Beli benih pokok online Malaysia Sabah Sarawak

Jika anda ingin beli benih pokok online, kami di #AqilAdliAgro ada menawarkan benih pokok secara online dengan servis penghantaran.  Buat masa ini, benih pokok online kami lebih tertumpu kepada anak benih pokok buah-buahan. In Shaa Allah pada masa akan datang mungkin kami akan membekal benih pokok bunga secara online. Untuk makluman anda,  kami hanya pos ke seluruh Semenanjung Malaysia, dan Sarawak, dan tiada penghantaran ke luar negara.

Beli benih pokok online

Testimoni pelanggan yang membeli benih pokok epal bidara online

Alhamdulillah, semenjak kami beroperasi, benih pokok online yang dihantar melalui pos, sampai kepada para pelanggan dengan selamat dan segar.

Sekiranya terdapat masalah, samada anak benih online yang dihantar mati, layu, patah dan sebagainya, anda boleh terus hubungi kami beserta gambar bukti untuk rundingan samada gantian semula benih pokok yang baru atau refund pemulangan wang tunai.

Setakat ini, Alhamdulillah para pelanggan kami berpuas hati dengan benih-benih pokok yang dikirim. Di sini kami sertakan gambar screenshot perbualan whatsapp dan boleh lihat antara contoh testimoni pelanggan yang berpuas hati, sila  klik sini.

Antara benih pokok buah-buahan yang popular dan kerap kami terima tempahan dan dihantar melalui pos adalah seperti:

  • Benih pokok duriam musang king.
  • Benih pokok durian duri hitam.
  • Benih pokok durian monthong.
  • Benih pokok bidara epal
  • Benih pokok mulberry
  • Benih pokok longan ping pong
  • Benih pokok avocado
  • Benih pokok lemon
  • Benih pokok nangka madu
  • Benih pokok petai papan
  • Benih pokok delima
  • Anak benih pokok cempedak
  • ..dan banyak lagi.

Terdapat juga permintaan untuk benih pokok kelapa rendah (matag)  tetapi agak sukar untuk kami pos disebabkan ia memakan ruang yang agak besar dan kurang berbaloi daripada segi kos jika dihantar melalui pos. Belian baja dan anak benih pokok borong juga diatur samada menggunakan bas ekspress atau lori.

Senarai penuh pokok dan baja untuk beli benih pokok online, anda boleh lihat di sini, klik, dan whatsapp kami, www.wasap.my/60187791008/benih.pokok.online atau beli terus melalui shopping cart (klik).

In Shaa Allah kami akan menambah kapasiti benih-benih pokok kami daripada masa ke semasa, terutamanya anak benih pokok tin (fig) yang mempunyai permintaan tinggi dengan pelbagai jenis spesis dan variasi.

Benih durian duri hitam Sabah Sarawak

Entry kali ini sebagai update kepada servis penghantaran yang kami buat ke seluruh Malaysia,  terutamanya untuk benih durian duri hitam ke Sabah dan Sarawak.

Penghantaran pos durian Monthong D159 ke Sarawak

Durian duri hitam @ durian ochee @ durian black thorn, telah didaftarkan dengan nombor klon D200 pada tahun 2015 secara rasmi oleh Mr. Leow Cheok Kiang dari Pulau Pinang, (Penang). Ia telah mendapat pengesahan daripada Jabatan Pertanian Malaysia.

Gambar di atas pula menunjukkan penghantaran COD benih durian, petai hybrid Siam, anggur merah dan hijau tanpa biji seedless, durian duri hitam, mangga harumanis, bidara epal dan pelbagai jenih benih pokok lagi ke Klebang Kecil, Melaka.

Gambar yang ini pula menunjukkan penghantaran benih durian bantal emas monthong melalui pos laju ke Subang Jaya, Selangor. Yang menarik, penghantaran hanya mengambil masa satu hari sahaja, di mana bungkusan sampai pada keesokan harinya.

 

Benih durian duri hitam Sabah

Benih pokok durian duri hitam Sabah dalam gambar di atas ini pula menunjukkan bungkusan  yang kami hantar melalui pos laju ke Sabah. Ia adalah pengiriman sebanyak 4 batang anak benih bibit durian ochee.

testimoni benih pokok bidara online

testimoni benih pokok bidara yang kami pos sampai ke Sarawak

 

Kebelakangan ini, kami kerap menerima tempahan dan pertanyaan dari Sabah dan Sarawak tentang benih durian duri hitam @ durian ochee black thorn ini.

testimoni delivery benih pokok durian duri hitam Sarawak

testimoni delivery benih pokok durian duri hitam Sarawak

Benih durian duri hitam Sarawak Sabah

Benih durian duri hitam ke Kuching Sarawak

Ini berikutan klon durian D200 ini semakin mendapat tempat di hati para peminat dan pecinta durian. Dipercayai harganya akan melambung naik pada masa akan datang.

Keenakan buah durian duri hitam dikatakan mengatasi keenakan durian Musang King yang masih memegang tahta sebagai raja durian atau King of durian.

Apa-apa pun,  sekiranya anda berminat dan berhasrat untuk mendapatkan benih pokok dan dihantar terus ke depan pintu rumah anda, bolehlah hububgi kami menggunakan contact form atau emel kepada 1@MuhasabahTrading.com atau whatsapp https://www.wasap.my/601158961229/b.pos.benih

Anda juga boleh melihat senarai penuh benih benih pokok serta stok baja yang kami ada di sini ( sila klik ). Ada pelbagai pokok biasa serta variasi hybrid dalam koleksi kami.

Kami akan cuba memenuhi permintaan anda dan membuat pengiriman secepat mungkin.