Tempat menarik di Muar Jeti Nelayan Parit Karang

Jeti nelayan di sini mempunyai kemudahan warung, medan ikan bakar dan juga pasar segar ikan. Ia adalah salah satu lokasi tempat menarik di Muar Tangkak yang masih ramai tidak tahu, hatta penduduk Muar sendiri.

Apa yang menarik, anda boleh bersantai di sini menyaksikan air sungai menghijau ketika air laut pasang sambil para nelayan mudik pulang daripada menangkap ikan. Sambil bersantai, anda boleh menikmati sajian juadah daripada warung di sekitar jeti, mahupun daripada pelbagai gerai yang menjual makanan.

Di bawah ini adalah peta google Jeti nelayan Parit Karang
Lorong Pasar Nelayan, Sawah Parit Karang Laut, 84000 Muar, Johor


Kewujudan pelbagai gerai sejak pasca Covid-19 Malaysia, memeriahkan suasana membeli-belah ikan dan sayuran segar di sini. Kalau sebelum ini, hanya terdapat beberapa gerai sahaja yang berjualan, kini susasana bertambah meriah dengan kehadiran para penjaja kecil.

Jeti nelayan Parit karang Muar Tangkak ledang tempat menarik di Muar

Ketika air surut, anda boleh melihat ikan tembakul melompat-lompat di persisir sungai. Pada waktu tertentu pula, akan kelihatan banyak monyet keluar dari hutan bakau, mencari makan, terutama ketika waktu petang.

Jeti nelayan Parit Karang ini hanya terletak 11km dari bandar Muar, sesuai untuk lari dari kesibukan hiruk pikuk kota untuk menenangkan fikiran dan menikmti keindahaan ciptaan Allah swt. Memang cantik suasana pemandangan di sini.

Bagi yang meminati aktiviti memancing udang galah, boleh mendapatkan servis sewa bot pancing Muar , juga lebih kurang 10 km dari jeti nelayan Parit Karang. Seronok sebenanrnya memancing udang galah, ia amat berbeza jika dibandingkan dengan memancing ikan.

Apa taknya, jika anda pergi ke kawasan lubuk udang galah, mata kail akan kerap disentap oleh udang galah, dalam masa sejam dua, anda pasti akan dapat menarik naik si udang, lebih daripada seekor. Apatah lagi jika yang ditarik adalah si sepit biru. Cubalah sendiri untuk merasai nikmatnya.

Searches related:

tempat makan menarik di muar, tempat menarik di johor, tempat menarik di batu pahat, tempat menarik di melaka, tempat menarik di tangkak, tempat membeli belah di muar, tempat menarik di kluang, pantai di muar

Lokasi port makan durian halal dan toiyiban di Muar Tangkak & cendol durian

Di Muar, Johor (disebut  Muo dalam loghat tempatan) ada port makan buah durian fresh sambil layan cendol. Di sini juga ada tempat makan durian musang king di malaysia. Kalau sebelum ni, ramai yang mencari buah durian murah di Muar. Tapi sebenanya, harga masing-masing yang dijual tak banyak perbezaan ketara. Cuma perbezaan ketara masa nak makan durian, terutama bila bawa famili ramai-ramai konvoi 3-4 biji kereta.

Masa tu baru perasan kemudahan asas yang tak lengkap seperti tempat basuh tangan, panas takde kipas…. anak kecil dah mula merengek berjurai peluh, kena pula makan mencangkung tepi jalan, anak nombor 2 plak tetiba nak terkencing. Adoiiiii macam-macam songel la pula.

Tu belum kira ada anjing berkeliaran, percampuran makanan tidak halal dengan peralatan mengupas dan membungkus durian serta banyak lagi.

Durian murah Muar Tangkak 2019

Tempat makan Muar

Durian udang merah Muar Tangkak

Atas dasar itu, kami terpanggil menyahut fardhu kifayah, menyediakan tempat makan durian yang suci daripada najis mughalazah. Jadi, apa kata kalau datang Muar  / Tangkak, Johor, sila singgah tempat kami di warung #CendolDurianSyoknyaUmmi , bertempat di Parit Bunga, 7km dari bandar Muar.

