Panduan homestay tips menarik untuk pemilik bisnes homestay

Kebelakangan ini semakin banyak perusahaan homestay wujud dan berkembang di Malaysia. Perkembangan positif ini amat baik samada kepada pengguna dari segi kepelbagaian pilihan,  mahupun empunya homestay untuk menjana ekonomi.

Panduan homestay

Gambar credit dbrug.com/homestay

Walau bagaimanapun, ada segelintir pemilik homestay yang terlepas pandang beberapa perkara kecil, tetapi penting kepada kebanyakan pengunjung homestay.

>>>Klik sini Panduan bisnes homestay

Diharapkan agar perkongsian daripada SALKUKHAIRI ABD SUKOR, dapat memberikan anda panduan berguna sebagai pengusaha homestay. Beliau merupakan seorang
Peguambela & Peguamcara,
yang banyak memberikan tips percuma. Boleh follow beliau di facebook.

========================

PENGUSAHA HOMESTAY PERLU UTAMAKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING UNTUK PELANGGAN.

1. Saya dapati ada sesetengah pengusaha homestay yang memberi keutamaan kepada perkara besar yang tidak penting berbanding perkara kecil yang lebih penting untuk pengunjung.

2. Misalnya ada pengusaha homestay yang menghias homestaynya persis show house projek perumahan dan ada juga yang menghias homestaynya penuh dengan bunga hiasan mengalahkan kedai bunga.

3. Tetapi malangnya, lupa menyediakan tuala untuk pengunjung. Atau berkira untuk meletakkan sabun atau mandian di bilik air untuk kegunaan pengunjung. Bahkan ada sesetengah homestay yang tisu sekotak pun sayang nak letak di homestaynya.

4. Kebanyakan pelanggan tidaklah memandang sangat hiasan yang melampau di sesebuah homstay. Bukannya mereka ada masa pun nak menikmati semua hiasan dalaman yang anda sediakan itu. Asalkan keadaan homestay bersih, kemas dan teratur, ianya sudah memadai.

5. Apalah gunanya hiasan dalaman homestay bagai nak rak, tetapi keperluan asas yang walaupun nampak kecil, tetapi sangat memberi kesan yang besar kepada pelanggan diketepikan.

6. Bayangkan kalau pemilik homestay tak sediakan tuala. Kalaulah pengunjung tersebut tidak bawa tuala, agak-agak dengan apalah mereka nak lap badan selepas keluar daripada bilik air?

7. Begitu juga dengan kemudahan alat-alat pembersihan diri. Perkara tersebut mungkin kecil bagi pemilik homestay atau pemilik homestay beranggapan pandai-pandailah pelanggan bawak sendiri, tak kan nak sediakan semua benda.

8. Tetapi percayalah, dengan perkara kecil sebegitu lah yang akan diingati oleh pelanggan sampai bila-bila berbanding bunga-bunga hiasan plastik warna- warni yang anda letak di setiap sudut homestay tersebut.

9. Percayalah, dengan anda menyediakan sedikit kelengkapan untuk membancuh air seperti teh uncang dan gula yang harganya tidak seberapa itulah misalnya yang akan dianggap lebih berharga dan dihargai oleh pelanggan berbanding anda sediakan teko jenama arkopal atau alkorox.

10. Ingatlah, kecil di mata anda tetapi mungkin besar di mata pelanggan. Besar di mata anda, tetapi belum tentu besar di mata pelanggan.

11. Akhir kata, maaf andainya tulisan ini menyinggung perasaan segelintir pengusaha homestay. Anggaplah tulisan ini sebagai komen positif untuk anda memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan anda demi kelangsungan perniagaan anda juga.

Wallahuaklam.

* Jika anda setuju, sila LIKE dan SHARE. Jangan lupa TAG pengusaha homestay yang anda kenal. Moga sama-sama dapat manfaatnya. Insya Allah

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara,
Pengunjung Tetap Homestay,
Kuantan, Pahang

Biskut cicah durian Musang King

Bagi penggemar durian, khususnya kaki durian hardcore yang akan pergi ke luar negara, ada berita baik. Biskut durian dengan pencicah musang king ini boleh melepaskan gian ketagihan anda

.

Berjenama Hemelzs , “Musang real durian biscuit dips” sepwrti yang tertera pada bungkusan.

Pastikan anda packing berkotak-kotak dan sembunyikan daripada rakan-rakan yang hantu durian 😂

Memang sedap dan tak mengecewakan. Anda akan dapat merasakan keenakan durian sebenar, bukannaya perisa durian (artifical flavour).

Harganya harga mampu milik, hanya rm5.50 sekotak. Tapi yang pasti kandungannya sedikit sahaja dan jangan kecewa kerana semua sudah maklum akan nilai harga durian Musang King yang sememangnya tinggi.

Kami baru sahaja mendapatkannya di Giant Muar. Oklah, nanti kami sambung semula review ini.

Khidmat katering cendol Muar I cendol untuk majlis kahwin Muar

cendol untuk majlis kahwin Muar. katering cendol Muar. Alhamdulillah, tempohari kami selesai menjalankan tugas sebagai caterer untuk cendol catering di Tanjung Agas Muar Tangkak.

katering cendol Muar

Tahniah untuk Puan Aishah dan Dr. Helmy yang telah selamat diijab kabul sebagai pasangan suami isteri. Kami ucapkan semoga berbahagia kekal abadi hingga ke jannah.

Terima kasih tak terhingga kerana sudi menggunakan khidmat Cendol catering Syoknya Ummi, #CendolCateringSyoknyaUmmi sebagai penyeri majlis.

Alhamdulillah semuanya berjaya terlaksana dalam cuaca yang tidak berapa panas. Syukur cuaca baik pada hari tersebut walaupun hujan mulanya ketika pagi.

cendol untuk majlis kahwin Muar

Pada anda yang berhajat untuk mendapatkan khidmat Cendol catering kami, lawati page ini untuk senarai harga pakej katering cendol untuk majlis perkahwinan.