Idea bisnes bulan puasa Ramadhan 2018

Ketika artikel ini ditulis, tinggal kurang daripada sebulan sebelum menjelangnya bulan puasa, Ramadan al-mubarak. Bula penuh kemuliaan. Selain bulan yang dipenuhi ibadah. Bulan Ramadan juga merupakan peluang untuk mencari “duit raya”. Tapi, apa idea bisnes bulan puasa Ramadan kali ini?

Dalam entry ini, kami berikan tips panduan untuk berniaga idea bisnes bulan Ramadan. Idea beserta hujah dan sebab mengapa anda mesti pilih.

 

pemborong tudung harga kilang Idea bisnes bulan puasa Ramadhan

  • Idea #1: Bisnes tudung

Kupasan ini berdasarkan pengalaman kami sendiri berniaga tudung secara online serta di pasar malam dan expo. Bisnes tudung merupakan salah satu perniagaan yang sangat laris ketika bulan puasa (juga laris ketika di luar musim perayaan). Sedia maklum bahawa apabila kaum wanita memilih baju baru dan baju raya, kebisaannya mereka akan memilih tudung baru untuk dipadankan dengan warna baju kurung atau jubah mereka.

Lebih menarik lagi, para ibu pasti akan memilih warna tudung yang sedodondon dengan anak gadis perempuan mereka, termasuklah si kecil dengan tudung kanak-kanak. Di sini anda akan mendapat kelebihan belian secara ‘kombo’.

Untuk menambahkan keghairahan, satu soalan kami tanyakan. “Cukupkah sehelai tudung bagi kaum wanita untuk menyambut hari raya?” Sudah pasti jawabnya tidak. Secara tradisi, mereka memiliki lebih daripada sepasang baju raya untuk sambutan hari raya kedua, ketiga dan seterusnya. Itu belum lagi termasuk tudung untuk aktiviti rumah terbuka dan juga marhaban wanita. Ini mengakibatkan mereka masih lagi membeli tudung setelah berlalu minggu pertama raya (raya kan sebulan… ūüôā ).

Panjang pula celoteh kami, untuk maklumat lanjut terutamanya berkenaan strategi pemasaran, lubuk borong pembekal tudung dan juga bagaimana untuk menghasilkan jenama tudung sendiri tanpa kilang, boleh dapatkan panduan bisnes tudung, klik sini.

 

 

panduan resepi air balang

  • Idea #2:¬†Bisnes air balang

Air balang memang tidak dapat dipisahkan dengan bazar Ramadan kerana disitulah letaknya kemuncak aktiviti membeli-belah juadah berbuka puasa. Cuaca panas disertai haus seharian menahan dahaga pasti membuatkan masing-masing tak keruan bila memandang balang air berwarna-warni.

Persaingan tetap ada dan wujud dalam bisnes, namun, kita perlu memiliki senjata sulit, samada dari segi resepi dan juga strategi. Bukan main redah je der… Masuk perang pun masing-masing kena bijak atur serangan dari segi taktikal. Sama juga macam berniaga.

Kalau kita lihat merata orang menjual air balang, tapi brader ni kongsikan rahsia bagaimana beliau boleh dapat untung RM7000 berniaga air balang bazar Ramadan, hanya dengan satu cawangan sahaja. Kami juga ada meniaga cendol durian di bazar Ramadan, dan fakta ini kami tidak dapat nafikan.

Nak tau rahsia bisnes air balang? Boleh cuba tengok panduannya kat sini KLIK

 

 

 

Panduan bisnes bakery

Biskut raya memang satu’kewajipan’ kepada setiap isi rumah umat Islam di Malaysia. Tidak dinafikan memang banyak lambakan biskut raya menjelang waktu puncak. Namun, rasa tepung dan majerin timbang kati semata-mata tidak dapat menipu tekak. Masih ramai pelanggan yang setia dengan cookies biskut raya homemade yang sama sekali tidak dapat ditandingi dari segi rasa dan kualiti.

Di sinilah peluang anda yang berminat dengan bisnes bakeri untuk mengaut keuntungan ke tahap maksima. Anda boleh menjana pendapatan RM200 hingga RM1,000 sebulan… SECARA SAMPINGAN DAN HANYA DARI RUMAH!

Yang penting anda masih boleh menguruskan rumahtangga sambil membuat bisnes bakeri ini. Antara kelebihan model bisnes ini ialah:

  1. Modal yang kecil
  2. Hanya buat bila ada tempahan
  3. Tak perlu pandai menjual, rasa tidak akan menipu. Para prospek pelanggan pasti akan membuat tempahan selepas merasa ‘sample kuih raya’ kita, ataupun cukup sekadar gambar dan harga.
  4. Tak perlu bayar sewa premis. Dapur rumah kita sudah memadai untuk bermula.

Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.

Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Apa tunggu lagi, jom pelajari tips dan selok belok bisnes bakeri. KLIK SINI

 

 

 

 

Idea #4: Bisnes borong barang dari China

Untuk idea bisnes borong barang dari China ini, anda hanya memerlukan laptop dan talian internet untuk bermula. Tanpa perlu terbang ke China untuk memborong barang.

Berikut antara petikan daripada Nigel Ong, :

 Saya hanya bermula dengan modal yang kecil, iaitu dengan bermodalkan wang sebanyak RM500 sahaja!

 Saya bukanlah orang yang mahir IT, tetapi, saya boleh berjaya memborong barang dari CHINA secara online, malah, turut berjaya menjual barang-barang tersebut secara online juga! Saya akan tunjukkan anda bagaimana saya melakukannya dengan terperinci.

Ramai peniaga uptown dan peniaga online tercari-cari supplier harga borong. Sekiranya anda beli borong dari China, anda boleh menjual kepada mereka ini. Atau sekiranya anda mahu untung lagi banyak, bolehlah menjualnya sendiri.

Cer usya panduan taobao ini KLIK

 

Sekian sahaja coretan kami untuk 4 idea bisnes bulan Ramadan. Inshaa Allah kami akan kupas dan kongsikan lagi pada entry akan datang.

Selamat berjaya!

Idea bisnes bazar Ramadan 2017

Hari ini tanggal 10 Jamadil Akhir 1438H, bermakna tinggal 2 bulan lebih sahaja untuk kita menghampiri Ramadan. Seperti biasa kedatangan Ramadan sangat dinantikan oleh pelbagai pihak, samada untuk menggandakan amal ibadat atau juga menggandakan wang berniaga pada bulan puasa.

 

idea bisnes air balang bazar ramadan laku laris 2017 2018

Sebelum ini, kami pernah berkongsi senarai 10 barangan paling tip top untuk bazar Ramadan dan juga Panduan bisnes air balang RM7000 bersih sebulan.

Ada pelbagai cara dan idea bisnes untuk mendapatkan bonus angpow duit raya pada bulan Ramadan. Selain modal, kita memerlukan ilmu yang cukup, merangkumi model perniagaan, tempat lokasi, strategi waktu serta pekerja.

Bukan boleh hentam keromo. Kena ada sedikit perancangan, strategi dan analisis. Lebih baik jika anda mendapatkan nasihat mentor, otai yang pernah melakukannya dan berpengalaman luas.

Oklah, cakap banyak tak guna. Kami doakan anda berjaya dalam bidang yang diceburi. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut tenatng panduan Rahsia Bisnes air balang RM7k sebulan, bolehlah jenguk di sini.

Bisnes air balang untung RM7k Review

Anda mencari resepi untuk bisnes air balang? Anda mencari idea bisnes perniagaan yang laku untuk bazar Ramadan?

Panduan bisnes air balang

Sesuatu yang menarik tentang Panduan bisnes air balang ini. Ia adalah perkongsian daripada peniaga sebenar yang pernah mengusahakan bisnes ini dan berpengalaman selama beberapa tahun.

 

Antara beberapa perkara penting yang dikongsi adalah:

  1. Cara memohon tapak bazar Ramadan
  2. Bagaimana untuk mengetahui tapak bazar ramadan yang hot dan laris.
  3. Resepi air balang yang laku keras.
  4. ¬†PERCUMA – 3 jenis resepi air ‘power’
  5. Apakah air yang mempunyai permintaan demand yang tinggi.

Mungkin ramai yang sudah tahu teori asas untuk mengusahakan bisnes air. Namun ia bukan semudah yang disangka. Ada beberapa tips serta panduan yang mungkin kita terlepas pandang. Ada pasti bersetuju setelah habis membaca ebook panduan bisnes ini.

Perasankah anda pada bazar Ramadan, ada sesetengah peniaga air, jualan mereka tidak berapa laku. Menjelang waktu berbuka, masih banyak baki air tinggal di dalam balang mereka. Walhal pengunjung yang datang ramai, cuaca pula panas terik sepanjang hari. Di mana silapnya?

Point utama adalah, belajarlah daripada otai. Learn from expert.

>>> Klik sini untuk maklumat lanjut untuk panduan bisnes air balang

 

related searches…

harga balang air, resepi air balang, air balang popular, bisnes air goncang, harga balang air, resepi air balang, air balang popular, bisnes air goncang, resepi air abc rock, resepi air asam boi, cara buat air jagung, air balang paling laris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...