Skim cepat kaya

Salam Jumaat buat semua. Semoga anda semua diberkati dan dirahmati Allah swt. Sempena hari yang mulia ini,  sama-sama kita berdoa agar dilindungi dan terhindar daripada segala ancaman bahaya dan penipuan penipu durjana.

Kerja dari rumah pelaburan forex

Bersempena mukadimah ini, kami ingin berkongsi modus operasi serta teknik penipuan para  scammer produk pelaburan Skim cepat kaya yang memberi pulangan tak masuk dek akal, “Too good to be true”.

Perkara paling asas dalam pelaburan, kebiasaanya pulangan tidak melebihi 10%. Berbeza dengan malaun-malaun ini yang menawarkan pulangan yang “wow! “meLEBUR sekali, duit masuk bertalu-talu”. ===>> PM laju-laju”

Perkongsian whatsapp,  kredit kepada pemilik asal.

====================

Penipuan skim cepat kaya.
Contoh bgaimana kita tertipu dgn skim cepat kaya…

ilmu ini perlu kita tahu…

agar ianya tidak berlaku untuk kedua kalinya atau terjebak dgn para suspek penipuan mana2 skim cepat kaya…
1. Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000.

Saya buka satu syarikat/skim yg ada tawar 3 pakej pelaburan kepada org ramai:

A. Gold – RM400

B. Platinium – RM4,000

C. Diamond – RM40,000

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi ‘trusted’. Pada permulaan ramai orang ragu2 dan takut ditipu tapi nak tahu.

Kebanyakan org ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yg paling minima iaitu Gold – RM400.

Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan,

dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4,

dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 org masuk,

total collection yg saya dapat adalah sebanyak RM400,000.

Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan.

Duit modal Saya RM100,000 digunakan utk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 org stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000.

Apa ada hal keluar sikit modal saya,

janji saya dapatkan trusted mereka.

Tengok nanti bagaimana saya ‘makan’ duit mereka balik.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan.

Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur2 sudah termakan ‘trusted’ dgn dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sgt2 ‘trusted’.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal.

Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga,

rakan office,

sahabat handai,

org kg melabur bersama kerana taksub dgn keyakinan tersebut.

Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 org tadi yg sangat yakin dan dipukau dengan ‘Trusted Scheme’ upgrade kepada pakej Diamond – RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture,

kumpul duit orang,

personal loan,

jual harta, pinjam ‘Along’. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7. Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (Rm40 juta!) dgn hanya membayar nilai lakonan ‘Trusted’. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh istihar macam2 kepada pelabur2 saya.

Paling senang kena rompak,

kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dlm syarikat dan jadikan kambing hitam).

Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur2.

Utk meredakan amarah pelabur saya,

Saya minta tempoh 6 bulan utk selesaikan & recovery,

cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan.

Lama2 mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit spt rezeki itu Allah yg tentukan).

Mrk akan lupa hari demi hari.

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kpd anda,

haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.
Senarai Skim cepat kaya
SUDAH HANGUS
Swisscash

Geneva Gold

Azxpro

Gwgfx

MMM

MGCfx/MGCare

WadiahTrading

Rainbowfx

WCP

Tawund

Highway Group

YSLM

SolarBond

Islamic Fund

NexusFX

Moores Capital

Double Fast Track

Kazanah Melayu

CPO Trading

Tok Belagak

Utoken

Asia Business Machine bhd

azz marketing

Mastajak fx

Alfafa Banglo
TENGAH HANGUS
Kongsimakan

Komuniti Ikhlas

MonSpace

Bitkingdom

Bit Club Network

Pok Din Empire

MybcWorld

AuraSfx
TENGAH MELETUP LETUP 2 Ramai Join
Zenith Gold

Mym1
POTENSI HANGUS
VenusFX

FXUnited

JJ Poor to Rich

ARBA Network /CWC

ABN Network

Bio Niaga Abu Nur

iTijari

iBiz Star Network

AGRCarTrade

Shazamia Gold & Jewelry

Coince

Eurobits

IGOfx

T1FX

MCX Forex

THWGlobal

MYM Programme

PTM4U

Bookcoin

AGR car trade

arion xm fx

gmj4u

Amazing7 society

Mface

MMC (mamacaptain)

