Rezeki dah tertulis di langit

Assalamualaikum wbt. Hari ini admin terbaca satu perkongsian oleh Edi Arjuna Pencerita, Mashaa Allah, hebat sungguh isi perkongsian yang disampai dengan intipati Rezeki dah tertulis di langit. Boleh ikuti beliau di Facebook untuk perkongsian menarik.

Rezeki dah tertulis di langit

Malas nak masak hari ni. Pi kedai je lah tunjuk lauk. Masa nak bayaq, aku beratoq tepi sorang brader ni. Pakai baju kaler oren, seluaq belemoih, kasut penuh minyak. Kerja apa tak tau la, tapi macam kerja berat. Dia beli 2 jenis lauk. Nampak lebih banyak berkuah dari isi. Lauk apa tak pasti. Tadak la aku nak cek sampai ke lauk pauk orang. Semua sekali dia kena bayaq RM6.

Aku pun dah ready nak bayaq – ayam goreng 8 ketoi, gulai batang pisang sebungkuih. Semua sekali RM30.

Dia huloq RM6, aku huloq RM40. Aku potong tang kona….

“Simpan bang, saya belanja hari ni.”

Dia tengok aku….

“Betoi ka bang?”

“Ya, saya bayaq. Beli lauk kat sapa?”

“Kat mak.”

“Ok. Kirim salam mak.”

“Terima kasih bang.”

Dia senyum tersimpul² terus keluaq kedai dan celapak naik motor EX5 yang macam dah nak luruh enjin. Kemudian, ada orang tua lelaki pun naik sama kot belakang. Ayah dia kot. Nampak tua, terbongkok².

Aku buat kesimpulan, lauk RM6 tu untuk 3 orang makan, mungkin juga lebih. Mungkin ada adik, mungkin ada entah sapa² lagi dalam rumah depa. Sedangkan aku, RM30 boleh makan ayam goreng sorang seketoi 7 beranak siap dengan gulai daging. Itu pun tak reti bersyukur, banyak komplen, berasa diri tak cukup serba serbi, berasa duit aku dah makin kurang. Apa punya manusia ni?🤦

Aku pernah bertanya pada seorang tua. Dia ni, suka betoi belanja orang makan. Padahal dia bukan orang senang. Duduk rumah kampung, kerja kampung, tiap pagi bawak cangkoi naik motor buruk pi menyangkoi kebun orang. Orang bagi upah dia jaga kebun. Tapi tiap kali terserempak dengan dia kat kedai makan, ada saja orang yang dia nak belanja. Ada sekali dia belanja aku lauk RM18, jenuh aku tolak tapi dia huloq jugak kat tauke kedai. Padahal lauk dia baru RM5. Patutnya aku yang kena belanja dia. Dah keluaq kedai terus aku tanya dia…

“Ehh, pakcik ada duit ka yang belanja saya ni?”

Tau dia jawab apa?

“Lapan belas ringgit tu memang dah rezeki hang, Tuhan tulih lama dah kat langit, saya tolong sampaikan ja. Bukan rezeki saya pun. Rezeki saya untuk hari ni yang lima ringgit ni ja.”

Ya Rabbi, patutlah aku tak pernah nampak dia susah hati, tak pernah nampak dia mengemis, tak pernah nampak dia bersedih. Dok senyum ja 24 jam. Itulah rahsia dia, percaya dengan janji dan rezeki dari Allah. Dia pun dah kembali ke rahmatullah. Jika ada pahala sedekah aku untuk hari ini, aku sedekahkan pula untuk dia. Moga dihimpunkan dia bersama para wali dan anbiya.


Ampa nak beli lauk pauk mai try kedai ni kat Pongsu Seribu. Lauk berlambak dan murah. Lokasinya di sini…

Fatin Corner
Dropped pin
https://maps.app.goo.gl/UqNSW31XNAEenZnc8

Sedekah je kak, dapat pahala

Waktu ketika itu baru meremang senja, cahaya mentari di kaki langit masih lagi berbaki jingga. Sekonyong-konyong muncul sebuah kereta berlambangkan huruf “H” menghimpit ke bahu jalan perlahan-lahan  dan terus berhenti di sebelah gerai durian Najwa.

