Kebaikan khasiat pokok mulberry

Khasiat pokok mulberry @ pokok malberi. Kami mempunyai anak benih pokok mulberry untuk dijual. Sila wasap dan nyatakan lokasi, www.wasap.my/60187791008/mulberry

Khasiat pokok mulberry

​Benih pokok mulberry untuk dijual berketinggian 1 kaki @ #AqilAdliAgro:
Semenanjung RM20 2 pokok + pos


——————–
Sarawak RM20 2 pokok + pos

——————–
Sabah RM20 2 pokok + pos

====================

Ok, berbalik kepada matlamat asal, kami terjumpa perkongsian tentang kebaikan pokok mulberry, yang kami dapat daripada group fb berkebun.

Tidak dapat dipastikan kesahihan fakta berikut, sila komen jika anda ada maklumat yang lebih tepat. 

 

Jom baca:

==========================

KHASIAT POKOK MALBERI

pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.

Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.

 

Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api

Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. “Teh daun mulberi”…wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi khasiat pokok ini.

Saya turunkan sekali lagi khasiat pokok malberi ini iaitu antara lain dapat membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :

👉Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
👉Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
👉Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
👉Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
👉Membantu dalam kehilangan berat badan
👉Mengurangkan keadaan asma yang teruk
👉Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
👉Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
👉Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
👉Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
👉Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
👉Menambahkan tenaga
👉*Meningkatkan produksi susu badan*
👉Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.

 

==========================

Jadi, jika anda ingin mencuba  khasiat pokok mulberry dipersilakan. Walau bagaimanapun sila dapatkan nasihat pakar sekiranya anda merasakan tidak sesuai dengan rawatan tradisional menggunkan pokok mulberry.

Benih durian Duri Hitam Malaysia online

Pada entri terdahulu, kami telah kongsikan tentang ciri-ciri dan keistimewaan durian Monthong yang sedang viral,  menjadi kegilaan dan dicari oleh penggemar durian. Kali ini, kami sajikan pula durian ochee @ durian duri hitam @ durian black thorn @ D200. Benih durian duri hitam Malaysia Online. Ya,  kami hantar secara online ke seluruh Malaysia. Sila lihat contoh testimoni benih pokok duri hitam, benih pokok montong dsb yang berjaya sampai kepada para pelanggan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia >> KLIK SINI>

Anak Benih pokok durian duri hitam online

Benih durian duri hitam tinggi 2 kaki:
==========================
Semenanjung RM90 x 2pokok + pos, klik sini untuk beli

——————————————
Sarawak  RM90 x 2pokok + pos, klik sini untuk beli

——————————————-

 

Benih Durian Duri Hitam Malaysia

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang Benih durian Duri Hitam Muar, mari kita perhatikan dan kaji ciri utama Durian duri hitam. Ochee @ durian black thorn mempunyai ciri utama hujung duri yang berwarna hitam, menjadi tanda utama untuk mengenal buah durian duri hitam.

>>> Baca juga benih Musang King Malaysia online

Isi Duri Hitam digilai kerana sangat lemak, tebal dan berwarna oren pekat serta amat luar biasa keenakannya, hinggakan sesetengah peminat lebih memilih rasa Ochee berbanding Musang King.

Benih durian duri hitam Malaysia online

Durian duri Hitam berharga sekitar RM35 hingga RM40 sekilogram, bergantung kepada keadaan pasaran, (setanding harga pasaran musang king).

Klon ochee telah mula disebarkan di utara Malaysia  sejak tahun 80an dan mula menjadi masyhur semenjak tahun 2005. Durian Ochee berwarna kuning oren, dengan isi yang lemak lembut tanpa urat dengan haruman yang cukup aromatik.
Kekerapan berbunga 2 kali setahun dengan peratusan tinggi untuk menjadi buah. Ia antara klon durian yang terkategori berkualiti tinggi.

Pengusaha durian duri hitam perlu teliti kerana buah yang banyak pada satu-satu masa mengakibatkan dahan patah kerana kualiti buah durian ochee adalah 90% gred A.

Pokok durian duri hitam mula mengeluarkan hasil antara 4 – 5 tahun selepas ditanam dan diberi baja serta penjagaan yang rapi. Buah durian Ochee tahan lasak dengan perubahan cuaca berbeza dengan kebanyakan jenis durian lain yang agak sensitif.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada pokok ini iaitu ia mudah diserang penyakit dan memerlukan penjagaan yang teliti manakala dahannya agak rapuh serta mudah patah. Oleh itu, ia memerlukan kayu sokongan terutama ketika musim berbuah. Tanaman ini memerlukan pembajaan yang kerap.

Fakta menariknya adalah kadar kandungan isi ochee lebih tinggi berbanding Musangking walaupun Musang King lazimnya memiliki biji yang nipis. Tempoh permatangan pula adalah lebih kurang 120 hingga 125 hari.

Sekiranya anda ingin mendapatkan benih durian Duri Hitam Muar ini, boleh berkunjung ke tempat kami di MuhasabahTrading dot com, Parit Bunga, Tangkak Muar atau telefon / WhatsApp
www.wasap.my/60187791008/durihitam untuk tempahan benih durian duri hitam online, penghantaran samada melalui pos laju atau bas ekspress atau COD.

kredit : http://psv3.blogspot.my/p/halaman-pertanian.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...