Skim cepat kaya

Salam Jumaat buat semua. Semoga anda semua diberkati dan dirahmati Allah swt. Sempena hari yang mulia ini,  sama-sama kita berdoa agar dilindungi dan terhindar daripada segala ancaman bahaya dan penipuan penipu durjana.

Kerja dari rumah pelaburan forex

Bersempena mukadimah ini, kami ingin berkongsi modus operasi serta teknik penipuan para  scammer produk pelaburan Skim cepat kaya yang memberi pulangan tak masuk dek akal, “Too good to be true”.

Perkara paling asas dalam pelaburan, kebiasaanya pulangan tidak melebihi 10%. Berbeza dengan malaun-malaun ini yang menawarkan pulangan yang “wow! “meLEBUR sekali, duit masuk bertalu-talu”. ===>> PM laju-laju”

Perkongsian whatsapp,  kredit kepada pemilik asal.

====================

Penipuan skim cepat kaya.
Contoh bgaimana kita tertipu dgn skim cepat kaya…

ilmu ini perlu kita tahu…

agar ianya tidak berlaku untuk kedua kalinya atau terjebak dgn para suspek penipuan mana2 skim cepat kaya…
1. Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000.

Saya buka satu syarikat/skim yg ada tawar 3 pakej pelaburan kepada org ramai:

A. Gold – RM400

B. Platinium – RM4,000

C. Diamond – RM40,000

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi ‘trusted’. Pada permulaan ramai orang ragu2 dan takut ditipu tapi nak tahu.

Kebanyakan org ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yg paling minima iaitu Gold – RM400.

Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan,

dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4,

dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 org masuk,

total collection yg saya dapat adalah sebanyak RM400,000.

Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan.

Duit modal Saya RM100,000 digunakan utk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 org stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000.

Apa ada hal keluar sikit modal saya,

janji saya dapatkan trusted mereka.

Tengok nanti bagaimana saya ‘makan’ duit mereka balik.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan.

Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur2 sudah termakan ‘trusted’ dgn dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sgt2 ‘trusted’.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal.

Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga,

rakan office,

sahabat handai,

org kg melabur bersama kerana taksub dgn keyakinan tersebut.

Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 org tadi yg sangat yakin dan dipukau dengan ‘Trusted Scheme’ upgrade kepada pakej Diamond – RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture,

kumpul duit orang,

personal loan,

jual harta, pinjam ‘Along’. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7. Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (Rm40 juta!) dgn hanya membayar nilai lakonan ‘Trusted’. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh istihar macam2 kepada pelabur2 saya.

Paling senang kena rompak,

kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dlm syarikat dan jadikan kambing hitam).

Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur2.

Utk meredakan amarah pelabur saya,

Saya minta tempoh 6 bulan utk selesaikan & recovery,

cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan.

Lama2 mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit spt rezeki itu Allah yg tentukan).

Mrk akan lupa hari demi hari.

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kpd anda,

haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.
Senarai Skim cepat kaya
SUDAH HANGUS
Swisscash

Geneva Gold

Azxpro

Gwgfx

MMM

MGCfx/MGCare

WadiahTrading

Rainbowfx

WCP

Tawund

Highway Group

YSLM

SolarBond

Islamic Fund

NexusFX

Moores Capital

Double Fast Track

Kazanah Melayu

CPO Trading

Tok Belagak

Utoken

Asia Business Machine bhd

azz marketing

Mastajak fx

Alfafa Banglo
TENGAH HANGUS
Kongsimakan

Komuniti Ikhlas

MonSpace

Bitkingdom

Bit Club Network

Pok Din Empire

MybcWorld

AuraSfx
TENGAH MELETUP LETUP 2 Ramai Join
Zenith Gold

Mym1
POTENSI HANGUS
VenusFX

FXUnited

JJ Poor to Rich

ARBA Network /CWC

ABN Network

Bio Niaga Abu Nur

iTijari

iBiz Star Network

AGRCarTrade

Shazamia Gold & Jewelry

Coince

Eurobits

IGOfx

T1FX

MCX Forex

THWGlobal

MYM Programme

PTM4U

Bookcoin

AGR car trade

arion xm fx

gmj4u

Amazing7 society

Mface

MMC (mamacaptain)

Affiliate

Phytoscience

MGSB i-comey kosipitih
& akan terus terusan dgn seribu satu re branding (penjenamaan semula). Mcm2 baju, kulit & label..isi penipu menaya org ttp sama.
Hati2 di luar sana yang gemar skim2 cepat kaya macam ini. Sayangilah duit anda & hubungan family, persahabatan n rakan sekerja, sekampung, setempat.. klau kita kejar duit senang, magic brkepuk2 tnpa ikhtiar yg munasabah,  mmg akan tergolong dlm kitaran makanan kumpulan penipu la jawabnya..

banyak dh terkena waimah professional & penjawat awam sekalipun.. wallahu alam

Resepi aiskrim mudah

resepi aiskrim

Resepi aiskrim mudah ni memang amat senang untuk disediakan. Kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan memang ada di rumah (kecuali ovalet).

Mengapa ovalet?

Ovalet biasanya digunakan dalam pembuatan kek, khasnya kek span. Ia dapat mengekalkan kekembangan bahan campuran ramuan kek setelah dipukul naik. Dalam kes resepi aiskrim, ia mengekalkan testur kembang setelah dipukul angin (gelmbung-gelembung udara halus)  ke dalam bancuhan aiskrim.

