Musim durian Muar 2019 hujung tahun

Assalamualaikum wbt. Semoga semua pembaca blog ini dikurniakan rahmat dan dilimpahi berkah Allah swt. Kali ini kami nak update tentang Musim durian Muar 2019 penghujung tahun sebelum menjelangnya tahun 2020.

Pembekal durian muar 2019

Kami baru bermula semalam, 13.12.2019, berjualan buah durian untuk musim ini, khas buat pelanggan kami yang sentiasa dahagakan buah-buah durian pelbagai variasi tak kira samada durian kampung, durian kahwin klon terbaik atau raja kunyit durian musang king.

Stok kali ini adalah stok durian Bukit Pasir dan Pagoh. Kadangkala kami juga ada mendapatkan stok durian borong dari Tangkak dan Jementah Segamat.

Kami seperti biasa akan berjualan di hadapan warung kami,  cendol durian Syoknya Ummi sepanjang musim ini, In shaa Allah.

Jangan lupa untuk singgah ke tempat kami untuk durian murah Muar 2019. Seperti biasa kami akan beroperasi menjual buah durian dengan kerusi meja berbumbung beserta kipas dan tandas, yang selesa untuk seisi keluarga menikmati buah durian, raja segala buah ini.

Kami memberi jaminan untuk setiap ringgit yang dibayar ke atas buah durian kami. Setiap buah rosak atau mengkal / mangkau, kami akan gantikan dengan yang baru. Begitu juga buah yang busuk.

Kami berniaga buah durian untuk jangkamasa panjang, tiada istilah menipu dalam diari kami. Kami tidak akan bertekak dengan anda sekiranya anda ingin menukar buah sekiranya buah yang dikopek busuk atau kurang baik. Berniaga durian biar gentleman.

Pastikan anda mendapatkan #DurianSyoknyaUmmi di Parit Bunga, Muar Tangkak Johor. Sebarang pertanyaan, sila hubungi www.wasap.my/601158961229/b.durian.2020

Lokasi port makan durian halal dan toiyiban di Muar Tangkak & cendol durian

Di Muar, Johor (disebut  Muo dalam loghat tempatan) ada port makan buah durian fresh sambil layan cendol. Di sini juga ada tempat makan durian musang king di malaysia. Kalau sebelum ni, ramai yang mencari buah durian murah di Muar. Tapi sebenanya, harga masing-masing yang dijual tak banyak perbezaan ketara. Cuma perbezaan ketara masa nak makan durian, terutama bila bawa famili ramai-ramai konvoi 3-4 biji kereta.

Masa tu baru perasan kemudahan asas yang tak lengkap seperti tempat basuh tangan, panas takde kipas…. anak kecil dah mula merengek berjurai peluh, kena pula makan mencangkung tepi jalan, anak nombor 2 plak tetiba nak terkencing. Adoiiiii macam-macam songel la pula.

Tu belum kira ada anjing berkeliaran, percampuran makanan tidak halal dengan peralatan mengupas dan membungkus durian serta banyak lagi.

Durian murah Muar Tangkak 2019

Tempat makan Muar

Durian udang merah Muar Tangkak

Atas dasar itu, kami terpanggil menyahut fardhu kifayah, menyediakan tempat makan durian yang suci daripada najis mughalazah. Jadi, apa kata kalau datang Muar  / Tangkak, Johor, sila singgah tempat kami di warung #CendolDurianSyoknyaUmmi @ Parit Bunga Muar.

Bukan apa, selain buah durian segar dan frozen, tempat kami ada jual cendol biasa dan #CendolMusangKingRM15 (nanti bagitau kami, boleh tak kami tersenarai sebagai cendol sedap di Muar). Nak tambah boleh, nak makan sorang2 boleh (sebab anak bini tak suka durian) atau nak belanja bapa mertua pun boleh.

Warung kami #CendolSyoknyaUmmi a.k.a. #CendolMangkukBesar 100% milik Muslim bumiputera. Bila lagi nak support bisnes Muslim untuk majukan ummah.

Ingat, kalau seorang peniaga Muslim itu kaya, maka lebih banyak tabung-tabung masjid, tahfiz dan anak yatim dapat dipenuhkan. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis zakat (zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat wang simpanan dll)  dapat disumbang untuk memajukan ekonomi umat Islam.

Membeli produk atau servis umat Islam mereupakan salah satu jihad kita, tak semestinya masuk perang fi Sabilillah.

Waktu operasi..
Cendol 12-6.30pm .
Gerai durian 11am-11pm (tutup awal kalau buah abis)

Kelebihan makan di tempat kami sekiranya terdapat buah durian tak elok, kami berbesar hati untuk menggantikan samada buah yang baru atau pangsa yang rosak. Bayar durian mahal-mahal biar puas hati, jangan ada dendam sebab buah rosak tak boleh tukar.

Selain itu, pakej yang ditawar adalah kemudahan tempat duduk untuk makan siap dengan tap air untuk membasuh tangan, kipas industri, air sejuk percuma, dan anda juga boleh memesan cendol serta burger bakar, sila rujuk menu penuh di sini.

 

#TakBaikBolehTukar
#MakanBiarPuasHati #CendolMusangKingRM15
#AdaKerusiMeja
#AdaPaipBasuhTangan
#AdaTandas
#PortMakanDurianMuslim
#SupportBisnesMuslim

Jemput singgah. Untuk pertnyaan, sila wsap www.wasap.my/601158961229/b.port.durian.dan.cendol.lokasi

Sila klik peta berikut untuk lokasi port makan buah durian Muar halal dan Cendol durian Syoknya Ummi:

Related searches:
tempat makan durian musang king di malaysia, tempat makan durian musang king di muar, tempat makan durian musang king di johor, tempat makan durian musang king di melaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...