Anak benih pokok durian Kim Hong D198

Anak benih pokok durian Kim Hong dengan no klon D198 ini merupakan buah durian yang mempunyai peminatnya yang tersendiri (digemari oleh kebanyakan peminat dan otai durian). Namun begitu, ia tidak popular jika dibandingkan dengan durian musang king, durian duri hitam, Durian ioi, mahupun durian D24 yang lebih popular.

Anak benih pokok durian kim hong d198

Anak benih pokok durian kim hong d198
Buah durian klon him hong mempunyai saiz purata yang agak kecil. Buahnya berbentuk bulat dan sekata, berwarna hijau kekuningan dan mempunyai duri yang halus tajam.

Dari segi rasa, isinya sangat lemak manis dan sedikit pahit. Mempunyai warna kuning pucat / krim. Biasanya, keseluruhan biji kesep dan tidak boleh dibuat benih.

Saiz purata buah hanya sekitar 1-2kg, manakala bentuk bulat sekata serta isi memenuhi setiap pangsa menjadikan durian Kim Hong berbaloi pada setiap buah. Apatah lagi dengan biji yang kesep, memaksimumkan kuantiti isinya (pulp) .

Jom tonton video berikut yang telah kami rakamkan untuk gambaran lebih jelas ciri-ciri buah dan anak benih durian Kim Hong D198.

Sedikit info dan fakta ciri-ciri klon buah durian Kim Hong, D198:

Klon Kim Hong telah didaftarkan pada bulan Mac 2013 oleh Tan Sue Seng yang beralamat Lot 7424, Batu 1¼, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, 83500 Batu Pahat, Johor. Ciri-cirinya pula adalah:

  • Isi tebal
  • Biji Kesep,
  • Warna isi kuning pucat atau krim.
  • warna biji coklat pucat,
  • Ketebalan kulit buah adalah sederhana (9.24mm).
  • Bentuk kudup bunga sebelum kembang: eliptik.
  • Bentuk daun: eliptik.

Sumber – Pertanian P. Pinang

 

Sekiranya berminat dengan anak benih Kim Hong,  boleh hubungi kami,  www.wasap.my/60187791008/b.kim.hong

Benih durian Tekka D160 online dari Muar

Benih durian Tekka dikenali juga sebagai Buluh Bawah sebelum dijenamakan semula kepada nama durian Musang Queen pada Disember 2015.

Benih durian Tekka musang queen

Durian Musang Queen telah didaftarkan dengan kod pendaftarannya no klon D160 di Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1987. Klon durian Tekka ini berasal dari Banting, Selangor dan didaftarkan oleh pemilik asal pokok, Lim Hai Chua, .

benih durian tekka d160credit image

Jika anda merujuk kepada gambar di atas, ia adalah ringkasan kepada ciri-ciri dan sifat pokok dan buah durian Tekka. Buah Tekka agak besar dengan purata berat 3kg bagi sebiji.

Ciri-ciri yang terdapat pada durian Tekka @ durian Musang Queen adalah:

  • Buah berbentuk seakan-akan simbol hati atau cinta (love shape), bulat lonjong. Besar di bahagian atas dan kuncup di bahagian bawah serta terdapat lekukan pada setiap pangsa.
  • Isi berwarna krim kekuningan, tebal dan tekstur halus pekat,
  • Rasanya pula lemak manis, pahit dan bergas.
  • Aroma kuat, ulas yang besar dan empulur berongga,
  • Kulit­ tipis dan mudah dikupas.

Ramai pelanggan dan peminat durian mencari anak benih durian tekka ini kerana ia merupakan salah satu benih yang disukai dan dicari oleh para pengumpul (collector) dan peminat tegar baka durian.

Walau bagaimanapun, untuk komersil pula, para pemilik ladang lebih tertumpu kepada baka benih durian musang king dan juga durian duri hitam, dimana penanaman dilakukan secara besar-besaran.

Sekiranya berminat untuk medapatkan benih durian Tekka ini, bolehlah whatsapp kami di, www.wasap.my/60187791008/b-tekka . kami akan balas pertanyaan anda secepat mungkin untuk urusan pos benih durian tekka ini.

