Tips kira-kira bajet kereta dan car loan yang sesuai

Dewasa ini kerap kita melihat anak muda tampil dengan kereta baru walhal baru beberapa bulan mula bekerja dengan gaji yang kecil. Gejala tidak sihat ini sebenarnya mendorong kepada pengurusan wang yang tidak berhemah, kerap keputusan wang sebelum tiba waktu gaji. Dan paling membahayakan bila mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan, seterusnya terheret kepada status muflis dan bankrap.
Panduan tips beli kereta

Kami teruja dan kagum dengan tips dan panduan daripada Dr. Azizul Azli Ahmad, seorang ikon fb berkaitan pelaburan hartanah dan pengurusan wang yang semakin kerap muncul di kaca tv.

Oleh itu, jemput baca tulisan beliau di bawah ini dan jangan lupa untuk follow beliau di Facebook bagi perkongsian hebat secara percuma.

==========================

#TabungRaya

KERETA BARU RAYA INI?

Fattah telah menukar kereta baru raya ini. Sedangkan dia belum ada kemampuan untuk itu.

Tetapi demi sebuah ‘gaya’ apa salahnya mencuba. Waktu muda inilah kita nak merasa, katanya.

Bila sampai di kampungnya pujian yang datang bertimba timba, dari ibubapa, sanak saudara, alumni reunion sekolah dan paling penting dari Pak Man Lebai sebab anaknya Zurra paling manis di kampungnya.

Fattah rasa sangat puas dan bangga sebab berjaya menonjolkan ‘kejayaannya’ buat semua orang kagum dan bangga.

Sesekali dia senyum sendiri

Dia rasa seluruh kampung sedang bercakap dan bercerita tentang kereta City yang baru digantikannya dengan Saga.

Dia bangga bila ramai yang teringin nak tumpang naik kereta barunya, habis 3 kampung dia bawak ronda.

Dia rasa rumah semua orang dia nak pi raya.

Sebut saja rumah kawan sekolah mana dia tak sampai, parking mesti depan rumah punya. Kalau dapat bukak pintu kereta masuk terus kedalam rumah .

Lima hari beraya, pujian yang dia dapat sangat luar biasa. Risaunya kereta baru hingga kucing datang dekat dia mudah buruk sangka kata nak kencing di tayar.

Sedangkan kucing itu pun kagum dengan keretanya, nak cuba cuba merasa kereta baru.

Katanya bayaran tak jauh beza, bayaran City cuma RM897 sahaja. Gajinya RM2200 dah tentu ada lebih ‘banyak’ punya. “O.T kan ada!”. Katanya dengan penuh rasa teruja

Jika setahun insurannya RM1200 makan setiap bulan biaya perlu ada RM100 untuk insurannya nanti.

Minyak kereta sebulan RM200 itu paling minimum jika seminggu RM50 setangki.

Jika balik kampung belanja jadi lagi besar nanti. Itu belum parking setiap bulan kena bayar RM60 dan tol atas jalan RM100 sebulan.

Kereta baru selenggaranya tak selalu, tetapi sekali hantar ke pusat services RM450 itu sudah tentu. 6 bulan bahagi RM450, setiap bulan kena ada RM75 sahaja.

Itu belum beli pewangi kereta, hantar cuci tiap minggu dan beli assesori kereta, tayar kereta dua tahun sekali tukar dan sebagainya.

Jumlah yang Fattah kena ada setiap bulan adalah RM1,432.00 sahaja. Baki gaji yang tinggal hanya RM768 sahaja.

(Gaji tu belum. Tolak sokso dan epf lagi, kalau tolak lagi pedih jadinya)

Jika tolak sewa bilik (RM150), beli makan dipejabat dan rumah (RM10 x 30hari), bill hp dan internet (RM150) dah habis RM600!

Baki ditangan cuma ada RM168 sahaja!. Bahagian ibubapa tercinta dan Takaful dimana? Simpanan ASB atau TH jangan lah tanya.

“ASB nie haram tak baik kita sokong benda benda haram nie” katanya sambil hembus asab rokok dunhill yang dia mintak dari kawan berkepul kepul keudara.

Belilah kereta bila kita dah hitung segala perkara. Kereta adalah setahun gaji kita.

Bayaran bulan jika dapat Tidak lebih 15% dari gaji kita.

Setakat nak bangga Raya ini, baik beli BMW atau Ferrari, barulah Raya sakan kita nanti 😜

Jangan beli kereta baru bertawakal, itu kerja gila.

Azizul Azli Ahmad

#BergayalahSampaiMati
#IniSimbolKekayaanPalsu
#ShareJerKawan

=========================

Di bawah ini pula kami kongsikan tips cara-cara kira kereta yang mampu kita beli berdasarkan gaji yang juga ditulis oleh Dr. Azizul Azli Ahmad pada November 18, 2017 ·

=======================

#TabungKereta

PANDUAN BELI KERETA BARU BERGAYA

1. Kebelakangan ini makin banyak kereta baru akan dan telah keluar dipasaran.

2. Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan angan. nak beli MYVI, Iriz, Axia, atau Bezza

3. Mari kita ulang kaji pelajaran, kereta yang layak kita beli adalah setahun gaji kita.

4. Jika gaji baru RM2,000 kereta yang kita mampu beli beharga RM24,000 sahaja.

Jika tiada kereta baru, belajar naik moto dulu atau beli yang terpakai saja

5. Bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji. jika gaji RM3,000. Ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 sahaja.

Jika lebih, jurujual kereta akan kata “padan muka jerat sudah kena”

6. Boleh juga guna formula ini;

20 : 5 : 15

  • 20% Deposit kereta
  • 5 Tempoh Pembiayaan
  • 15% Dari gaji bayar kereta

7. Jika masih lagi sukar dapat jawapan nak beli kereta atau tidak, guna pulak fomular ini.

Harga Kereta / 12 bulan = Gaji Layak Beli.