Turun sepasang manusia, ibu dan anak lelakinya yang di ambang hujung 20an. Si anak mula membuka bicara, “ioi ni berapa sekilo kak?”Durian murah Tangkak 2020RM18 je sekilo, yang rm12 (gred B), dah habis orang beli.”, balas Najwa.

“Kurang sikit boleh kak, saya datang dari jauh ni,” soal si lelaki, mula tawar menawar.

Najwa bertanya, “jauh dari mana?”, tapi si lelaki diam tak menjawab. Entah betul, entahkan tidak datang dari jauh. Kadang-kadang Najwa masak dengan ragam pelanggan yang pelbagai, ada sebahagiannya kelentong macam-macam semata untuk mendapatkan durian harga murah.

Najwa terus memberikan tawaran setelah soalannya tak bejawab, “oklah, saya bagi rm16 sekilo,” Najwa mengurangkan harga agak banyak, memandangkan hari dah mula malam”.

Lelaki tersebut mencelah, “murah lagi kak, rm15/kg je lah, niat sedekah je kak”.

“Tak boleh dik, saya pun kena ambil untung juga, untung singgit dua nilah yang nak besarkan anak, beli susu anak” Najwa memberikan hujah.

“Allah kak, saya pun orang meniaga, kalau macam ni saya tau modal dalam rm5 je sekilo,” si lelaki mula berlagak pandai, walhal jauh tersasar, tergelincir masuk lubang jumlah yang disebutkannya. “Niat sedekah je kak, dapat pahala”, ulangnya lagi. Saat itu si lelaki mula menceceh beberapa fakta auta untuk menegakkan pendiriannya.

Sebenarnya jika si lelaki orang berniaga, tentu dia lebih memahami selok berniaga untung rugi. Berniaga ni adatnya rugi itu pasti, untungnya belum tentu lagi.

Secara tiba-tiba Najwa mula berasa sebak sebab masih ramai pelanggan tidak memahami situasi peniaga durian sepertinya. Ada pasang surut. Ada waktu pelanggan berebut membeli hingga licin buah ioi manakala ada tika dan waktu buah duriannya tak laku sampai ke lewat malam.

Ada waktu Najwa tertidur sambil berteleku di meja menunggu pelanggan durian tak kunjung tiba.. Ada tikanya anak-anak berlari sekeliling warung cendolnya jam lewat 10 malam. Terjerit-jerit si ibu menenangkan anak-anak agar bertenang dan masuk tidur di bahagian belakang warung.

Najwa sedih sebab sebahagian kecil pelanggan berbangsa Melayu tidak memberikan sokongan moral. Kadang-kala ada juga kecaman dan tohmahan yang diterima. Itu belum lagi ditanya pelanggan harga-harga durian dari dalam kereta yang berhenti di tepi gerai (ala-ala drive tru), yang kemudiannya ‘blah’ tanpa ucapan terima kasih.

Memang asam garam meniaga durian macam ni, ada seribu satu asam-garam yang perlu ditempuh. Meniaga produk lain pun lebih kurang sama je karenah. Tapi nak buat macam mana, Najwa manusia, bukan malaikat. Ada tika hatinya tersentuh, kalau tak, takkan tengok slot drama akasia TV3 boleh menangis.

Berbalik kepada cerita lelaki berkereta jenama H. Bukannya Najwa tak bersedekah dalam berniaga, ada waktu diberikan buah durian atau rambutan tanpa dikira dan ada ketika bacaan harga lebih seringgit dua tidak dikira. Sedekah selalu dibuat tanpa menunjuk dan memerlukan keikhlasan. Tapi bukan dengan cara mendesak dan memaksa dengan meminta “amount” yang kurang rasional.

Jadi, kami menyeru bangsa Melayu dan yang beragama Islam, tolonglah support bisnes peniaga kecil seperti Pn. Najwa. Nilai setiap ringgit yang anda keluarkan, in Sha Allah akan dikitar dalam rantaian sosio ekonomi umat Islam seterusnya menaikkan darjat ekonomi kita kepada yang lebih baik. Aamiin.