Rumah low cost, memang femes dengan cash flow yang masyuk kalau disewakan. Apatah lagi kalau disewakan secara per kepala. Boleh dapat positive cash flow sampai RM500-RM1,000.

19. Risikonya kecil, sebab modal pun kecil kau keluarkan. Harga RM100,000 modal muka RM10,000 kira kecillah modal dia. Tapi dari segi kenaikan harganya agak lambat. There is no perfect thing.

TERBELI LOW COST RUMAH PERTAMA

20. Takda betul, takda yang salah. Apa-apa pun, sesuaikan dengan matlamat kau sendiri. Kalau memang kau nak masuk game cashflow, teruskan beli low cost sampai 10 buah pun.

21. Katakan kau dah terbeli low cost rumah pertama, rumah kedua medium cost dan nak beli rumah ketiga teres RM500,000 sebab gaji dah besar. Masih ada cara nak dapatkan balik MOF 90% tu.

22. Kau jual rumah pertama tu dan kau akan dapat beli rumah ketiga dengan MOF 90% semula. Itupun kalau dah lebih 5 tahun pemilikan low cost tu. Kalau tak, kau tak boleh jual.

23. Jadi kalau dalam situasi kurang 5 tahun, nak tak nak kau boleh selesaikan saja baki pembiayaan low cost tu. Kalau baki tinggal RM60,000, buat terus full settlement. Setel.

24. Kalau tak buat macam ni, modal yang kau perlukan untuk beli rumah teres RM500,000 tu adalah 30% @ RM150,000. Lagilah jenuh nak dapatkan modal sebanyak tu, kan.

25. Cara lain, buat channeling. Transfer pembiayaan kepada nama orang lain, digalakkan nama pasangan. Nak jimat kos guaman, transfer pembiayaan saja, nama tak payah tukar.

CUKUPLAH

26. Cukuplah sampai kat sini. Kalau perasan, saya tak cerita sangat terperinci tentang beberapa perkara. Mungkin lain kali saya akan buat posting khas pula. Dah cramp jari dah ni wei.

27. Satu posting takkan mampu mencukupkan ilmu kita untuk melabur dalam hartanah. Belajarlah dengan ramai pengongsi ilmu di Facebook ni supaya fikiran kita lebih terbuka.

28. Jadi, kesimpulannya kalau kau memang mampu beli low cost saja sekarang, beli je lah. Saya hanya cerita apa yang mungkin kau hadapi untuk beli rumah ketiga nanti.

29. Panjang-panjang cerita pun, at the end tetap sama. Kau tetap juga kena ikut tahap kesihatan kewangan kau kan. Akhir kata, beli low cost pun takpa, lebih baik daripada kau tak beli apa-apa.

30. Haha! – HF

#harithfaisal

Nota: Tak faham? Baca 10 kali sampai faham. First time tau saya menaip panjang sampai 30 poin macam ni. Kalau kau tak sudi klik SHARE jugak, tak taulah saya nak kata apa.

SHARE!

Jom jadi orang baik-baik

Jom jadi orang baik-baik, mungkin satu ungkapan yang makin kita kerap dengar kebelakangan ini. 


Bagi yang belum pernah dengar atau samar-samar, ungkapan ini biasa disebut-sebut dan menjadi tagline kepada Third Force, yang diasaskan oleh Raja Shamri bin Raja Husin (Abang Raja).

Pendekatan yang beliau buat adalah membantu seramai mungkin orang yang dalam kesuaahan dan memerlukan bantuan.

Perkongsian berikut yang kami dapati viral didalam whatsapp, mungkin menjawab persoalan asabab beliau menyeeu jadi “jadi orang baik-baik”.

———————————-

*ABAH DAN BAJU SEKOLAH HUTANG:|*

Seminggu dua nak buka sekolah ni teringat zaman kecik dulu sewaktu arwah abah masih hidup … masa nilah abah akan naik motor ke sana ke mari pergi jumpa sedara mara yang senang sikit untuk pinjam duit beli baju sekolah kami adik beradik. Kadang2 abah pinjam dengan kawan2 abah, tokey kedai tempat abah sarapan pagi2 dan mcm2 orang lagilah.