Bukan apa, selain buah durian segar dan frozen, tempat kami ada jual cendol biasa dan #CendolMusangKing (nanti bagitau kami, boleh tak kami tersenarai sebagai cendol sedap di Muar). Nak tambah boleh, nak makan sorang2 boleh (sebab anak bini tak suka durian) atau nak belanja bapa mertua pun boleh.

Warung kami #CendolSyoknyaUmmi a.k.a. #CendolMangkukBesar 100% milik Muslim bumiputera. Bila lagi nak support bisnes Muslim untuk majukan ummah.

Ingat, kalau seorang peniaga Muslim itu kaya, maka lebih banyak tabung-tabung masjid, tahfiz dan anak yatim dapat dipenuhkan. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis zakat (zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat wang simpanan dll)  dapat disumbang untuk memajukan ekonomi umat Islam.

Membeli produk atau servis umat Islam merupakan salah satu jihad kita, tak semestinya masuk perang fi Sabilillah. Kami bukan suruh boikot bisnes non Muslim. Jika mereka offer barang yang lebih baik atau peniaga Muslim tiada stok, silakan.

Waktu operasi..
Cendol 12-6.30pm .
Gerai durian 11am-11pm (tutup awal kalau buah abis)

Kelebihan makan di tempat kami sekiranya terdapat buah durian tak elok, kami berbesar hati untuk menggantikan samada buah yang baru atau pangsa yang rosak. Bayar durian mahal-mahal biar puas hati, jangan ada dendam sebab buah rosak tak boleh tukar.

Selain itu, pakej yang ditawar adalah kemudahan tempat duduk untuk makan siap dengan tap air untuk membasuh tangan, kipas industri, air sejuk percuma, dan anda juga boleh memesan cendol serta burger bakar, sila rujuk menu penuh di sini.

  • #TakBaikBolehTukar
  • #MakanBiarPuasHati #CendolMusangKingRM15
  • #AdaKerusiMeja
  • #AdaPaipBasuhTangan
  • #AdaTandas
  • #PortMakanDurianMuslim
  • #SupportBisnesMuslim

Jemput singgah. Untuk pertnyaan, sila wsap www.wasap.my/601158961229/b.port.durian.dan.cendol.lokasi

Sila klik peta berikut untuk lokasi port makan buah durian Muar halal dan Cendol durian Syoknya Ummi:

Related searches:
tempat makan durian musang king di malaysia, tempat makan durian musang king di muar, tempat makan durian musang king di johor, tempat makan durian musang king di melaka

Char kuew teow sedap Muar

Bagi peminat char kuey teow di Muar, kami nak recommend satu port tempat makan yang korang boleh pergi. Sekiranya anda mencari Char kuew teow sedap Muar, ini adalah salah satu tempat yang anda boleh pergi.

Char kuew teow sedap Muar
Char kuew teow sedap Muar

Perniagaan ini diberi nama “Pesta Baru Char Koay Teow” dengan menu harga seperti berikut:

  • Kecil………….. rm 5.00
  • Besar…………  rm 5.50
  • Telur mata..  rm 1.00

Tempat makan ini terletak di Pesta Baru, Muar (batu 1 1/2 jalan Bakri). Ia terletak di medan selera (food court) yang menyajikan pelbagai pilihan makanan halal (halal food).

char kuew teow Penang Muar

Rasanya memang mantap dan sedap. Ada kerang dan udang dan yang paling penting pastinya kuah dalam char kuew teow Penang. Ia yang memberikan rasa utama dan penentu sedap atau tidak masakan kue tiau.

Pastikan anda susuk si hadapan gerai untuk menyaksikan api menjulang ketika proses memasak char kue teow ini. Memang seronok terutama bagi kanak2.

Sesuai untuk anda yang ingin makan di tempat yang mempunyai variasi pelbagai pilihan makanan. Servis yang cepat dan pantas, manakala makanan yang dipesan tiba tanpa perlu menunggu lama.

Sila rujuk peta google di bawah untuk lokasi yang lebih tepat.

Medan Selera Jalan Pesta Baru
Taman Orkid, 84000 Muar, Johor

https://goo.gl/maps/yKuzMgM1CwN2

 

Bagi anda yang inginkan review daripada kami, sila gunakan contact form atau whatsapp wasap.my/60187791008