Lokasi port makan durian halal dan toiyiban di Muar Tangkak

Kat Muo @ Muar Johor ada port makan buah durian fresh sambil layan cendol. Kalau sebelum ni, ramai yang mencari buah durian murah di Muar. Tapi sebenanya, harga masing-masing yang dijual tak banyak perbezaan ketara. Cuma perbezaan ketara masa nak makan durian, terutama bila bawa famili ramai-ramai konvoi 3-4 biji kereta.

Masa tu baru perasan kemudahan asas yang tak lengkap seperti tempat basuh tangan, panas takde kipas…. anak kecil dah mula merengek berjurai peluh, kena pula makan mencangkung tepi jalan, anak nombor 2 plak tetiba nak terkencing. Adoiiiii macam-macam songel la pula.

Tu belum kira ada anjing berkeliaran, percampuran makanan tidak halal dengan peralatan mengupas dan membungkus durian serta banyak lagi.

Durian murah Muar Tangkak 2019

Tempat makan Muar

Durian udang merah Muar Tangkak

Atas dasar itu, kami terpanggil menyahut fardhu kifayah, menyediakan tempat makan durian yang suci daripada najis mughalazah. Jadi, apa kata kalau datang Muar  Tangkak Johor, singgah tempat kami di warung #CendolDurianSyoknyaUmmi @ Parit Bunga Muar.

Bukan apa, swlain buah durian segar dan frozen, tempat kami ada jual cendol biasa dan #CendolMusangKingRM15 (nanti bagitau kami, boleh tak kami tersenarai sebagai cendol sedap di Muar). Nak tambah boleh, nak makan sorang2 boleh (sebab anak bini tak suka durian) atau nak belanja bapa mertua pun boleh.

Warung kami #CendolDurianSyoknyaUmmi 100% milik Muslim bumiputera. Bila lagi nak support bisnes Muslim untuk majukan ummah.

Ingat, kalau seorang peniaga Muslim itu kaya, maka lebih banyak tabung-tabung masjid, tahfiz dan anak yatim dapat dipenuhkan. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis zakat (zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat wang simpanan dll)  dapat disumbang untuk memajukan ekonomi umat Islam.

Membeli produk atau servis umat Islam mereupakan salah satu jihad kita, tak semestinya masuk perang fi Sabilillah.

Waktu operasi..
Cendol 12-6.30pm .
Gerai durian 11am-11pm (tutup awal kalau buah abis)

Kelebihan makan di tempat kami sekiranya terdapat buah durian tak elok, kami berbesar hati untuk menggantikan samada buah yang baru atau pangsa yang rosak. Bayar durian mahal-mahal biar puas hati, jangan ada dendam sebab buah rosak tak boleh tukar.

Selain itu, pakej yang ditawar adalah kemudahan tempat duduk untuk makan siap dengan tap air untuk membasuh tangan, kipas industri, air sejuk percuma, dan anda juga boleh memesan cendol serta burger bakar, sila rujuk menu penuh di sini.

 

#TakBaikBolehTukar
#MakanBiarPuasHati #CendolMusangKingRM15
#AdaKerusiMeja
#AdaPaipBasuhTangan
#AdaTandas
#PortMakanDurianMuslim
#SupportBisnesMuslim

Jemput singgah. Untuk pertnyaan, sila wsap www.wasap.my/601158961229/b.port.durian.dan.cendol.lokasi

Sila klik peta berikut untuk lokasi port makan buah durian Muar halal dan Cendol durian Syoknya Ummi:

Char kuew teow sedap Muar

Bagi peminat char kuey teow di Muar, kami nak recommend satu port tempat makan yang korang boleh pergi. Sekiranya anda mencari Char kuew teow sedap Muar, ini adalah salah satu tempat yang anda boleh pergi.

Char kuew teow sedap Muar
Char kuew teow sedap Muar

Perniagaan ini diberi nama “Pesta Baru Char Koay Teow” dengan menu harga seperti berikut:

  • Kecil………….. rm 5.00
  • Besar…………  rm 5.50
  • Telur mata..  rm 1.00

 

Tempat makan ini terletak di Pesta Baru, Muar (batu 1 1/2 jalan Bakri). Ia terletak di medan selera (food court) yang menyajikan pelbagai pilihan makanan halal (halal food).

char kuew teow Penang Muar

Rasanya memang boleh tahan sedap. Ada kerang dan udang dan yang paling penting pastinya kuah dalam char kuew teow Penang. Ia yang memberikan rasa utama dan penentu sedap atau tidak masakan kue tiau.

Sesuai untuk anda yang ingin makan di tempat yang mempunyai variasi pelbagai pilihan makanan. Servis yang cepat dan pantas, manakala makanan yang dipesan tiba tanpa perlu menunggu lama.

Sila rujuk peta google di bawah untuk lokasi yang lebih tepat.

Medan Selera Jalan Pesta Baru
Taman Orkid, 84000 Muar, Johor

https://goo.gl/maps/yKuzMgM1CwN2

 

Bagi anda yang inginkan review daripada kami, sila gunakan contact form atau whatsapp wasap.my/60187791008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...