Pelaburan hartanah di hujung jari

Baru sebentar tadi terbaca status fb Meor Zaidi atau nama manjanya, Abang Ensem. , perkongsian tips pelaburan hartanah dengan hanya “klik je”. Boleh “cucuk angin” rapat-rapat dengan abam kacak ini untuk pelbagai perkongsian hartanah secara percuma di muka buku beliau.

Tips pelaburan hartanah

Kalau dulu memang amat mencabar untuk melabur dalam bidang hartanah tanpa ilmu serta kenalan yang luas, merangkumi peguam hartanah, ejen hartanah, mahupun pihak bank. Tapi kini, semuanya semakin mudah dengan wujud pelbagai website serta apps berkaitan pelaburan hartanah.

>> klik sini untuk program GH Masterclass + PERCUMA Seminar Penjara Hutang + 3 eBook PERCUMA 

>>Klik sini untuk Ebook – Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke?

Tanpa buang masa, jom kita baca perkongsian daripada beliau:

========================

#NotaHartanah

KLIK JE !!

1. Mudahnya beli rumah sekarang ni. Semuanya terletak di hujung jari, walaupun jari korang tidaklah seruncing jari aku. Tanpa perlu ke sana ke mari, hanya duduk mengadap PC.

2. Kenapa?

3. Nak tengok listing rumah, korang klik je www.iproperty.com.my atau www.mudah.my.

4. Nak buat perbandingan harga iklan dengan market value, korang klik je www.brickz.my.

5. Nak survey pakej loan rumah setiap bank beserta instalmennya, korang klik je www.imoney.my.

6. Nak bajet kos legal fees yang nak kena bayar, korang klik je www.lowpartners.com.

7. Nak survey rental rate untuk dibuat sewa pun, korang cuma klik je www.ibilik.my.

8. Huntong la korang.

-Abang Ensem –
‘Old Timer’ Investor

SHARE jika bermanafaat

 

=======================

Bagaimana? Teruja bukan dengan perkongsian daripada Abang Ensem ini. Yang penting sekarang ialah bagaimana memaksimakan tools yang telah terbentang di depan mata ini.

Dan paling utama adalah langkah pertama, bukannya memasang angan-angan Mat Jenin tanpa memasang strategi, yang akhirnya hanya naaib malang menjelma bila kepala ditimpa buah kelapa matag.

Apalagi, jom!