Abah tak pernah bagi tahu dia berhutang sana sini untuk beli keperluan sekolah adik beradik. Tapi kami tahu … kami faham. Dan kesusahan itu menjadikan kami berusaha habis-habisan untuk berikan result yang bagus untuk abah.
Tapi zaman dulu kasut sekolah boleh pakai lama … lambat pulak ketat .. budak2 sekolah sekarang ni setahun sampai dua tiga kali tukar kasut … cepat betul membesar … hehehe …

Pernah satu masa sewaktu darjah 4 nak masuk darjah 5 abah balik lewat malam dalam hujan. Tak dengar pulak bunyi enjin motosikal abah. Tahu2 pintu dah diketuk dan terdengar suara abah memangggil. Mak dan adik2 dah tidur. Masa tu saya yang bukak pintu. Abah kesejukan terketar-ketar. Abah berikan saya baju sekolah dan buku2 keperluan sesi persekolahan yang baru.

Tak ada apa2 yang keluar dari mulut abah melainkan dia mintak saya buatkan teh panas satu.

Malam tu berlalu begitu sajalah tanpa apa2 perbincangan.

Sehinggalah saya balik dari luar negara selepas habis belajar bertahun kemudian, satu malam sewaktu musim hujan seperti sekarang nilah abah mula bukak cerita …

“Kau ingat tak abang .. masa kau kecik dulu satu masa tu abah balik tengah malam dalam hujan lebat, kau bukakkan pintu dan abah bawa balik buku-buku dan pakaian sekolah baru untuk kau dan adik-adik … ingat tak?” Abah tanya …
Saya hanya senyum dan mengangguk sambil teruja nak dengar cerita abah …

” Sebenarnya masa tu abah baru balik dari cari duit cuba untuk pinjam duit dengan sedara mara kita untuk belikan kau dan adik2 baju sekolah dan buku … tapi tak dapat … ”

” Akhirnya abah jumpa kawan lama abah satu masa dulu diapun susah jugak bukan orang senang … tapi senang sikitlah dari kita … Dialah yang berikan abah pinjam duit RM100 utk belikan buku2. Pakaian sekolah tu pun abah hutang dengan tuan kedai… dia bagi hurtang sebab dia tahu anak2 abah semua pandai2 belajar .”

Masa tu tanpa sedar air mata saya sudah laju keluar. Bibir tak boleh berkata-kata … terkedu. Hati rasa sangat sebak. Abah terus berbicara …

“Malam tu motor abah rosak …. abah tolak motor dari Kota Bharu balik ke Pasir Puteh dalam gelap sebab kedai dah tutup dan abah tak ada duit nak baiki motor. Abah tolak motor tu dalam hujan bercahayakan langit dan lampu kenderaan lain sejauh hampir 50km. ”

” Sekarang abang dah balik dari luar negara … abang dah berjaya … abang kerja bagus2 .. abang bantulah orang macam abah yg ramai kat luar sana … abang jadilah orang baik-baik… 
jangan kedekut dengan rezeki yg Allah bagi pinjam … abah tak ada harta nak bagi kat kau dan adik-adik. Abah hanya ada kasih sayang dan ilmu yang abah mampu berikan sekadarnya … ”

Dan pesanan itulah yang sentiasa tengiang-ngiang di telinga ini setiap kali nak masuk musim bukak sekolah.

Ya Allahh .. rindunya kat abah malam ni … Terima kasih abah kerana membimbing hati ini dari kecik hingga sekarang walaupun jasadmu telah tiada … kau tetap membimbing hati ini ..
Semoga Allah satukan hati-hati kita keluarga besar thirdforce untuk terus istiqamah dalam perjuangan membina bangsa yang prihatin dan saling bantu membantu ini.
Jommm jadi orang baik-baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...