Affiliate

Phytoscience

MGSB i-comey kosipitih
& akan terus terusan dgn seribu satu re branding (penjenamaan semula). Mcm2 baju, kulit & label..isi penipu menaya org ttp sama.
Hati2 di luar sana yang gemar skim2 cepat kaya macam ini. Sayangilah duit anda & hubungan family, persahabatan n rakan sekerja, sekampung, setempat.. klau kita kejar duit senang, magic brkepuk2 tnpa ikhtiar yg munasabah,  mmg akan tergolong dlm kitaran makanan kumpulan penipu la jawabnya..

banyak dh terkena waimah professional & penjawat awam sekalipun.. wallahu alam

10 cara jana pendapatan dari rumah

buat duit di rumah

Maaf jika nada mencari istilah “goyang kaki, duit masuk bertalu-talu”. Di sini bukan tempatnya, untuk menjana pendapatan dengan semaksima modal, anda perlu bermula dengan kerja sambilan dari rumah. Ada pelbagai cara untuk jana pendapatan dari rumah  ( buat duit dari rumah), di sini disenaraikan 10 cara:

 

  1. Mengambil upah Jahit baju kurung:

Menjelang bulan Ramadan merupakan waktu yang sangat kritikal dengan demand yang tinggi, di mana ramai orang menempah baju untuk dijahit bersempena hari raya Aidilfitri. Kebiasaannya, tukang jahit (tailor) menutup tempahan seawal 1 Ramadan, di mana ketika itu, pemintaan melebihi pengeluaran.

 

2. Menjual menggunakan Instagram:

Platform media sosial perkongsian gambar yang digilai gen Y. Telah ramai peniaga sambilan yang mengaut beribu-ribu ringgit sebulan hanya melalui perkongsian di instagram.

 

3. Membeli borong dari China , secara online:

Anda boleh melakukannya hanya dari rumah, dan dan membekalkan kepada peniaga retail. Segalanya hanya menggunakan media online, tanpa perlu pergi ke China. Jimat masa dan jimat tambang tiket penerbangan.

 

4. Bina wesbsite game dan buat duit / jual website tersebut.

Ini mungkin ramai yang tidak pernah dengar. Percayalah anda boleh menghasilkan website game anda sendiri dan menghasilkan duit daripadanya. Anda juga boleh , menjual website tersebut melalui flippa dengan harga yang berlipat ganda.

 

5.Ambil tempahan buat kek dan cookies:

Ramai yang mempunyai kebolehan ini khasnya buat surirumah sepenuh masa. Ada 2 panduan yang kami rekomen iaitu  pakej kek dan Bisnes bakeri. Penuhi waktu santai anda menonton sinetron di dapur sambil membuat kek. Anda boleh memasarkannya melalui media sosial, khasnya facebook dan instagram (sila rujuk no 2)

 

6. Homemade ice-cream. Tak perlu kami huraikan apa itu aiskrim. Tapi bagaimana untuk dapatkanRM5000 sebulan dengan part time Rahsia aiskrim?

7. Menulis samada dengan menjadi penulis novel atau buku mahupun menulis blog. (secara amnya, sumber pendapatan bagi blog adalah pengiklananan; contoh pengiklanan=  Google Adsense , Nuffnang, Bidvertiser, Innity dan sebagainya.)

8. Rahsia Menjual burger biasa-biasa dengan pendapatan luar biasa. Kami mempunyai kenalan yang menjana RM2800 sehari menjual pelbagai jenis burger (belum termasuk sales termasuk air minuman)

9. Melabur (investment) multi akaun ASB + properties. Boleh rujuk panduan  Combo ASB Genius untuk manupulasi pinjaman ASB serta pelbagai teknik pelaburan hartanah.

10. Bagi kaki game, anda boleh mencari pendapatan hanya bermain game sebagai game tester

 

Buat masa ni, cukup sekadar 10 idea bisnes / kerja sambilan yang boleh jana pendapatan dari rumah. Sebenarnya terlalu banyak idea yang ada untuk post ini, mungkin idea 101 bisnes internet boleh membantu anda.

Namun, semuanya perlu keizinan daripada pencipta kita, Allah swt. Tetapi kita boleh pelajari dan ada amalan-amalan yang boleh menarik rezeki, seperti bersedeqah, dsb. Sila rujuk kepada panduan Rahsia Rezeki.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...