Teknik penipuan pemaju perumahan scammer

Sebelum ini, kami kerap mendengar ada beberapa kes yang melibatkan penipuan pemaju perumahan dalam pelaburan pembelian rumah yangdibuat oleh pemaju hartanah ‘penipu’.

 

penipuan pemaju perumahan
image credit allcost.in

>>>>> Baca juga 10 cara dapatkan cashflow positif (aliran tunai positif) dengan rumah.

Kali ini kita fahami teknik-teknik yang diguna oleh scammer pemaju hartanah.  Perkongsian yang amat berharga daripada tuan Khairul Ezuwan.

***********************************************************************

 

Trick Penipuan Selamat yang Tersadung

=============================
Teknik-Teknik penipuan memang selalunya licik , mereka menggunakan pelbagai cara menyedut duit orang ramai . Ini salah satu strategi yang digunakan.
Contoh : Menawarkan pembinaan rumah banglo murah berharga RM30K. Bila mendengar harga yang murah , Ramai orang akan terpesona. Teknik yang mereka gunakan adalah Teknik trusted seperti syarikat dirasmikan oleh Menteri, menarik kepercayaan wakil rakyat, orang berpengaruh , menggunakan media secara meluas . Kebanyakan orang yang membeli kerana terpengaruh dengan Menteri yang merasmikan syarikat mereka juga wakil-wakil rakyat yang telah dipengaruhi mempengaruhi orang ramai. Mereka akan membina beberapa buah rumah bagi menunjukkan projek mereka adalah betul . 3 rumah yang dibina mampu menipu 3000 orang yang lain. Penipuan mereka sangat terancang.
Contoh target 3000 mangsa.
1.Booking RM1,000 = 1500 orang

2.Deposit RM5,000 = 1000 orang

3.Full Payment RM30,000 = 500 orang
Jumlah collection : RM21,500,000
Buatkan SOP & agreement . Dalam agreement tersebut, pelanggan dibenarkan untuk buat refund jika mahu cancel. Biasanya pelanggan akan cancel selepas nampak tiada progress membina rumah mereka atau orang lain serta rasa tertipu. Nyatakan dalam agreement tersebut amaun yang akan dipotong kononnya sebagai potongan kos sekiranya pelanggan mahu refund dan tidak mahu meneruskan waktu proses menunggu giliran pembinaan.
1.booking = dipotong RM300

2.Deposit = dipotong RM1500

3.Full payment = dipotong RM6000
Mereka tahu menilai emosi manusia . Mereka yang sudah rasa ditipu sebenarnya hanya mahu mendapatkan semula duit mereka, bila dipotong amaun tersebut, mereka akan pasrah, daripada hilang kesemuanya . Teknik ini yang buat penipu  tersenyum riang mengumpul hasil samunan secara halus. Agen yang ramai hingga beratus orang juga digunakan Untuk mudah mencari mangsa. Hasil potongan dari refund.
1.RM300 x 1500 orang = RM450,000

2.RM1500 x 1000 orang = RM1,500,000

3.RM6000 x 500 orang = RM3,000,000
Jumlah keuntungan kasar = RM4,950,000
Kos:
Bayaran agen = RM750,000

Buat 3 Buah rumah contoh = RM300,000

Kos operasi = RM500,000

Lain-lain kos marketing = RM100,000
Total kos = RM1,700,000
Untung bersih = RM3,250,000✔️
Jika mereka ikut plan ini, mereka sudah selamat. Tidak di cop sebagai penipu, malah dikatakan jujur memulangkan hak Mangsa.
Ini sebenarnya Trick yang dirancang . Namun bila duit telah beralih tangan kepada mereka, apa lagi melibatkan rakan kongsi, proxy atau lebih tepat partner in crime. Benda yang dirancang ini akan kelam kabut kerana masing-masing akan jaga tekak sendiri, masing-masing mencilok sana sini selagi boleh sehingga ketandusan wang untuk refund . Wang ini kononnya digunakan oleh mereka Untuk modal ke atas pelbagai business mereka yang lain dengan harapan, hasil keuntungan tersebut dapat menutup semula wang yang mereka gunakan. Kalau tak percaya, pergi tengok Berapa banyak business yang mereka buat selepas memperolehi duit ini? Rumah ? Memang tidak akan naik. Memang tinggal harapan yang tandus.
Kerana ketandusan fund untuk membuat refund, mereka akan cuba melengahkan proses refund yang dipohon oleh mangsa, mereka akan cuba lepaskan 2,3 orang sebulan bagi menampakkan progress refund itu berlaku & menangguhkan mangsa-mangsa Untuk tidak buat laporan polis. Mereka akan dijanjikan pulangan semula dalam tempoh 3 bulan, kemudian ditunda tempoh dari seminggu ke seminggu, dari bulan ke bulan. Dalam pada ini, dah sah tiada rumah yang mampu dinaikkan, namun mereka akan terus buat marketing mencari lebih ramai mangsa baru, dari kutipan yang diperolehi, sebahagian kecilnya mereka akan lakukan refund kepada beberapa orang supaya nampak progress Itu terus berlaku supaya Mangsa terus mengharap & tidak mengambil tindakan. Dalam situasi ini sebenarnya bukan sahaja Mangsa yang ditipu , agen juga sebenarnya ditipu oleh mereka dijadikan sebagai kambing hitam. Silap-silap agen pon tidak dapat payment.
Sampai satu tahap mereka tiada lagi sumber baru yang masuk. Mereka akan terus menangguh janji Dari masa ke semasa . Mereka tahu Mangsa tidak akan mengambil tindakan guaman kerana kos , masa yang panjang Untuk proses mahkamah,agreement yang menjerat mangsa atau jika menang sekalipon kes tersebut, Mangsa belum tentu dapat hak mereka. Mangsa juga selalunya terus mengharap & tidak membuat laporan polis kerana masih terus mengharap dengan tempoh yang berulang Kali diminta kerana ideology bila buat report, tindakan diambil , wang mereka akan terus lebur . Mereka tak sedar hakikatnya Memang sudah tiada. Akhirnya mereka akan lupa dan pasrah sebab manusia mudah lupa. Selamatlah penyamun-penyamun ini.
Mereka boleh Selamat jika ikut plan teori yang asal, namun mereka takkan tahan bila lihat duit yang banyak dalam pangkuan mereka. Jadilah mereka PENIPU SELAMAT YANG TERSADUNG. Biasanya mereka yang buat trick ini sangat berpengalaman sudah berjaya buat berkali-kali. Tetapi anda jangan terlalu yakin, anda akan terus selamat.
Baca artikel ini untuk kenal Teknik penipuan , bukan baca & amal Untuk jadi penipu. Boleh share, silakan.
-KEY-

 

 

Jadi kita semua dah faham teknik penipuan pemaju perumahan yang berlaku ketika ini. Diharap agar semua orang mempunyai kesedaran dan lebih peka supaya tidak menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggung jawab.

Sebar-sebarkan agar penipuan pemaju perumahan ini menjadi panduan dan rujukan pada generasi akan datang.