ATAU sila klik add to cart button di bawah ini untuk belian benih pokok durian tekka secara online.

 

Benih durian Tekka @ Musang Queen tinggi 1-1 1/2 kaki:

=========================
Semenanjung RM40 sepokok + pos, klik add to cart untuk beli

——————————————
Sarawak RM40 sepokok + pos, klik add to cart untuk beli

——————————————-

 

Searches related to durian tekka

benih durian tekka, durian d160, durian tekka simpang renggam, durian tekka malaysia, durian d200, durian duri hitam, durian teka, durian tembaga,

Benih Pokok Musang King Online

Benih pokok Musang King Online. Kami membekalkan benih durian musang king dan anda boleh dapatkannya samada secara online atau datang sendiri ke tempat kami di Parit Bunga Muar Tangkak. Untuk tempahan, boleh whatsapp kami www.wasap.my/60187791008/b-MK

​Benih pokok Musang King tinggi +/- 3 kaki untuk dijual @ #AqilAdliAgro:

Semenanjung RM60 sepokok + pos


——————–
Sarawak RM60 sepokok + pos,

==========================

Benih musang king

#KingofFruit #King #kingoffruits #Durian #MusangKing #Kunyit #DurianKunyit #RajaKunit #D197 #DurianMusangKing

Durian Musang King, juga dikenali sebagai Raja Kunyit, @ Mau Shan Wang @ Cat Mountain King @ champion , telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia,  nombor klon D197 pada 09/12/1993.

Benih Pokok musang king

Gambar stok Benih pokok musang king tinggi 3 kaki

Sebiji buah durian Musang King mempunyai purata berat diantara 1-4kg sebiji menjangkau harga rm60- rm150, bergantung kepada harga pasaran semasa. Harga buah juga mengikut gred, iaitu gred A, B, dan C (gred  musang king ditentukan melalui saiz dan kualiti pangsa yang penuh). kami akan kupas cara mengenal dan menentukan gred durian musang king pada tulisan yang lain.

Bayangkan kebun anda yang penuh semak ditanam pokok Musang King…

Selepas 4-5 tahun anda dah mula kecapi kemanisan buah dan nikmatnya. Bukan setakat ahli keluarga tumpang gembira. Rakan-rakan dan saudara mara pun suka datang rumah. Dapat merasa hasil berbudi kepada tanah.

Kelebihan ulas buah durian musang king terletak pada bijinya yang ‘kesep’,  memaksimakan ketebalan isi durian (durian flesh).

Umum juga sudah sedia maklum akan keenakan rasanya yang hingga kini masih memegang tahta sebagai raja durian. Secara purata, ramai orang menyukai durian berbanding mereka yang tidak. Ditambah pula, kini warga tanah besar China sudah mula pandai dan menggemari keenakan rasa si Raja Buah. Pengusaha ladang kini menyediakan pakej buffet durian serta all you can eat pakej.

Ditambah pula bekalan durian sentiasa dibawa masuk ke negara jiran, Singapura yang tidak mempunyai masalah membeli durian musang king, disebabkan kadar tukaran matawang mereka yang besar nilai (masih lagi murah setelah ditukar nilai convert).

Pernah warga Singapura memberitahu kami, Mao San Wan durian dijual pada harga SGD$ 30/ kg pada musim durian yang lepas.

Harga pada musim berbuah, biasanya akan turun serendah rm30 sekilo. Manakala ketika waktu buah kurang atau di luar musim, akan mencecah rm90 sekilo.

Dengan sebiji buah durian musang king sahaja, anda sudah dapat cash rm50- rm150.

Untuk pokok durian matang, ia boleh berbuah antara 60-100 biji. Manakala mencapai tahap matang biasanya pokok akan berumur anatara 8-10 tahun.

Apa tunggu lagi? Untuk benih musang king, samada belian di tempat kami, penghantaran setempat atau pun pembelian secara online, whatsapp kami pada no berikut:
www.wasap.my/60187791008/b-MusangKing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...