Resepi roti asas Noxxa breadmaker

Resepi roti asas.  Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Agak lama blog ini ditinggalkan bersawang tanpa sebarang kemas kini. Sebenarnya ada banyak urusan dan tuntutan yang kami perlu pikul serta lalui. Antaranya adalah,  menguruskan bapa yang memulakan proses membuat tapak untuk hemodialisis. Seterusnya beliau perlu menjalanai emergency dialisis pada saluran sementara, disebabkan masalah pada buah pinggang rosak yang semakin meruncing

Anak kami pula, Ammar Zakwan yang berusia 6 tahun menjalani pembedahan membuang tonsil di tekak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan beliau sedang berpantang makan bubur dan aiskrim dalam masa 2 minggu ini.

Sehubungan itu, jutaan terima kasih kami ucapkan buat warga kerja HPSF (Hospital Pakar Sultanah Fatimah) Muar, khususnya para dokor dan jururawat yang bertugas, atas keperihatinan mereka dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawab dalam merawat masalah tonsil tekak Ammar Zakwan dan juga buah pinggang ayahanda kami, Alias bin Dawam. Allah jua yang dapat membalas jasa kalian.

In Shaa Allah sekiranya ada kesempatan, dan keizinanNya, kami akan membuat post khas kronologi rawatan dan pembedahan tonsil kanak-kanak, serta pantang larang yang perlu dipatuhi, daripada peringkat awal tonsil dikesan, sehingglah selesai menjalani pembesahan membuang tonsil.

Ok, berbalik kepada matlamat asal, kami sebenarnya ingin berkongsi cara membuat resepi roti asas dengan menggunakan Noxxa breadmaker daripada Amway. .

Harga noxxa breadmaker resepi roti asas

Resepi Roti asas

  • 300ml (air + 1 biji telur)
  • 1st garam
  • 2sb gula
  • 2sb mentega
  • 2sb susu tepung
  • 4 cawan tepung roti
  • 4st yis

1. Pasang mata pengadun
2. Masuk bahan ikut urutan di atas
3. Masukkan bekas pengadun
4. Tekan bread 4 kali.
5. Tekan start.
Dalam masa 2 jam akan siap sebuku roti yang siap dibakar.

 

Apa yang menarik tentang breadmaker ini adalah anda hanya masukkan tepung dan bahan-bahan ke dalamnya dan tekan butan start. Dalam masa 2 jam anda akan mendapat sebuku roti “fresh’ siap dibakar.

Selain itu,  anda boleh menggunakannya untuk menguli doh sebelum diolah menjadi pelbagai jenis roti.

Fungsi lain pula adalah sebagi ketuhar untuk memanggang pelbagai jenis masakan.

Sekiranya anda berminat untuk harga atau maklumat lanjut Noxxa breadmaker ini, sila wasap kami di www.wasap.my/60187791008/breadmaker . Kami akan cuba membals mesej whatsapp anda secepat mungkin.

Facebook Comments

2 thoughts on “Resepi roti asas Noxxa breadmaker”

  1. jarang buat roti sendiri…

    biasa beli dan itu cara yang paling praktikal.

    cuma dalam ahli kelaurga ramai..

    membuat sendiri roti jauh lebih baik daripada membeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

21