Nasi Goreng Ayam belakang Coro SMSJ

Nasi goreng ayam belakang Coro NGABC (panggung wayang lama Coronation) merupakan “makanan keramat” bagi kami sewaktu bersekolah asrama di SMSJ Kluang, era tahun 90an.

Nasi goreng ayam belakang coro smsj kluang

Pada kami, nasi goreng ayam ini memang sangat sedap dan mengembalikan nostalgia. Mengapa? Selama 5 tahun kami bersekolah, hampir setiap kali “outing”, nasi goreng ayam belakang coro ini pasti menjadi destinasi menjamu selera. Untung bagi mereka yang ada abang atau kakak angkat kerana akan mendapat “hasil” setiap kali outing mereka pada hari Jumaat. Oh, rugi sungguh kami tak ada yang nak angkat…

Alhamdulillah, minggu lepas kami sempat berkunjung ke Medan selera MPK jalan Panggung Wayang dan merasai kembali NGABC di gerai Pakcik belakang coro (gerai Ezman) setelah 25 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Kedai pakcik belakang coro

Rasanya masih kekal sama seperti dulu tetapi yang paling menarik adalah harganya iaitu hanyalah rm3.50 untuk nasi goreng ayam di bandar Kluang. Memang murah dan puashati. Cuma pembungkusan sudah berubah, tidak lagi menggunakan kertas suratkhabar (ni part nostalgia).

Sebagai rujukan, untuk bekas pelajar SMSJ era kami (80an dan 90an), berikut adalah alamat Nasi Goreng Ayam Belakang Coro (kedai pakcik belakang coro) :

Gerai Ezman,
No 3, Medan Selera MPK,
Jalan Panggung Wayang,
86000 Kluang,
Johor.

Berikut pula adalah lokasi pada peta Google maps:
Dropped Pin
near Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

 

Dominos Pizza Muar free pizza

Hari ini kebetulan melalui hadapan Dominos Pizza Muar yang terletak di bangunan Muar Traders Hotel. Ternampak promosi free pizza.

Promosinya adalah beli regular pizza dan dapatkan percuma sekeping pizza. (buy 1 get 1 free).

Mengikut voucher yang kami dapat di kotak small pizza, ia sah sehingga 31 Disember 2017.

Dominos pizza Muar

Small pizza tersebut pula kami beli dengan harga rm5.90 di kiosk Dominos pizza berhadapan restoran mereka.

dominos Free pizza

Mudah bukan, macam restoran pandu lalu pula rasanya. Hehehe….

Untuk orang-orang Muar, rasanya promosi ni memang hebat. Apa lagi bolehlah datang kalau ada duit lebih. Memang berbaloi nilai yang anda akan dapat.

 

 

 

Char kuew teow sedap Muar

Bagi peminat char kuey teow di Muar, kami nak recommend satu port tempat makan yang korang boleh pergi. Sekiranya anda mencari Char kuew teow sedap Muar, ini adalah salah satu tempat yang anda boleh pergi.

Char kuew teow sedap Muar
Char kuew teow sedap Muar

Perniagaan ini diberi nama “Pesta Baru Char Koay Teow” dengan menu harga seperti berikut:

  • Kecil………….. rm 5.00
  • Besar…………  rm 5.50
  • Telur mata..  rm 1.00

 

Tempat makan ini terletak di Pesta Baru, Muar (batu 1 1/2 jalan Bakri). Ia terletak di medan selera (food court) yang menyajikan pelbagai pilihan makanan halal (halal food).

char kuew teow Penang Muar

Rasanya memang boleh tahan sedap. Ada kerang dan udang dan yang paling penting pastinya kuah dalam char kuew teow Penang. Ia yang memberikan rasa utama dan penentu sedap atau tidak masakan kue tiau.

Sesuai untuk anda yang ingin makan di tempat yang mempunyai variasi pelbagai pilihan makanan. Servis yang cepat dan pantas, manakala makanan yang dipesan tiba tanpa perlu menunggu lama.

Sila rujuk peta google di bawah untuk lokasi yang lebih tepat.

Medan Selera Jalan Pesta Baru
Taman Orkid, 84000 Muar, Johor

https://goo.gl/maps/yKuzMgM1CwN2

 

Bagi anda yang inginkan review daripada kami, sila gunakan contact form atau whatsapp wasap.my/60187791008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...