Benih Pokok kelapa rendah matag F2

Sebelum ini kami pernah menulis entry tentang benih kelapa matag F1, dengan tajuk “Berhati-hati membeli benih kelapa matag”. Kali ini kami kupas tentang benih pokok kelapa rendah.

 

Video menunjukkan ladang kelapa matag benih f2 yang disulam dengan nanas MD2

 

Dalam entry tersebut kami menekankan tentang “jangan menanam benih kelapa matag f2 seperti yang disaran oleh jabatan pertanian”. Namun, kami silap. Selepas melakukan lawatan tapak ke ladang kelapa matag f2 milik kenalan kami, tdak 100% yang diperkata adalah tepat.

Benih pokok kelapa rendah Matag

Terdapat juga kes di mana benih kelapa matag tulen (f1) yang ditanam tidak mendatangkan hasil yang diharap, manakala benih kelapa matag tidak tulen (f2) mendatangkan hasil yang memberangsangkan.

Antara faktor yang mempengaruhi kualiti pokok kelapa matag adalah:

  • Kesesuaian tanah
  • pH tanah
  • Kekerapan penggunaan baja
  • Baja yang serasi
  • Serangan kumbang dan kulat

Sehubungan itu, kelapa matag f2 masih relevan untuk ditanam di kebun atau ladang anda. Banyak faktor yang perlu diambil kira dan dipertimbang.

Faktor lain pula, kelapa matag f1 amat terhad dan sukar diperolehi, manakala proses penghasilan benih matag tulen amat rumit dan cerewet. Ditambah pula dengan peratusan benih yang menjadi selepas proses pendebungaan manual kadangkala amat rendah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan stok Benih pokok kelapa rendah @ benih kelapa matag. Bolehlah datang ke tempat kami (peta lokasi,  klik) atau whatsapp, www.wasap.my/60187791008 benih matag F2

 

Benih kelapa Matag F1

Benih kelapa matag f1

Sebenarnya memang sukar mendapatkan benih kelapa matag tulen @ Matag F1 , iaitu generasi pertama daripada perkahwinan induk kelapa MYD / MRD – Tagnanan (Filipina).

Pembekal Benih kelapa matag (klik) 

Antara kelebihan kelapa tulen matag F1 ini ialah ia boleh mencecah sehingga 25 biji setandan.

Kelebihan buah kelapa matag ialah ia boleh dijual samada muda atau tua,dengan kelapa muda berharga rm4 sebiji (harga pasaran) dan boleh juga dijual sebagai kelapa tua (lingkungan rm2.00 sebiji – permintaan meningkat berganda pada bulan Ramadan)

Kelapa matag F2 adalah generasi kedua. Mengikut pamplet pertanian, barangkalian besar ia akan mengikut ciri-ciri induk asal MYD / MRD (malayan red dwarf) .

Walau bagaimanapun, kebanyakan rakan-rakan kami yang menanam kelapa hybrid  matag daripada benih F2 – F3, mendapat hasil yang Alhamdulillah tidak mengecewakan.

Kami kadangkala dapat bekalan benih kelapa matag F1. Walau bagaimanapun, ua amat sukar diperolehi, dan sekiranya ada stok, sekejap je licin disapu pemilik kebun.

Untuk itu, jangan kecewa, alternatif kelapa matag F2 adalah benih kelapa MYD / MRD di mana ketulenan baka dan hasilnya boleh dijamin konsistensinya.

Hubungi kami menggunakan contact form atau whatsapp www.wasap.my/601158961229