Durian crepe area Melaka

Asslamualaikum wbt, kali ini kami ingin update Durian crepe area Melaka untuk senarai ejen produk Syoknya Ummi durian crepe dan durian crepe cheese leleh.

durian crepe area melaka

Bagi durian crepe Merlimau, boleh dapatkan samada di Pasaraya Sejati di Taman Debunga Merlimau , pasaraya Mega di Taman Muhibbah Utama (tepi jalan besar), berhadapan Fresco.

Bagi durian crepe Telok Mas dan Umbai pula, sila kunjungi pasaraya Habib dan juga pasar mini Mohd Salleh. Sila periksa peti sejuk panjang (freezer) untuk produk kami.

durian crepe cheese leleh Melaka

Kemudian, kita beralih pula ke Permatang Pasir, di mana produk durian crepe dan juga durian crepe cheese leleh ada di Pasaraya Mega Permatang Pasir , berada agak ke dalam sikit, berhadapan Balai Bomba dan di belakang sekolah antarabangsa.

Untuk Ujong Pasir dan Padang Temu pula, boleh ke Ameer Frozen & Marketing yang betul-betul bersebelahan dengan Ayamas, sederet dengan pejabat Pos Padang Temu, di Taman Pertam Jaya.

Untuk kawasan sekitar Duyong Melaka, ada 2 outlet yang menjadi ejen kami iaitu Pasaraya L & L Best Mart, Taman Seri Duyong dan Ameer Freshmart , di Taman Seri Duyong Seksyen 1 .

Bagi kawasan Bukit Baru pula, produk durian crepe kami ada di pasaraya Mega Bukit Baru, manakala bagi kawasan Bukit Beruang pula, kami pasarkan melalui Pasaraya L & L Best Mart di alamat Block G (Ground Floor Pangsapuri Ixora, Jalan Bukit Beruang Bukit Beruang, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Seterusnya untuk kawasan Tanjung Minyak, ada Pasaraya Mega yang tidak berapa jauh dari Paya Rumput dan juga Bertam Ulu.

Akhir sekali untuk kawasan Melaka, adalah di pasaraya Mega Bandar Satelit Pulau Sebang di Tampin, Alor Gajah Melaka. Ia bersebelahan pasaraya Ten Ten .

DIharapkan produk yang kami tawarkan dapat menyelesaikan harapan dan masalah bagi ibu-ibu mengandung saat mengidamkan durian crepe yang memangnya menjadi salah satu juadah dessert pilihan ramai.

Sedap bagitau kawan-kawan, tak sedap bagitau kami.

Related searches durian crepe Melaka,

Durian crepe Tesco, durian crepe area Melaka, durian crepe bukit Beruang,

Durian crepe Melaka JB

Assalamualaikum wbt. Kali ini kami nak update pasal ejen terkini durian crepe Syoknya Ummi dan juga restock Durian crepe Melaka sila lihat senarai ejen  durian crepe Syoknya Ummi.

Durian crepe Melaka durian crepe JB

Tempohari, kami dah berjaya masukkan stok durian crepe Melaka di Petronas lebuh AMJ,  Cheng Melaka. Cepat pula habis bekalan durian crepe kali ini. Mungkin faktor cuti sekolah memainkan peranan utama.

PERHATIAN: Sekiranya anda tidak menjumpai #DurianCrepeSyoknyaUmmi dalam chiller, sila cari di bahagian bawah freezer aiskrim, disebalik jaring.

Kemudian, sahabat kami berbesar hati menjadi ejen durian crepe JB, khususnya di kawasan Taman Pulai Indah, Johor Baharu. Boleh whatsapp stokis kami, Pn. Aisah,  www.wasap.my/60197767322/DurianCrepe

Benih bidara epal online

Ok,habis cerita tentang durian crepe.

Yang ini pula update tentang benih pokok epal bidara yang telah berjaya kami pos dan sampai kepada pelanggan kami di Sarawak.

Alhamdulilah, pokoknya selamat sampai dan berjaya ditanam serta tumbuh subur dengan izin Allah. Boleh lihat cara packaging kami dan screenshot pervualan whatsapp kami seperti gambar berikut.

Benih epal bidara sarawak

Pos Benih epal bidara sarawak online

Semoga pokok epal bidara ini dapat memberikan buah serta manfaat dari segi ruqyah.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan benih pokok epal bidara online,  bolehlah dapatkan daripada #AqilAdliAgro melalui whatsapp www.wasap.my/60187791008/benihbidara

Durian crepe area Melaka Merlimau MU

UPDATE 14.08.21: Untuk kawasan Merlimau, boleh dapatkannya di Pasaraya Sejati, Taman Debunga, dan Pasaraya Mega, Merlimau. Sila lihat senarai penuh ejen durian crepe Syoknya Ummi.

Jika sebelum ini, kami telahpun memasuki pasaran Melaka Sentral, melalui kedai, petronas Lebuh AMJ, Alhamdulillah, tempohari kami berjaya menambah lagi ejen untuk durian crepe area Melaka. Ejen kami kali ini bertempat di Taman Merlimau Utara (MU), yang sangat sinonim dengan para pelajar Politeknik Merlimau Pasaraya Mega

Durian crepe area Melaka Taman Merlimau Utara
www.MuhasabahTrading.com

Kedai Merlimau Burger Station Frozen Shop menjadi destinasi kali ini. Kedai yang menjual sebagai pembekal barangan frozen untuk kegunaan sendiri dan peniaga restoran serta pembekal barangan burger Merlimau untuk peniaga burger @ burger boy.

Sekiranya anda adalah peminat tegar durian crepe, bolehlah mendapatkannya di kedai Merlimau Burger Station frozen shop. Disamping itu, anda bolehlah melihat-lihat barangan lain yang terdapat di sini, khasnya barangan burger.

=============================================================

UPDATE 20.10.2019: Untuk kawasan Merlimau, boleh dapatkannya di Pasaraya Sejati, Taman Debunga, Merlimau. Sila lihat senarai penuh ejen durian crepe Syoknya Ummi

============================================================

Mereka kini sedang mendapat tempat di hati kalangan penjual burger disebabkan mereka menjadi pembekal barang burger yang agak berbeza daripada kedai barangan burger yang biasa kami jumpa.

Apa yang lainnya? Anda kenalah meninjau dan recce sendiri. 🙂

Sila tinjau senarai penuh ejen Syoknya Ummi durian crepe (klik sini).

Update 18-01-2019:

Tambahan senarai ejen durian crepe Syoknya Ummi:

# Pasaraya Mega (LYC)  Merlimau,  Melaka.

# Pasaraya Mega (LYC)  Jementah,  Segamat, Johor.

# Pasaraya Mega (LYC)  Payamas,  Tangkak,  Johor.

# Pasaraya Mega (LYC)  Bukit Pasir,  Muar.  Johor.

# Petronas Merlimau, Merlimau,  Melaka.