Jika harga Axia paling murah RM24,900 / 12 = RM 2075 gaji layak beli.

Jika harga MyVi baru paling murah RM44,300 / 12 = RM3691 gaji kita baru layak beli MyVi baru yang seksi itu.

8. Memang seronok naik kereta baru, kawan opis puji tinggi sebab nak naik kereta ‘free’.

9. Belajar simpan duit dulu baru belajar nak beli kereta. lebih hebat jika beli rumah dulu baru kereta. Gegadis sangat suka sebab ada dapur IKEA.

10. Kereta terpakai bukan dosa, tak guna kereta baru jika sampai opis lewat juga :-p

Azizul Azli Ahmad
Viva Kelabu Asap

#NaikMotoSajaJikaBelumAdaRumahTangga.
#ShareJerBagiKawanPandai

========================

Anda tidak perlu setuju apa yang dikatakan beliau. Setiap orang orang ada pandangan tersendiri. Pilihan di tangan anda. Abaikan jika tidak sehaluan.

STATISTIK RUMAH SEHARI

​Perkongsian daripada fb Dr. Azizul Azli Ahmad tentang #TabungStatistik

>> klik sini untuk program GH Masterclass + PERCUMA Seminar Penjara Hutang + 3 eBook PERCUMA 

>>Klik sini untuk Ebook – Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke?

STATISTIK RUMAH SEHARI
1. Dijangka akan siap 10,000 RUMAH PR1MA akan siap 2017 bersamaan 27 buah rumah sehari.
2. RUMAH terlelong setiap hari adalah 120 buah RUMAH sehari!!.

3. Data RUMAH lelongmenunjukkan 70% hartanah lelong ini dari golongan yang lahir tahun 80an.

4. Kadar kelahiran baru setiap hari adalah 1464 bersamaan 61 kelahiran setiap jam.

5. Kadar kematian setiap jam adalah 17 orang bersamaan 408 kematian setiap hari.

6. Terdapat 45 kehidupan baru yang memerlukan RUMAH dimasa hadapan setiap hari.

7. Kadar perpisahan dalam RUMAH Tangga setiap hari adalah 157 pasangan setiap hari!!. Pasangan bercerai banyaknya!

8. Terdapat 175,000 unit RUMAH PR1MA dibina dibawah 20% harga pasaran

9. RUMAH transit studio untuk golongan muda berjumlah 4000 unit akan disediakan di Mukim Batu,Sentul oleh Amanah Ikhtiar

10. RUMAH Mampu Milik 269,018 akan dibina pada tahun 2017.

Hantaran untuk bakal orang RUMAH kekal naik jika kita tak ada simpanan :-p

Tips bijak wang: SELAMATKAN WANG ANDA 2017

Tips bijak wang

Countdown 2017, ambang tahun baru merupakan saat gembira bagi anak-anak remaja yang masih leka dengan “sambutan tahun baru” sambil mengira detik 12 tengah malam.


kredit image armstrongeconomics.com

Namun,  ia merupakan saat genting bagi para ketua keluarga, khasnya yang mempunyai anak-anak bersekolah.

Pukul rata rm300 -rm500 diperlukan untuk setiap anak yang memulakan persekolahan. Lebih mengerikan bilamana yang baru memasuki alam persekolahan baru,  samada tabika, sekolah agama,  sekolah rendah dan juga menengah.

Tahun 2017 paling pasti akan menjanjikan cabaran baru dalam menempuh gelombang ekonomi. Banyak desas-desus yang kurang enak telah mula kedengaran.

Apapun mari kita hadamkan 44 tips daripada Dr. Azizul Azli Ahmad (speaker property, penulis buku dan juga ahli akademik). Semoga perkongsian tips bijak wang ini membuatkan anda kekal kacak dan jelita.
==================================

#TabungDuit

SELAMATKAN WANG ANDA 2017
Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan mari kita  bermulalah.
1.Belanja kurang dari pendapatan

2. Cari cara buat duit lebih

3. Ubah gaya hidup

4. Rancang kewangan anda

5. Mulakan menabung duit hijau @ oren

6. Potong kad kredit jadi dua

7. Kurang cakap dihp

8. Cari hobi yang tambah pendapatan

9.Hadiahkan diri dengan simpanan

10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli

11.Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun”

12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang

13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.

14. Nikmati hiburan percuma

15. Kekal prestasi cemerlang

16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.

17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall

18. Berhenti merokok

19.Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat bukan jadi bulat

20. Makanan bukan untuk dicuba

21.Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran tetangga.

22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan

23. Sediakan dana pelaburan

24. Jangan mudah putus asa dalam menyimpan.

25. Jangan salahkan panda bila kita susah.

26. Barang terpakai bukan dosa.

27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga

28. Beli secara tunai

29. Jangan jadi hamba faredadee

30. Jangan jadi hamba Honda city

31. Guna moto itu ranggi

32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman

32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma

33. Lupakan impian tambah Nelopah atau Fazura.

35. Kereta kecil tetap bergaya

36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah.

37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.

38. Mesyuarat keluarga tentang belanja

39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya

40. Didik nafsu.

41. Harga kereta adalah setahun gaji kita.

42. Jangan terlalu banyak beli emas sehingga lemas.

43. Simpanan kecemasan adalah 3 bulan gaji kita, lebih banyak lebih bagus.

44. Jadi diri kita, jangan sebok nak jadi Patah Amin atau Nelofafa.

Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Kita bukan kaya, kita rakyat jelata sahaja. Hidup sederhana.

Bersedialah untuk tahun baru 2017
#SenaraikanYangKitaBolehBuat

#ShareLajuLajuYa