Sekejap je dah boleh makan aiskrim homemade. Senang, mudah dan cepat. Jom, apa tunggu lagi.

 

Sila baca 10 cara jana pendapatan dari rumah 

 

Bahan-bahan:

  1. 1 tin susu cair
  2. 1/4 tin susu pekat (boleh lebihkan atau kurangkan, bergantung kepada tahap  kemanisan anda)
  3. 1 biji telur (telur boleh dikecualikan untuk resepi aiskrim tanpa telur. Hasil aiskrim masih lembut dan gebu).
  4. 1 sudu esen vanilla
  5. 2 sudu besar ovalett
  6. 1 sudu perisa (jika suka, tukar kepada perisa asli, samada serbuk koko, isi durian, buah stawberry dsb)

Cara-cara:

Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
Pukul dengan menggunakan mixer (boleh guna pemukul tangan jika tiada mixer).
Pukul lebih kurang 15 minit, hingga bancuhan menjadi kembang dan ringan.
Masukkan dalam bekas dan bekukan (tak perlu pukul 2 kali).

Memang mudah bukan? Walau bagaimanapun, resepi aiskrim di atas, lebih sesuai kepada makan sendiri atau sajian kepada tetamu berskala kecil.

 

Namun, ada satu resepi dengan teknik yang sesuai untuk bisnes komersil. Resepi dan tips bisnes ini sememangnya sangat mantap dan menakjubkan, khasnya buat mereka yang ingin menjalankan bisnes asikrim.

Senang-senang untuk dapatkan jualan 4 angka hanya dengan aiskrim yang bernilai RM1 untuk satu kon. Bunyinya pelik bukan?

Mungkin ramai yang tertanya, kenapa kalau boleh dapat 4 angka, rahsia ni nak didedah kepada khalayak umum?

Jawapan kami, rezeki itu milik Allah, dan bukan semua rezeki itu milik kita. Lagipun rahsia yang didedahkannya agak mustahil untuk menjejaskan periuk rezeki penulis ebook rahsia Aiskrim ini. Apatah lagi, jarak memisahkan kita.

Contoh paling mudah, biasakah kita melihat bisnes used car yang teletak bersebelahan dan berdekatan antara satu sama lain? Jadi, faham bukan? Rezeki ada di mana-mana dan Allah jua yang mengizinkannya, samada ia milik kita atau orang lain.

Selamat mencuba.

Bisnes aiskrim RM5k part time

bisnes aiskrim resepi recipe

Setelah membaca dan memahami setiap isi kandungan ebook panduan bisnes aiskrim ni, saya merasa amat teruja untuk memulakan part time bisnes aiskrim. Ternyata, resepi aiskrim yang dikongsi amat ‘special’, berbeza daripada yang biasa kita dapat melalui google. Paling penting, resepi aiskrim ini amat sesuai untuk dibuat bisnes.

Ramai daripada kita sering mencuba membuat aiskrim dengan resepi samada menggunakan campuran telur, susu segar, mahupun creamer. Paling asas adalah “aiskrim Malaysia” tanpa menggunakan sebarang agen pelembut. Namun, masih ramai lagi yang gagal untuk mendapatkan resepi yang terbaik, menyamai kualiti aiskrim yang dijual di kedai-kedai.

> > KLIK SINI untuk FREE resepi aiskrim

Percubaan demi cubaan masih gagal mendapatkan kualiti aiskrim sama seperti yang dijual di kiosk-kiosk pasaraya atau si penjaja aiskrim bermotor. Apa silapnya dan dimana kurangnya? Perkara ini semua pasti merencatkan impian kita untuk memulakan bisnes aiskrim.

Berita baiknya, Afiq Rusly (anak kepada Chef Rusly) berbesar hati membongkar dan berkongsi rahsia recipe ice-cream yang jarang-jarang didedah kepada umum (resepi ini saya belum pernah jumpa melalui google). Panduan bisnes aiskrim ini berkongsi bukan setakat resepi, malah cara dan teknik bagaimana untuk melakukan bisnes secara kerja part time hanya pada hujung minggu, dengan pulangan yang lebat. Selambe jer boleh tapau RM5k sebulan.

> > > KLIK SINI untuk panduan bisnes aiskrim

Lebih menarik lagi, panduan rahsia bisnes aiskrim ini mendedahkan secara terperinci step-by-step bagaimana memulakan bisnes ini, peralatan apa yang diperlu dan lubuk sebenar bagaimana anda boleh menjana RM5000 sebulan dengan menghasilkan aiskrim hanya secara part-time. Menarik bunyinya bukan? Tips, strategi dan panduan yang diajar di dalam panduan ini memang amat berharga dan ramai yang tidak sedar akan potensi yang ada.

Pasti ramai yang memerlukan pendapatan tambahan. Kos sara hidup yang semakin meningkat mendesak agar duit tambahan masuk ke kantung kita. Tapi, pastikan kerja part time yang dibuat itu berbaloi dan menguntungkan. Sedikit pelaburan untuk ilmu itu, pasti mendatangkan hasil yang berlipat ganda suatu hari nanti. Inshaa Allah, panduan rahsia ini bakal membuka lembaran baru dalam hidup anda.

> > KLIK SINI untuk panduan bisnes aiskrim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...